POCKET READER – Simpan 350 buah buku




Beresolusi kejelasan 800 x 600 piksel sudah cukup membuatkan imej yang dipaparkan terang. Paparan skrinnya mudah dibaca meskipun di bawah terik sinaran mentari.


BUKU elektronik Sony Reader Pocket Edition ini dilengkapi skrin LCD berukuran 5 inci.


DALAM pemilihan sesebuah gajet untuk dibeli, saiz yang kecil turut menjadi faktor tarikan. Tetapi, saiz yang kecil tidaklah bermakna gajet tersebut kurang dari segi kemampuannya. Bak kata orang kecil-kecil cili padi.

Misalnya, buku elektronik, Sony Reader Pocket Edition (PRS-300) ini. Walaupun hanya berdimensi 15.9 x 10.8 x 1.01 sentimeter (sm) dengan berat 220 gram ia mampu memuatkan sehingga 350 naskhah buku. Bayangkan anda boleh membawa buku sebanyak itu ke mana-mana!

Sesuai dengan nama edisinya iaitu Pocket Edition, ia boleh diletakkan di dalam saku seluar, baju atau beg tangan. Ia nyata memudahkan mobiliti anda.



Selain saiz, rekaannya yang kemas bergaya berasaskan konsep produk Sony pasti menarik perhatian para pengguna.

Dengan paparan skrin berukuran 5 inci mungkin anda berpendapat yang ia terlalu kecil dan sukar untuk membaca. Namun, ukuran skrin itu sebenarnya tidak mendatangkan masalah besar kerana anda boleh skrol paparan skrin tersebut sedikit demi sedikit.

Dengan resolusi kejelasan 800 x 600 piksel sudah cukup membuatkan imej yang dipaparkan terang. Paparan skrinnya pula mudah dibaca meskipun ketika anda berada di bawah terik sinaran mentari.

Butang di sebelah tepi skrinnya pula memuatkan pilihan menu yang ingin dilayari. Di bawah bahagian skrin pula terdapat butang berfungsi antaranya ke muka seterusnya, kembali ke halaman sebelumnya dan melaras saiz perkataan.



Perkara lain yang anda dapati apabila menggunakan Pocket Edition ialah ia mempunyai ruangan memori bersaiz 512MB.

Kelebihan itu sudah cukup memadai bagi anda yang memerlukan penyimpanan pelbagai bahan kerja di dalam gajet masing-masing.

Dari segi ketahanan bateri pula, Pocket Edition mampu bertahan sehingga seminggu sekali gus membolehkan anda melayari sehingga 7,500 halaman.

Menggunakan bateri diperbuat daripada ion litium, anda hanya perlu mengecas baterinya menerusi USB sahaja.

Untuk memuat turun Library Software (v 3.0.01), pengguna perlu melayari laman web Sony dengan hanya menyambungkan kabel USB.

Sejurus itu, pengguna ikuti sahaja arahan ringkas yang diminta dan ia hanya satu proses yang singkat.

-ebook