Monthly Archives: December 2009

GPS jadi penyelamat




Sejauh mana sistem penentu kedudukan satelit atau GPS dapat membantu menyelamatkan nyawa manusia?

in 03.1 GPS jadi penyelamat

TEKNOLOGI yang ada pada peralatan GPS memberi manfaat kepada banyak pihak.


MUNGKIN kita biasa mendengar aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) pada sistem navigasi atau sistem keselamatan kenderaan. Namun apa yang dipaparkan pada kali ini tidak lain daripada kisah benar bagaimana aplikasi GPS membantu dalam usaha menyelamat. Terima kasih kepada teknologi penentu kedudukan satelit itu.

Telefon GPS menyelamat pesakit transplan

Teknologi pengesanan GPS pada telefon bimbit telah digunakan bagi mengesan penjenayah. Ia turut membantu kakitangan kecemasan mencari mangsa kemalangan yang tidak dapat memberikan kedudukan mereka dengan tepat.

Baru-baru ini, pihak polis di sebuah pekan kecil di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) telah menggunakan teknologi GPS bagi mengesan seorang ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sedang menunggu organ transplan.

Tanpa GPS, kanak-kanak tersebut tentunya terlepas peluang untuk mendapatkan pemindahan jantung daripada pendermanya. Polis terpaksa menggunakan GPS yang terdapat pada telefon bimbit, setelah ibunya tidak menjawab panggilan telefon dan pihak polis pula gagal menemui kanak-kanak tersebut.

Menyelamat pendaki K2

Pada Ogos 2001, seorang pendaki gunung telah diselamatkan sewaktu mendaki gunung K2 di Pakistan. Setelah tiga hari bertarung nyawa akibat terdedah kepada cuaca pergunungan yang ekstrem, ketua pendakian tersebut, Wilco Van Rooijen berjaya ditemui oleh anggota penyelamat.

Sistem GPS Thuraya yang digunakan membenarkannya menghantar koordinat kepada rakan sependakiannya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Tanpa sistem itu, dia mungkin sudah mati akibat kesejukan.

in 03.2 GPS jadi penyelamat

SISTEM GPS digunakan dengan meluas dalam usaha menyelamat.

Pengembaraan yang nyaris membawa padah

Seorang pengembara dari Romania yang berpengalaman luas dan pernah menakluk Amerika Selatan dan Asia nyaris menerima padah pada Januari tahun lalu apabila tersesat selama enam hari ketika berjalan kaki sejauh 45 kilometer berdekatan Uluru di Australia.

Dia keputusan bekalan makanan dan minuman pada hari ketiga dan terpaksa berusaha sendiri mencari jalan pulang. Dia akhirnya menemui kawasan yang mempunyai liputan telefon bimbit dan berjaya meminta bantuan penyelamat melalui mesej.

Mesej tersebut dihantar kepada ahli keluarganya di Romania bersama koordinat GPS yang diperoleh daripada unit GPS TomTom yang dibawanya bersama. Tanpa kedudukan yang tepat menerusi GPS, usaha menyelamat pastinya menjadi lebih rumit.

in 03.3 GPS jadi penyelamat

TELEFON bimbit kini turut memasukkan sistem GPS di dalam perantinya bagi pelbagai kegunaan terutama ketika kecemasan.


GPS selamat mangsa patukan ular

Aktiviti perkhemahan secara bersendiri oleh seorang lelaki berusia 27 tahun hampir menjadi tragedi apabila dia dipatuk seekor ular berbisa di Tharwa, Australia. Kedudukan tapak perkhemahan yang agak jauh dari jalan utama menyebabkannya sukar untuk mendapatkan bantuan.

Mujur dia berjaya menenangkan diri selepas dipatuk dan terus meminta bantuan dan memberi panduan arah kedudukannya berdasarkan unit GPS yang dibawanya.

in 03.4 GPS jadi penyelamat

SESAT dalam bentuk muka bumi ekstrem seperti ini boleh mengundang maut. Namun sistem GPS boleh membantu seseorang yang tersesat menghubungi keluarga bagi diselamatkan.


Keadaan pasti menjadi lebih sukar tanpa GPS kerana jika tidak mengetahui kedudukan sebenar, bantuan menyelamat pasti tidak dapat dihantar dengan pantas.

Apatah lagi dalam kes gigitan binatang berbisa, pasukan penyelamat perlu tiba secepat mungkin bagi mengelakkan mangsa tidak sedarkan diri atau lebih teruk maut kerana bisa gigitan tersebar ke seluruh tubuh mangsa.

-kosmo

Penyampai berita animasi





BERITA tidak baik buat penyampai berita di televisyen! Anda mungkin tidak perlu mencari kerja yang lain sekarang tapi masa depan kerjaya itu menjadi tanda tanya. Ini kerana, beberapa pelajar dan profesor di Northwestern University, Amerika Syarikat (AS) sedang mengusahakan penyampaian berita futuristik yang mungkin mencerminkan senario penyampaian berita pada masa akan datang.

Projek yang dinamakan News at Seven itu menggunakan satu program perisian menghasilkan persembahan penyampaian berita oleh penyampai berita animasi. Ia bercakap menggunakan teknologi text-to-speech.

Siaran berita boleh diubah suai berasaskan Internet itu rancak diusahakan di Intelligent Information Lab (InfoLab), McCormick School of Engineering and Applied Science, Northwestern University, Illinois sejak lebih tiga tahun lalu.

Pengkaji melakukan percubaan dengan mengeluarkan berita-berita tertentu, misalnya daripada web dan memadankannya dengan gambar dan video. Mereka juga menghasilkan skrip.

in 04.1 Penyampai berita animasi

CONTOH beberapa penyampai animasi yang diusahakan oleh profesor dan pelajar dari Amerika Syarikat.


Penonton boleh memilih seleksi digital avatar (rupa penyampai berita animasi) atau mengubah suai penyampai berita mengikut kehendak mereka.

Bagaimanapun Pengarah InfoLab yang merupakan seorang profesor bidang kejuruteraan elektrik dan sains komputer, Kristian Hammond berkata, suara yang digunakan oleh avatar digital yang masih menjadi masalah buat masa ini.

“Proses pengumpulan maklumat nampak lebih baik daripada penyampaian,” kata Hommond kepada AFP.

“Suara penyampaian berasaskan komputer lazimnya buat masa ini tidak begitu berekspresi,” katanya. “Kekurangan itu yang membataskan prestasi sistem,” katanya.

Hammond berkata, projek itu telah menimbulkan minat daripada beberapa organisasi media. Bagaimanapun identiti media itu tidak didedahkan.

Robot bantu mengajar

SEBUAH robot humanoid terbaru telah diperkenalkan baru-baru ini di Miyashiro, Jepun. Robot yang berwarna coklat itu dikatakan dicipta untuk tujuan pendidikan.

in 04.2 Penyampai berita animasi

BEBERAPA pelajar dari sebuah institut di Jepun mengamati rekaan robot berketinggian 162 sentimeter itu.

Robot yang mempunyai ketinggian 126 sentimeter itu kelihatan berlari di Microsoft Robotic Developer Studio. Ia memiliki 21 aktuator dan variasi sensor.

Robot tersebut dibangunkan oleh ZMP Inc and Nippon Institute of Technology. Ia menjadi alat bantu mengajar bagi guru-guru di samping mempunyai projektor di kepalanya.

Lelaki tangan robotik

SEORANG lelaki kudung, Pierpaolo Petruzziello telah mengambil bahagian dalam satu eksperimen yang mengagumkan oleh sekumpulan saintis Eropah. Saintis-saintis mendakwa mereka telah berjaya menghubungkan Petruzziello dengan sebuah tangan robotik menggunakan elektrod ke tubuh badannya.

in 04.3 Penyampai berita animasi

PETRUZZIELLO bergambar dengan tangan robotiknya di Rom, Itali baru-baru ini.


Dengan itu, ia membolehkannya mengawal tangan robotik itu menggunakan fikirannya dan merasai sensasi lengan tiruan. Saintis berkata, itu adalah kali pertama seorang kudung dapat melakukan pergerakan yang kompleks menggunakan minda untuk mengawal tangan biomekanik yang dihubungkan ke sistem sarafnya.

Eksperimen itu telah berlangsung selama sebulan. Kejayaan eksperimen itu telah diumumkan dalam satu sidang media di Rom, Itali baru-baru ini.

-kosmo

filem SANTAU – TAK SERAM PUN…




Dua minggu lepas aku berkesempatan tengok filem SANTAU kat cineplex di kajang.Namun sebelum aku tengok filem SANTAU nie aku dah baca preview kat satu blog kat innit.Sekadar nak membandingkan apakah review yang diberikan bertepatan dengan filem SANTAU itu.

So, bila aku dah tengok filem SANTAU nie maka aku komen kepada dua perkara iaitu BEST dan HAMPEH :

BEST

-Kesan khas dalam filem nie berjaya mewujudkan sedikit eleman suspen dan terkezut

-Beri mesej kepada kita memegang SURAH YASSIN adalah bukan cara yang terbaik ketika menghadapi hantu

-Kita perlu merujuk kepada orang yang ALIM dalam menyelesaikan perkara alam ghaib atau paranormal.

HAMPEH

-HANTU BAWAH KATIL yang memang sudah boleh dijangkakan kemunculannya.

-KESAN SANTAU yang dihidapi oleh PUTERI MARDIANA ( isteri ESMA DANIEL) dalam filem nie kurang MENGERIKAN .

-HANTU dalam filem nie terlalu obses dengan telur goreng mata kerbau ( gambaran benda kotor dan cacing ).

Itu sekadar pandangan …. Mungkin filem ART OF DEVIL boleh dijadikan benchmark untuk babak atau adegan yang berkaitan filem ILMU HITAM

TRAILER FILEM ART OF DEVIL 1

TRAILER FILEM ART OF DEVIL 2

Latihan kecemasan haiwan terlepas




va 01.1 Latihan kecemasan haiwan terlepas

BEBERAPA kakitangan sibuk dengan tugas masing-masing ketika latihan kecemasan dijalankan.


MALAYSIA Airlines Cargo Sdn. Bhd. (MASkargo) merupakan divisyen kargo udara bagi Sistem Penerbangan Malaysia Berhad.

Setiap tahun MASkargo mampu mengendalikan sejuta tan kargo di kompleks pemindahan kargo canggih yang dikenali sebagai Advanced Cargo Centre di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Baru-baru ini, mereka berjaya mengelola satu sesi latihan kecemasan penangkapan haiwan terlepas di kawasan terminal kargo udara KLIA.

Ketua Bahagian Operasi MASkargo, Ibrahim Mohamed Salleh berkata, latihan seumpama itu adalah yang pertama kali diadakan di kawasan airside KLIA.

Menurut Ibrahim, walaupun sebelum ini pihaknya tidak pernah berdepan dengan situasi haiwan terlepas, namun latihan tersebut amat penting untuk semua kakitangan.

“Latihan ini bertujuan untuk memastikan semua kakitangan MASkargo dan agensi penguat kuasa lapangan terbang peka terhadap insiden sedemikian sekiranya ia berlaku pada masa akan datang,” jelasnya kepada pihak media sejurus sesi latihan tersebut tamat.

va 01.2 Latihan kecemasan haiwan terlepas

SEORANG petugas ERT yang tercedera akibat terjatuh ketika mengejar anjing diberi bantuan.


Kecekapan

Tambah Ibrahim, latihan yang sama pernah dianjurkan pada bulan Disember tahun 2005 tetapi ia hanya melibatkan lokasi tertutup dan terhad iaitu kompaun MASkargo Animal Hotel sahaja.

“Pihak pengurusan sentiasa memikirkan situasi yang berbeza-beza untuk merealisasikan latihan ini bagi menambah kecekapan dan ketangkasan kakitangan menyelesaikan masalah jika kejadian seumpama itu berlaku,” ujarnya lagi.

Usaha itu membuktikan bahawa MASkargo tidak memandang remeh atas sebarang kemungkinan berlakunya haiwan terlepas di kawasan yang hampir dengan operasi pesawat yang meningkatkan risiko terjadinya kemalangan serius amat tinggi.

Latihan yang memakan masa satu jam setengah itu melibatkan lebih kurang 15 agensi penguat kuasa lapangan terbang termasuklah Jabatan Haiwan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Kastam dan Eksais Diraja Malaysia, Unit Anjing Pengesan K-9, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Zoo Melaka, LSG Sky Chef Brahim Sdn. Bhd., Malaysia Airport Holdings Berhad dan jabatan-jabatan dalam pengurusan MASkargo.

Unit Anjing Pengesan K-9 telah meminjamkan tiga ekor anjing terlatih mereka daripada baka Labrador untuk latihan tersebut. Ketiga-tiga ekor anjing itu terlepas dari sangkar ketika dalam proses pemindahan kurungan dari Animal Hotel ke pesawat B747-400F yang akan berlepas ke Narita, Jepun di dataran parkir pesawat F6.

va 01.3 Latihan kecemasan haiwan terlepas

ANJING yang berjaya ditangkap diikat semula dengan tali.


Animal Hotel adalah satu-satunya hotel haiwan bertaraf enam bintang di dunia yang merupakan unit operasi MASkargo pertama menerima sijil pengiktirafan ISO 14001 pada tahun 2004.

Sehubungan itu, pihak pengurusan perlu menjalankan sesi latihan penangkapan haiwan terlepas daripada kurungan bagi memenuhi salah satu kriteria standard kelayakan bagi meneruskan pemilikan sijil pengiktirafan berkenaan.

Pintar dan bergaya




me 01.1 Pintar dan bergaya


LG Electronics, perintis teknologi telefon skrin sentuh dan pemimpin dalam reka bentuk telefon bimbit bergaya, memperkenalkan telefon bimbit inovatif LG-GM730 Smartphone.

Sebagai sebahagian daripada rangkaian telefon skrin sentuh keluaran LG, model baru ini dijangka mampu memuaskan setiap pengguna.

Disebut-sebut sebagai salah satu telefon pintar paling mesra pengguna di pasaran dan yang pertama menawarkan versi baru Windows Mobile 6.1, LG-GM730 Smartphone direka untuk operasi yang pantas lagi mudah.

Ini bagi membolehkan pengguna dapat menikmati ciri-ciri telefon pintar terbaru dengan usaha yang minimum.

Telefon pintar yang langsing dan nipis ini turut dilengkapi dengan ciri sistem penentu kedudukan global (GPS).

LG-GM730 Smartphone boleh didapati di semua pengedar sah LG. Telefon pintar ini dijual pada harga runcit RM 1,799.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.lge.com.

-kosmo