Jepun pengeluar Leica




Jenama lensa legenda yang cukup gah dari Jerman itu kini dikilangkan dari sebuah bandar di utara Jepun, Yamagata.

in 02.1 Jepun pengeluar Leica

KAMERA Lumix menggunakan lensa Leica bagi menghasilkan imej yang tepat dan jelas.


SINONIM sebagai syurga buah-buahan, Yamagata cukup popular sebagai pengeluar ceri dan buah pir terbaik dari Jepun. Bahkan ada yang berpendapat, daerah itu merupakan pengeluar beras paling lazat di Jepun.

Yamagata, ibu negeri Tohoku, di Pulau Honsu itu cukup terkenal dengan keindahan semula jadinya seperti aktiviti luncur salji, kolam air panas, gunung ganang, hutan belantara dan pantainya yang cantik.

in 02.2 Jepun pengeluar Leica


Ada yang berpendapat, pengunjung yang berhajat menyaksikan keindahan pemandangan dedaun yang luruh, Yamagata sesuai dilawati di antara bulan Oktober hingga November pada setiap tahun.

Namun, sesuatu yang mungkin tidak diketahui umum ialah di wilayah yang terletak ke utara Tokyo itu merupakan pengeluar lensa kamera jenama legenda yang cukup popular.

in 02.3 Jepun pengeluar Leica

LENSA Leica yang dihasilkan di kilang di Yamagata menggunakan teknologi kotak hitam.


Jika anda pemilik kamera kompak digital Panasonic jenama Lumix, fakta yang harus anda ketahui ialah model itu menggunakan lensa Leica.

Jika sebelum ini Leica dikeluarkan secara eksklusif oleh jurutera optikal Jerman dan dicantumkan di Jepun, hari ini menerusi satu perjanjian yang termetri sejak 1997, Panasonic diberi kepercayaan untuk menjadi pengeluar utama lensa terbabit.

Berkualiti

in 02.4 Jepun pengeluar Leica

KEDUDUKAN geografi Yamagata di utara Jepun menjadikan wilayah itu menjadi pengeluar kaca terbaik untuk lensa Leica.


Lensa Leica merupakan antara lensa kaca berkualiti tinggi yang pernah dihasilkan kerana rekaan mikroskopnya yang istimewa.

Menurut sejarah, sebuah syarikat Jerman, Ernst Leitz mengambil inisiatif dengan menghasilkan kamera yang kecil, ringan dengan ukuran 35 milimeter.

in 02.5 Jepun pengeluar Leica


Kamera terbabit bukan saja selesa untuk mengembara bahkan berjaya menghasilkan imej yang tepat. Sejak itu lensa Leica kian popular kerana versatilitinya. Namun, harganya yang agak mahal menjadi penghalang kepada mereka yang ingin memilikinya.

Namun, sejak Oktober 2001, Panasonic menjadi pengeluar utama dunia lensa separa sfera berketepatan tinggi menggunakan label Leica untuk kameranya pada harga mampu milik.

Mengapakah Yamagata dipilih menjadi lokasi pengeluar lensa?

“Persekitaran dan kebersihan daerah ini antara faktor mengapa kilang lensa didirikan di sini selain bahan mentah seperti kacanya yang berkualiti tinggi,” ujar penguasa kilang terbabit, Osamu Yuuki kepada wakil media yang diberi peluang melawat kilang terbabit baru-baru ini.

Menurut Yuuki, selain Yamagata terdapat beberapa wilayah lain di Jepun yang mengeluarkan kaca terbaik untuk dijadikan lensa, manakala ada yang diimport.

Lebih menarik, teknologi kotak hitam yang diperkenalkan oleh Panasonic dalam menghasilkan lensa terbabit antara rahsia mengapa lensa yang dihasilkan berkualiti.

Ini termasuklah kaedah yang membabitkan proses pemanasan semula lensa dan acuan lensa pada satu masa.

“Ada masa-masanya kami melakukan pemanasan tiga lensa sekali gus, paling maksimum ialah sepuluh lensa.

“Namun, teknologi saja tidak memadai. Sebaliknya aset penting dalam kejayaan kami ialah 426 para pekerja yang berdedikasi dan mempunyai misi serta matlamat yang sama,” jelas Yuuki bahawa kawalan kualiti antara faktor yang ditekankan di kilang terbabit.

Kilang yang didirikan sejak tahun 1982 itu turut membekalkan lensa untuk jenama-jenama kamera terkemuka dunia.

Selain lensa, kilang terbabit turut menghasilkan unit laras lensa, lensa video dan kad memori SD yang mempunyai kapasiti hingga 32 megabait (GB).

“Kami mengeluarkan sebanyak lima juta lensa sebulan dan 150,000 kad memori SD sehari dengan sasaran menyiapkan tempahan dalam masa dua jam,” jelas koordinator kanan kilang Panasonic Corporation, Motoki Nakagaki kepada media

103 total views, 1 views today

Comments

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam