Produktiviti untuk komersial


KETIKA pasaran telefon bimbit negara dibanjiri pelbagai model terkini dengan fungsi dan spesifikasi canggih, pengeluar produk telekomunikasi mobiliti, Nokia terus menawarkan pilihan terbaru kepada pengikut setianya.

Menyemarakkan pasaran portfolio bagi siri-E, Nokia baru-baru ini memperkenalkan model E52 secara komersial dengan tawaran produktiviti cemerlang.

Menarik mengenai model tersebut, ia memberi penekanan kepada fungsi masa berbual dan juga kualiti suara menerusi pengenalan spesifikasi seperti pengurangan bunyi bising serta masa tunggu sedia sehingga hampir sebulan.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan beberapa aplikasi tambahan seperti Akses Paket Berkelajuan Tinggi (HSPA), Sistem Penentu Kedudukan Global Terbantu (A-GPS), peta Nokia dan kamera 3.2 megapiksel.

Sesuatu yang baru diperkenalkan pada model tersebut, ia diintegrasikan bersama sistem telefon korporat yang efektif untuk melengkapkan keperluan telefon meja.

Keuapayaan aplikasi e-mel juga diberi penekanan menerusi pengenalan antara muka e-mel pengguna baru yang menyokong perkhidmatan Nokia Messaging dan penyelesaian e-mel korporat seperti Exchange dan IBM Lotus.

Nokia E52 kini boleh diperoleh dari seluruh Stor Nokia di seluruh Malaysia dengan harga pasaran RM1,295.

Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di laman web www.nokia.com.

-utusanmalaysia




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam