Kotak kasut lutsinar

Berkualiti dan lebih nipis daripada tupperware, kotak kasut easyboxy polipropolena ini direka tahan lasak.

in 01.1 Kotak kasut lutsinar


SETIAP kali membeli kasut, ia didatangkan dengan kotak kasut. Maka anda pun menyimpan kasut di dalam kotak tersebut. Apabila semakin banyak koleksi kasut anda, semakin banyak jugalah bilangan kotak kasut anda. Hendak dibuang, tetapi di kotak itulah tempat anda menyimpan kasut. Serba salah jadinya.

Apabila tergesa-gesa hendak ke pejabat, maka tibalah masa untuk menyelongkar kotak-kotak tersebut. Ini kerana, kotak yang diperbuat daripada kadbod itu tidak memungkinkan anda melihat rupa kasut dari luar.

Agak mengambil masa dan lebih buruk lagi jika anda terpaksa memperuntukkan waktu untuk menyusun atau mengemasnya semula.

Kasut sememangnya menjadi keperluan manusia. Tambah pula dalam keadaan hari ini, apabila kasut menyerlahkan keterampilan dan disesuaikan mengikut situasi dan acara.

Tiada siapa pun akan berkata, ‘Saya sudah memiliki koleksi kasut yang mencukupi…’

Namun, perihal menyimpan dan menguruskannya, sesetengah kita menggaru kepala. Justeru, apakah solusinya?

Syarikat easyboxy.com Sdn. Bhd. mengambil inisiatif untuk memperkenalkan inovasi kotak kasut lutsinar di negara ini. Dipercayai sesuatu yang baru di Malaysia dan Singapura, kotak kasut sebegitu telah diguna pakai secara meluas di kalangan masyarakat Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Diperbuat daripada polipropolena, polimer versatil yang boleh digunakan sebagai plastik dan serat, kotak kasut yang direka tahan lasak itu disifatkan oleh Pengarah Urusan Easyboxy, Josafri Johari sebagai berkualiti seperti plastik tupperware tetapi lebih nipis.

in 01.2 Kotak kasut lutsinar

EASYBOXY menyediakan pilihan untuk lelaki dan wanita.



“Rekaannya nampak ringkas dan tulang sisinya lebih kuat. Tidak ada masalah jika 10 kotak kasut ini disusun bertindih,” katanya kepada Kosmo! di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, easyboxy merupakan produk jenama Malaysia dan bakal menyaingi produk seumpama itu di Eropah seperti clearshoebox, theshoelounge dan sebagainya.

Sebagai permulaan, produk ini hanya dijual secara dalam talian iaitu menerusi laman www.easyboxy.com. Produk ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi dalam bulan ini.

Menyentuh mengenai pembuatannya, menurut Josafri, kotak tersebut dibuat di China memandangkan negara itu mempunyai kepakaran dalam pembuatan produk berasaskan material berkenaan tetapi kesemua reka bentuknya berasaskan rekaan dan kehendak easyboxy.

Apakah kelebihan kotak kasut tersebut? Selain lutsinar atau telus cahaya ia juga direka bagi memudahkan pengambilan kasut.

“Kebiasaannya, kotak kasut berbukaan penutup di sebelah atas, maka pengguna perlu mengalih kotak yang bertindih satu persatu untuk membukanya.

“Dengan easyboxy, kasut diambil dari belah sisi, sekali gus kasut boleh diambil tanpa perlu mengalih kotak-kotak yang bertindih,” katanya.

in 01.3 Kotak kasut lutsinar

KOTAK kasut Easyboxy juga boleh dilipat apabila tidak digunakan.


Selain itu, kotak kasut ini juga dilengkapi pengudaraan yang lebih baik dan mesra alam.

“Ia direka dengan rekaan berlubang untuk pengudaraan yang baik. Jadi, ia dapat menyelesaikan masalah kasut ditumbuhi kulapuk akibat proses kelembapan apabila lama tersimpan di dalam kotak. Ia sekali gus dapat mencegah kerosakan pada kasut,” tambahnya.

Satu lagi aspek yang menjadi kelebihan kotak kasut terbaru ini ialah saiznya yang seragam. Ia membolehkan kerja-kerja mengurus susun kasut lebih teratur.

Kotak-kotak kasut konvensional biasanya bersaiz, berwarna dan berbentuk berbeza, lantas ia sukar disusun.

Dengan easyboxy, masalah itu dapat diatasi.

Kelebihan ini juga berkesan dalam menjimatkan ruang penyimpanan kasut. Ini kerana, anda boleh meletakkannya secara mendatar atau menegak.

Menurut Josafri, memandangkan easybox baru beberapa bulan di pasaran negara ini, pihaknya belum mendapat reaksi masyarakat umum namun tindak balas yang diberikan oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat amat menggalakkan.

“Kami dijangka akan membuka satu cawangan di London, Britain, hujung tahun ini. Kami menjangkakan akan menawarkan harga yang kompetitif di sana untuk bersaing dengan jenama kotak kasut lutsinar di sana,” ujarnya.

in 01.4 Kotak kasut lutsinar

EASYBOXY juga mempunyai kelebihan menjimatkan ruang penyimpanan kasut.



Tanpa melupakan soal jantina dan keperluan bagi semua individu, easybox didatangkan dalam dua versi iaitu untuk lelaki dan wanita. Kotak kasut untuk wanita boleh memuatkan kasut sehingga saiz tujuh manakala untuk lelaki sehingga saiz 12.

“Bagaimanapun, tidak ada masalah sekiranya kaum wanita ingin menggunakan kotak kasut yang lebih besar iaitu yang lebih dikhususkan untuk lelaki kerana ada perempuan yang bersaiz kasut lebih daripada tujuh. Begitu juga sebaliknya,” katanya sambil memberitahu kotak ini akan diterima secara berlipat dan boleh dilipat semula.

Dijual secara set lima kotak kasut, bagi kotak kasut perempuan ia dijual pada harga RM45 dan bagi kotak kasut lelaki ia dijual pada harga RM55. Sebagai permulaan, easyboxy kini mengadakan tawaran istimewa iaitu pembelian dua set lima kotak akan mendapat percuma sebuah kotak kasut dan bagi pembelian tiga set lima kotak akan mendapat dua kotak kasut percuma.

“Tiada caj dikenakan untuk penghantaran ke rumah,” katanya.

-arkibkosmo

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan easyboxy mengenainya bolehlah memasuki laman sesawang www.easyboxy.com.




432 total views, 1 views today

Comments

  1. salbiah says

    salam… sya sangat berminat nk beli… tapi npe sy bkk web, kejap ad then dye hilang. error.. macm mne nk beli..hrap pt respon segera…
    tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam