![]() |
KENDERAAN ‘Land Glider’ keluaran Nissan ini bakal mencorak masa depan industri permotoran. Kenderaan dua tempat duduk ini digerakkan oleh kuasa elektrik dan direka bagi memenuhi keperluan pengguna di bandar. Saiznya yang kecil membolehkan ia bergerak lancar ketika kesesakan lalu lintas dan dapat mengatasi masalah ruang letak kereta. Memandangkan pemanduannya menggunakan kawalan komputer, ia boleh menyendeng dan mengalih pusat gravitinya semasa membelok, sama seperti motosikal. Kenderaan ini akan dipamerkan pada Pameran Motor Tokyo yang bakal berlangsung pada 23 Oktober ini.l SEORANG kakitangan Nissan menunjukkan cara menggunakan kereta ‘Land Glider’ di pusat reka bentuk di bandar Atsugi, Kanagawa semasa pratonton Pameran Motor Tokyo pada 25 September lalu. – AFP
