Sony Ericsson XPERIA X2 amat sesuai untuk gaya hidup masa kini yang memerlukan ramai individu menghabiskan banyak masa di luar kerana urusan pejabat atau peribadi.

KEMUNCULAN telefon bimbit Sony Ericsson XPERIA X2 menjadi salah satu alat komunikasi yang menawarkan aplikasi Windows. Ia membolehkan pengguna mengemaskini e-mel, selain merasai pengalaman meneroka dunia multimedia.
Dalam dunia serba moden, kemudahan komunikasi amat penting untuk berhubung dengan dunia luar, tidak kira di mana kita berada. Justeru, dengan adanya Microsoft® Office Mobile, segala urusan kerja seharian kita akan berjalan dengan lebih lancar.
Uniknya, telefon bimbit XPERIA X2 bercirikan SlideView. Ia menyediakan akses yang cukup laju untuk sebarang aktiviti telefon. Aktiviti itu termasuklah membuat panggilan, menghantar dan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) serta pelbagai kegunaan media yang lain.

SlideView memberikan paparan skrin yang jelas bagi memaparkan maklumat seperti panggilan yang tidak diangkat, e-mel dan SMS. Ini bermakna pengguna tidak perlu membuka ruang tersebut satu persatu untuk memastikan sebarang kemasukan pemberitahuan baru.
Tanpa sempadan
Direka khas untuk kegunaan XPERIA, sebanyak 14 panel istimewa dan lebih daripada 16 muat turun telah disediakan. Justeru, pengguna akan dapat meneroka dunia teknologi telefon itu tanpa sempadan.
![]() |
![]() |
|
XPERIA X2 turut dilengkapi dengan kabel televisyen.
|
Bermula daripada penggunaan laman sesawang Skype, Mytopia dan Google, sehinggalah hiburan seperti permainan video. Bukan itu sahaja, pengguna juga dapat menyaksikan perkembangan berita dunia menerusi saluran CNN.
Pasti memuaskan hati apabila pengguna dapat menyaksikan hiburan menerusi permukaan skrin sentuh dan teknologi baru 3D. Pengguna juga boleh memperoleh kelebihan lain daripada penggunaan panel desktop yang ada.
Sebabnya, pengguna dapat mengubahsuai apa juga rekaan berdasarkan kreativiti sendiri. Sama ada mahukannya dari aspek perniagaan, komunikasi atau kegembiraan. Mudah sahaja, hanya pilih apa yang digemari untuk dijadikan paparan skrin telefon bimbit dari semasa ke semasa.
Dilengkapi dengan aplikasi QWERTY iaitu permukaan kekunci, tugas menaip SMS pasti lebih mudah seperti menggunakan papan kekunci komputer.
Windows Mobile juga boleh menceriakan hari anda.
Pengguna boleh menonton televisyen melalui skrin yang besar kerana XPERIA X2 turut dilengkapi dengan kabel televisyen.
“XPERIA X2 memiliki gabungan aplikasi Windows Mobile 6.5 yang membolehkan pengguna melakukan kerja dengan lebih laju dan berkesan,” jelas Pengurus Besar Sony Ericsson Malaysia, Alex Wong.
Paparan hiburan
Mustahil sekiranya XPERIA X2 tidak mampu memuatkan dunia hiburan kepada penggunanya. Jadi, alamilah dunia multimedia yang menakjubkan menerusi skrin resolusi tinggi bersaiz 3.2 inci ketika menonton DVD.
Sementara itu, aplikasi kamera dengan ciri 8.1 megapiksel pasti memberikan gambar berkualiti. Pengguna tentunya berpuas hati setiap kali mengambil gambar kenangan. Mahu memeriksa komen terkini akaun laman sosial? Layari sahaja laman Facebook yang disediakan.
Gunakan segala hiburan yang dimahukan tanpa sebarang gangguan. Misalnya, memasuki ruang sembang bersama kawan-kawan di seluruh dunia dengan menggunakan Skype.
Telefon bimbit Sony Ericsson XPERIA X2 itu didatangkan dalam warna hitam serta kelabu dan akan dilancarkan di pasaran pada hujung tahun ini.
-kosmo

