Coklat kurangkan stres


KAJIAN mendedahkan tahap stres seseorang menurun selepas makan coklat selama dua minggu.


Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa makan coklat setiap hari boleh mengurangkan stres.

Kajian itu yang diumumkan baru-baru ini, mendapati tahap stres yang tinggi pada seseorang individu mula menurun selepas makan coklat setiap hari selama dua minggu. Responden-responden kajian telah makan 40 gram coklat gelap setiap hari atau kurang sedikit daripada bar coklat Hershey’s yang biasa bersamaan 44 gram.

Doktor yang telah mengambil sampel urin dan plasma darah mereka pada awalnya, kemudian mendapati selepas dua minggu, paras hormon stres mereka, kortisol dan catecholamines menurun.

Kajian tersebut bagaimanapun berskala kecil iaitu hanya melibatkan 30 orang, jadi kajian lanjut perlu dilaksanakan untuk mengesahkannya.

-kosmo




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam