Setelah membaca post entri bro WANMUS dan bro ROHAIZAD mengenai betapa sedapnya NASI AYAM PENYET.Bertambah la keinginan saya untuk mencuba masakan tersebut.Kebetulan pula saya nie memang suka merasa masakan yang unik yang ada kat malaysia.
Dua minggu lepas … apabila saya pulang menziarahi famili di kajang dengan tak disangka-sangka bapa kami sekeluarga makan NASI AYAM PENYET di restoran ayam penyet AP di cawangannya di bangi.Macam tahu-tahu je saya teringin kan….
Ini pula peta untuk ke restoran
AYAM PENYET – AP (Bangi Seksyen 15
9-G Jalan 15/1D
Sksyen 15, Bandar Baru Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia (Near Pertonas & Nasi Briyani , Fronting Stadium Bangi ) .
Untuk maklumat lanjut boleh layari ==> http://www.ayampenyet-ap.com/index.html
So bila dah sampai kat restoran tu pesanan dibuat dan seperti kebiasaannya minuman la yang sampai dulu…
Tak selepas itu hidangan yang dinantikan pun tiba….
Yeahh…. kami sekeluarga menikmati hidangan yang terpampang di depan mata dengan penuh berselera.Memang seronok apabila dapat meluangkan masa makan di luar satu famili.
Kepada yang tidak tahan pedas …. sedikit peringatan : SAMBALnya PEDAS….Bagi saya pertama kali mencuba NASI AYAM PENYET nie isinya memang lembut disaluti dengan rempah dan ramuan khas menimbulkan selera untuk saya menghabiskan makanan.
So lebih kurang setengah jam…. Inilah hasilnya….
Tinggal sambal yang agak pedas jee…. Lain semua settle…
Dan kepada peminat NASI AYAM PENYET adalah digalakkan menyertai FACEBOOK nasi ayam penyet ==>
P/S: Nikmat bila dapat makan bersama keluarga…..


