![]() |
|
Antara teleskop yang digunakan untuk mencerap fenomena bulan gerhana.
|
Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari ini.
Secara amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia.
Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.
Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.
Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.
Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.
Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.
-utusanmalaysia
7 Responses
IMCurtain.com
December 31st, 2009 at 6:27 AM
1Peluang saksi fenomena bulan gerhana | HazmanFadzil.Com…
Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari ini….
mohdisa
December 31st, 2009 at 4:52 AM
2time ni mesti org tgh sibuk sambut new year. huh
khai
December 31st, 2009 at 10:34 AM
3cantik blog, simple dan padat… jelez laa hehehehe
YusriZakaria
December 31st, 2009 at 10:54 AM
4jom pakat tengok…
species1980
January 2nd, 2010 at 12:27 PM
5aku tak sempat tengok aritu…. tertido..zzzzz
species1980
January 2nd, 2010 at 12:28 PM
6biasa jee…. cuma daily updated….
species1980
January 2nd, 2010 at 12:29 PM
7semestinya….. tapi kalau tak silap mungkin 15hb nanti akan berlaku lagi…
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
TAJAAN KHAS :
Hazman Fadzil

Reka Lencana Anda
Archives
Calendar
HazmanFadzil.Com is proudly powered by WordPress - BloggingPro theme by: Design Disease