Jual beg tangan terpakai

in 03.1 Jual beg tangan terpakai

MESKIPUN beg yang dijual pernah digunakan, namun Cher hanya memilih untuk menjual beg berkualiti.


BLOG yang berorientasikan penjualan pakaian dan aksesori tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Malah, sejak kebelakangan ini ramai antara kita yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian.

Ada yang berpendapat, barangan yang dijual kebiasaannya berkualiti. Paling utama, ia lebih murah meskipun masih belum dikira dengan kos penghantaran. Tetapi tidak dinafikan, ada juga sebahagian kecil blog yang menjual barangan yang berjenama hebat dan tentunya berharga ribuan ringgit.

Antaranya laman http://elegantpoise.blogspot.com yang mana kesemua beg tangan dipasarkan menerusi blog tersebut mempunyai harga yang begitu tinggi bersesuaian dengan jenama yang ditawarkan.

Memilih untuk menjual beg tangan berjenama, pemilik blog itu, Cheryl Khoo Hui Wern, 22, langsung tidak menyangka ia mendapat sambutan hebat daripada peminat beg tangan, meskipun baru sahaja menubuhkannya sejak November tahun lalu.

Cita rasa pembeli

“Terkejut juga apabila boleh dikatakan setiap hari, saya menerima e-mel daripada peminat untuk membeli beg yang dijual.

“Memang puas hati apabila dapat memasarkan barangan melalui blog yang menepati cita rasa pembeli,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menceritakan bagaimana hatinya terdetik untuk memulakan bisnes secara talian, gadis yang mesra dengan panggilan Cher itu pada awalnya ingin menubuhkan blog bagi memasarkan fesyen pakaian terkini.

Bagaimanapun, setelah meminta pendapat orang sekeliling, ibunya mencadangkan lebih baik sekiranya Cher menjalankan bisnes menjual beg tangan bermutu tinggi.

“Emak saya lebih suka kalau saya jual beg tangan. Ini kerana jika saya jual pakaian, saya perlu dapatkan model yang sesuai untuk memperagakan baju, barulah jualan akan mendapat sambutan.

“Jadi, ia akan mendatangkan masalah kepada saya untuk mencari model. Bila difikirkan semula, jual beg tangan tidak perlu pakai model. Itu yang membuatkan saya beralih untuk menjalankan perniagaan beg tangan,” katanya sambil ketawa kecil.

Jenama beg tangan berjenama yang boleh dibeli melalui blog tersebut adalah Chanel, Burberry, Louis Vuitton, Prada, Coach, Fendi, DKNY, Marc Jacobs dan banyak lagi.

Bukan tiruan

Mungkin anda tertanya-tanya, adakah beg tangan yang dijual itu merupakan produk tiruan atau sebaliknya. Maklumlah, pembelian menerusi blog biasanya kita hanya dapat melihat gambar sahaja, tidak seperti membeli terus di butik-butik jenama tersebut.

Cher yang juga merupakan pelajar tahun tiga di Universiti Malaya (UM) menjelaskan, kesemua barangan yang dijual bukannya beg tangan tiruan. Sebaliknya, ia dijual lebih murah berbanding harga sebenar di butik kerana ia pernah digunakan sebelum ini.

Kebanyakan beg yang dijual itu adalah milik kawan kepada ibu Cher yang menggemari beg tangan berjenama mewah. Mereka langsung tidak menggunakan beg itu dengan lasak, malah kualitinya masih terjamin.

“Semua beg ini pernah digunakan tetapi kebiasaan bagi mereka yang gemar beg mahal, mereka akan menjaganya sebaik mungkin. Kualitinya masih kekal elok,” ceritanya.

in 03.2 Jual beg tangan terpakai

MEREKA yang berminat membeli beg berjenama boleh melayari Elegant Poise.


Dia juga memberitahu, ada juga antara beg yang dijual mempunyai resit asal pembelian dan disimpan rapi di dalam plastik oleh empunya barangan tersebut.

Untuk meyakinkan pembeli dengan barangan itu, Cher mengambil peluang bersemuka dengan pembeli.

Ini kerana, Cher tidak mahu pembeli melabelkan dirinya sebagai seorang penjual yang mengambil kesempatan menipu orang ramai. Bukan untuk berniat mempersendakan blog-blog lain, tetapi Cher kecewa apabila ada juga blog yang mengambil jalan mudah semata-mata untuk mengaut keuntungan lumayan.

Sempat berkongsi pengalaman, nasihat Cher kepada pembeli supaya perlu berhati-hati setiap kali membuat pesanan kerana pernah terjadi apabila blogger yang tidak bertanggungjawab menjual barangan tiruan tidak seperti dipamerkan di dalam blog mereka.

“Ada blogger mencuri gambar dari blog orang lain, kemudian pembeli tertipu apabila beg yang dihantar sebenarnya beg tiruan. Dalam situasi ini, pembeli sukar untuk dapatkan kembali hak mereka kerana bayaran sudah dibuat,” jelasnya.

Rujuk butik

Akui Cher lagi, dia sendiri sebenarnya tidak mempunyai pengalaman untuk membezakan barangan tiruan ataupun tidak. Bagaimanapun, dia langsung tidak segan untuk berkunjung ke butik yang menjual jenama beg tangan tersebut.

“Saya sendiri akan ke butik seperti Coach dan sebagainya untuk tanyakan kepada jurujual bagaimana ingin membezakan beg tiruan. Jadi, pengetahuan ini akan digunakan ketika ingin menjual beg milik kawan ibu saya,” ungkapnya.

Cher memberitahu, antara ciri beg bukan tiruan adalah jahitan yang lebih kemas, boleh dikenal pasti menerusi nombor siri dan reka bentuk.

“Misalnya beg yang asli tidak ada ruang kecil di dalamnya, tetapi beg tiruan ada. Dari situ, kita dapat membezakannya. Jenama LV sebagai contoh, setiap keluarannya mesti ada nombor siri yang bersamaan tarikh beg tersebut dikeluarkan,” jelasnya.

-kosmo




1,507 total views, 2 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam