Nokia X6




Rekaan terkini Nokia X6 dicipta untuk pengalaman hiburan yang lebih berkualiti. X6 dilancarkan dengan sistem operasi Symbian yang membenarkan pengguna mengaplikasi muat turun daripada Nokia Ovi, sekali gus memaparkan menu kegemaran sahaja pada skrin utama.


NOKIA X6 berjaya menarik orang ramai kerana rekaannya bergaya dan sesuai dangan lapisan umur.


NOKIA X6 berukuran 8.13 sentimeter dengan paparan skrin sentuh muncul di pasaran hari ini. Bahagian belakang dan keseluruhan tepinya diliputi dengan material plastik yang lebih baik berbanding dengan logam.

Jika dilihat dari aspek luarannya, ia seakan-akan model Nokia N95 yang berbentuk nipis dan mempunyai resolusi skrin 640 x 360 piksel.

Skrin yang besar itu amat sesuai untuk menonton filem atau melayari Internet. X6 juga menyokong skrin putaran automatik dengan menggunakan teknologi accelerometer. Di samping itu, isi kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak akan hilang sekiranya tiba-tiba anda menerima panggilan telefon ketika sedang menaip SMS.

Teknologi kapasitif memberi kelebihan kepada Nokia X6 kerana skrin sesentuh itu akan memberi tindak balas, meskipun anda menggunakan jari untuk melayari setiap menu.

Dengan keupayaan yang cukup membanggakan, ia sesuai untuk mereka yang gemar melayari laman sosial Facebook dan Twitter pada setiap masa. Nokia X6 merupakan gajet terbaik untuk tujuan tersebut.

Sistem yang menggunakan pilihan butang operasi besar dan jelas memberikan keselesaan kepada anda untuk menggunakannya.

Dari segi fungsi mainan lagu yang pastinya menjadi keutamaan bagi pengguna, ia memang tidak menghampakan. Ini kerana Nokia X6 mampu menarik minat anda apabila keupayaan 32GB dalaman sudah pun tersedia.

DUNIA baru bagi peminat telefon bimbit yang menggemari muzik.


Ini bermakna dengan kapisiti itu, anda boleh memuat turun seberapa banyak lagu tanpa perlu risau sama ada ruang mencukupi atau tidak.

Kualiti bunyi pula amat menakjubkan meskipun anda mendengarnya menerusi fon telinga kerana ia menggunakan 3.5 milimeter (mm) penuras audio.

Untuk memasukkan lagu ke dalam telefon itu, ia mudah sahaja iaitu dengan menyambungkan wayar pada komputer, maka pilihan lagu akan bergerak laju untuk disimpan terus ke gajet anda.

Selain itu, ia digabungkan dengan kelebihan HSDPA, WiFi, GPS dan kamera yang mempunyai 5.0 megapiksel sekali gus membuatkan pengguna tidak perlu mendapatkan gajet lain untuk merakamkan gambar.

Berdasarkan aplikasi sistem operasi Symbian, ia membenarkan anda mengendalikan sendiri apa yang diinginkan dengan menggunakan Nokia Ovi, misalnya untuk memaparkan panggilan kegemaran di bahagian skrin utama.

Anda juga tidak perlu bersusah payah untuk menekan butang menu bagi mencari nombor telefon individu yang kerap dihubungi.

Menariknya lagi, pengguna boleh mengakses Internet tanpa sempadan secara terus dengan telefon itu.



Antaranya peminat bola sepak boleh mengemaskini keputusan perlawanan, jadual penerbangan dan laporan cuaca dalam beberapa minit sahaja.

Kesimpulannya, Nokia X6 mendekatkan lagi hubungan anda bukan hanya dengan saudara atau rakan-rakan, sebaliknya teknologi kemudahan Internet hanya di hujung jari anda sahaja.

Penggunaan bateri pula dijamin tahan sepanjang hari walaupun anda sentiasa menggunakan WiFi atau e-mel. Bagaimanapun di sebalik kelebihan, pengguna juga terpaksa berhadapan dengan masalah butang fungsi setiap operasi kerana ia agak bercelaru. – AQMAR ALLADAD

Kenapa tidak dipanggil – panggil temuduga kerja kerajaan?




Sebenarnya, hari ini saya ingin berkongsikan satu tips, iaitu
“Mengapa Saya Tidak Dipanggil Temuduga”?

Ramai di antara rakan – rakan kita yang dah Berjaya masuk ke
sektor awam.

Tapi itu bagi mereka yang berjaya. Yang masih belum berjaya
bagaimana?

Iaitu bagi mereka yang masih tidak dipanggil – panggil untuk
menghadiri temuduga..

Borang permohonan dah diisi banyak kali, tapi masih tidak
dipanggil – pangil temuduga. Apa sebabnya ye? Sehinggakan ramai
yang berputus asa dan menyalahkan orang lain di atas hal
tersebut.

Hai, janganlah begitu. Kita tidak boleh salahkan orang lain di
atas kegagalan kita. Mungkin ada sebabnya. Atau mungkin juga
takdir oleh Tuhan. Jangan sesekali merasa kecewa. Mungkin belum
rezeki. Yang penting kita berusaha untuk mendapatkannya. Sekali
kita tersungkur, bukan bermakna kita akan tersungkur selama –
lamanya. Cuba bukakan minda kita kepada alam yang terbuka luas
yang disediakan oleh tuhan ini. Bermacam – macam rezeki yang
boleh kita perolehi. Apa yang penting, carilah rezeki yang halal
dan diredhai.

Untuk kerja kerajaan, terdapat beberapa sebab kita tidak
dipanggil temuduga.

1. KESILAPAN DALAM MENGISI PERMOHONAN
===========================================
Ramai calon yang mengisikan borang permohonan dengan tidak
melihat syarat dan kelayakan diperlukan untuk jawatan tersebut.
Adakah sijil/diploma/ijazah mereka berkaitan atau tidak.
Sebolehnya, mereka mohon seberapa banyak jawatan dalam sektor
awam
. Memang tiada masalah, tapi pastikan ianya mengikut
keutamaan dengan kelayakan yang anda miliki.

2. JAWATAN YANG DIPOHON TIADA KEKOSONGAN
==============================================
Ya, jika jawatan tersebut kurang kekosongan ataupun langsung
tiada, memang susah untuk dipanggil temuduga. Jawatan ada
diiklankan, tetapi kekosongan tidak banyak. Jadi, sudah pasti
yang dipanggil temuduga amat sedikit. Jawatan – jawatan khas
dalam badan kerajaan tertentu ada yang memerlukan staf yang ramai
dan ada juga yang kurang. Contohnya, jawatan
Pegawai/pembantu/pen.pegawai tadbir adalah satu jawatan yang amat
popular yang diperlukan oleh semua kementerian/jabatan kerajaan.
Jadi, kekosongan bagi jawatan ini memang tinggi berbanding yang
lain.

3. PENDAFTARAN PEMOHON TELAH LUPUT TEMPOH SAHNYA
==================================================
Dah daftar lama dah, tapi bila tak dipanggil temuduga dalam
setahun anda tak update. Dan masih menunggu panggilan temuduga.
Ianya adalah mustahil. Apabila habis tempoh setahun, terus saja
update pendaftaran/permohonan anda. Lebih baik ianya diupdate
setiap 6 bulan (ni berdasarkan pemerhatian saya). Dengan cara
ini, anda lebih mudah (bukan semestinya) untuk dipanggil
temuduga. Dan satu lagi, jika anda baru saja habis menghadiri
temuduga atau mendapat calon simpanan, seeloknya anda update
pendaftaran/permohonan anda.

4. JAWATAN TERHAD, TAPI PERMOHONAN RAMAI
=========================================
Ini juga merupakan salah satu sebab utama mengapa anda sukar
dipanggil untuk hadiri temuduga.  Permohonan begitu ramai, anda
terpaksa bersaing. Pada masa ini, kelayakan anda menjadi taruhan.
Maksudnya,  jika anda ada ijazah, cgpa akan dijadikan tapisan.
Pemohon yang memiliki CGPA yang teratas akan dipanggil temuduga
terlebih dahulu. Maksudnya, jika jawatan itu memerlukan 600 orang
untuk ditemuduga, maka senarai calon yang 600 orang teratas dari
CGPA  dari beribu – ribu permohonan akan dipanggil temuduga
terlebih dahulu. Tapi itu jika kekosongan terhad. Sekiranya
kekosongan banyak, tiada syarat CGPA dikenakan. Mereka yang layak
akan dipanggil temuduga.

5. KELAYAKAN SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH IPTS/IPTA/OVERSEA TIDAK
DIIKTIRAF

============================================================
Jika kelayakan anda tidak kira samada dari IPTA,  IPTS mahupun
Luar Negara, jika ianya tidak diiktiraf oleh JPA, memang anda
tidak akan dipanggil temuduga. Jadi, pastikan kelayakan anda
diiktiraf untuk memasuki sector awam. Tak tahu samda ianya
diiktiraf atau tidak, semak di link ini
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

6. TIDAK LEPAS PEPERIKSAAN KHAS
===============================
Ada untuk jawatan tertentu memerlukan peperiksaan khas atau
ujian khas sebelum dipanggil temuduga. Jadi ramai juga yang tidak
lepas peperiksaan ini. Ada ujian menguji pengetahuan, ada ujian
fizikal dan ujian bakat. Jika berjaya lulus peperiksaan, baru
dipertimbangkan untuk dipanggil temuduga pula. Bukan bermaksud
berjaya peperiksaan kompem dapat temuduga. Untuk jawatan PTD,
penguatkuasa, dan lain – lain boleh dijadikan contoh.

Itulah antara sebab – sebab utama yang saya kaji kenapa kita
tidak dipanggil temuduga kerja kerajaan. Mungkin ada beberapa
sebab lagi, tapi ini sudah cukup untuk menerangkannya.

Kamera ala G-Shock




Casio sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila memperkenalkan kamera digital tahan lasak ala jam tangan G-Shock, Exilim EX-G1.


JAM tangan G-Shock daripada Casio yang pernah mencetus fenomena.


CASIO yang terkenal sebagai pengeluar produk elektronik meraih populariti setelah berjaya menghasilkan pelbagai produk seperti jam dan kalkulator. Salah satu produk popular mereka ialah jam tangan G-Shock yang turut pernah dipertontonkan dalam beberapa filem, antaranya Speed, lakonan Keanu Reeves. Ia menunjukkan betapa lasak dan tahannya jam yang dipakai pelakon kacak tersebut walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan.

Selain itu, ketahanan G-Shock turut terbukti apabila ia dipakai oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam peperangan sebenar.

Hari ini, Casio sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila memperkenalkan kamera digital tahan lasak ala G-Shock, Exilim EX-G1 yang membawa ciri-ciri ketahanan Casio dengan ciri pintar yang lazimnya terdapat pada sebuah kamera digital kompak selain tubuh yang tahan gegaran.

Di sebalik reka bentuk serta badan yang tahan lasak, kamera Exilim EX-G1 yang hanya berketebalan 0.78 inci tidak ketinggalan dari segi teknikal berbanding kamera lain.


SELAIN warna merah, kamera Exilim EX-G1 juga boleh didapati dalam warna hitam.


Dengan sensor 12.1 megapiksel, skrin LCD bersaiz 2.5-inci dan tiga kali zoom optikal, ia menjadi tarikan tambahan selain fungsi termaju dalam mengabadikan sesebuah foto.

“Sama ada ia untuk gaya hidup yang dipilih atau cabang kerjaya memerlukan anda membawa kamera yang cukup tahan lasak untuk mengharungi pelbagai rintangan dalam melaksanakan tugas, Exilim EX-G1 menawarkan tahap ketahanan yang lebih daripada mencukupi untuk melakukan tugasan seharian,” jelas Toshi Iguchi, Pengurus Besar Kanan, Bahagian Pengimejan Digital, Casio.

Menurutnya lagi, kamera terlasak keluaran Casio tersebut merupakan bukti dedikasi syarikat itu yang berterusan dalam menghasilkan kamera yang boleh memenuhi kehendak ‘kaki kamera’ dari pelbagai peringkat.

Ia tidak sekadar menawarkan ketenangan minda dengan teknologi perlindungan gegarannya (pada ketinggian sehingga dua meter sekiranya terjatuh). Bahkan, penyelam skuba yang gemar menerokai dasar laut dan tinggalan kapal karam pastinya teruja apabila mengetahui kamera ini turut mampu bertahan pada persekitaran berhabuk serta kalis air sehingga kedalaman 10 meter selain mampu bertahan sehingga 1 jam pada kedalaman itu.


DIREKA bercirikan tahan lasak, kamera Exilim EX-G1 dilengkapi skrin LCD bersaiz 205 inci.


Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan merah, Exilim EX-G1 dipasarkan pada harga sekitar RM1,015.

Ia dijangka mewarnai dunia penggemar gajet digital dan juga mereka yang gemarkan sukan ekstrem. Ini kerana mereka dapat merakamkan aktiviti lasak tanpa perlu khuatir akan survival kamera mereka sekiranya terjatuh di atas kawasan perkhemahan atau terjatuh sewaktu mengambil gambar teman-teman di gigi air.

SELAMATkan SIS dan SERATA




IPOH, 17 Dis: Bekas-bekas pelajar Sekolah Izzudin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Perak, membantah dan menuntut penjelasan dari tiga pihak bertanggungjawab berhubung hasrat menyerahkan kedua dua sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tersebut kepada pusat.

Ketiga-tiga pihak tersebut adalah kerajaan negeri Perak, Jabatan Agama Islam negeri dan Persatuan Alumni pelajar sekolah terbabit.

Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN), Yuzi Faizal memberitahu pihak mereka akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu dihadapan pintu masuk utama SIS Jumaat ini.

“Kita nak mintak penjelasan dari ketiga-tiga pihak ini supaya kita dapat tahu kewajaran kedua-duanya perlu diserahkan kepada kerajaan pusat,” katanya ketika dihubungi.

Yuzi juga memberitahu desakan yang dibuat badan bertindak ini bukan dipengaruhi mana-mana parti politik tetapi atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan bekas-bekas pejar sekolah terbabit sendiri.

Mereka bimbang pertukaran tersebut akan menggadai kecemerlangan pelajar-pelajar aliran agama khususnya pemansuhan subjek teras sekolah tersebut.

Apatah lagi kedua-dua sekolah tersebut juga jelasnya telah banyak melahirkan tokoh-tokoh dan pemimpin negara seperti Menteri Pertahanan Malaysia sekarang ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Berdasarkan maklumat, jika kerajaan pusat ambil alih, kemungkinan subjek I’dadi dan Sanawi akan dimansuhkan.

“Ianya akan memberi kesan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti di Al-Azahar dan lain-lain universiti,” katanya lagi.

Kedua-dua sekolah tersebut adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak namun akan diserahkan kepada kerajaan pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kerana didakwa berdepan masalah kewangan.

Sehubungan itu, TAHAN juga sedang merancang menyediakan satu memorandum untuk dihantar kepada pihak Istana negeri perak jika tiada sebarang maklum balas dari ketiga-tiga pihak terbabit.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) turut mendesak Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri campur tangan menyelamatkan SIS dan SERATA agar kekal dibawah kelolaan JAIPk.

Kursus Reka Photoshop Kreatif (Wedding Photographer)




Salam,

Satu kursus khusus untuk kerja-kerja kreatif perkahwinan – editing foto dan
rekabentuk custom album akan dianjurkan. Detailnya adalah seperti berikut:

KURSUS REKA PHOTOSHOP KREATIF
http://sifoo.com/v7/2009/12/09/kursus-reka-photoshop-kreatif/

Tarikh: 6hb dan 7hb Januari 2010 (Rabu & Khamis)

Yuran: RM350 seorang

Topik yang akan diajar:

Hari 1:
Anda akan diajar asas tentang Photoshop dan mengenali penggunaan asas
seperti Pengenalan Tool, Layer, Effect dan lain-lain. Beberapa teknik
mengedit foto perkahwinan juga akan diajarkan.

Hari 2:
Anda akan diterangkan dengan lebih mendalam tentang penghasilan grafik dan montaj untuk menghasilkan album perkahwinan, kad kahwin, kad-kad ucapan,banner, bunting dan sebagainya. Anda akan di berikan 50 imej kerawang dalam format EPS (vector) dan anda akan di tunjukkan cara-cara bagaimana memanipulasikan imej kerawang ini dalam menghasilkan imej lebih menarik dalam gambar fotografi seperti gambar perkahwinan atau rekabentuk grafik anda.

PENDAFTARAN
http://sifoo.com/v7/2009/12/09/kursus-reka-photoshop-kreatif/

TEMPAT ADALAH TERHAD
12 orang sahaja per kelas.

DAFTAR SEGERA!


Terima kasih.

Sifoo.com