KETIKA pasaran telefon bimbit negara dibanjiri pelbagai model terkini dengan fungsi dan spesifikasi canggih, pengeluar produk telekomunikasi mobiliti, Nokia terus menawarkan pilihan terbaru kepada pengikut setianya. Menyemarakkan pasaran portfolio bagi siri-E, Nokia baru-baru ini memperkenalkan model E52 secara komersial dengan tawaran produktiviti cemerlang. Menarik mengenai model tersebut, ia memberi penekanan kepada fungsi masa berbual dan [...]