Google disaman AS$500,000

SAO PAULO 10 Nov. – Syarikat gergasi Internet, Google diarah membayar ganti rugi berjumlah AS$500,000 (RM1.7 juta) kepada pelumba Formula 1 dari Brazil, Rubens Barrichello kerana memaparkan profil palsu mengenainya melalui rangkaian sosial, Orkut.

Keputusan mahkamah di Sao Paulo itu disiarkan semalam dalam warta kerajaan negeri di Brazil.

Menurut keputusan itu, jumlah ganti rugi boleh dinaikkan kepada AS$700,000 (RM2.38 juta) kerana kes tersebut difailkan pada Julai 2006, dan Google mungkin dikenakan denda berjumlah AS$590 (RM2006) sehari sehinggalah laman yang merujuk kepada Barrichello dikeluarkan.

Orkut milik Google mempunyai ramai peminat di Brazil, sekalipun popularitinya merosot sedikit dengan adanya versi baru Facebook berbahasa Portugis.

Mahkamah Daerah Sao Paulo yang mendengar kes sivil itu memutuskan Google terbukti bertanggungjawab terhadap penyiaran profil palsu Barrichello kerana ia mengurus laman web berkenaan dan menetapkan peraturan bagi penggunaannya.

Menurut media tempatan, terdapat lebih 300 profil palsu atas nama Barrichello dalam Orkut.

Jumlah ganti rugi itu adalah yang terbesar pernah diluluskan oleh mahkamah kerana penyiaran profil web palsu dan fitnah di Internet.

– AFP

-utusan




One thought on “Google disaman AS$500,000

  1. agaknya la, kalau ada orang menyamar jadi seseorang dalam fb ke, fs ke ataupun orkut sekalipun, boleh kena saman tak orang tu? ataupun penyedia yang kena?

    apa2 pun, kes macam ni la yang buka mata penyedia khidmat web rangkaian sosial supaya lebih berhati-hati..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam