-
-
-
Pertamanya akan berlaku kekeliruan terjemahan, seperti ‘Sons of God’ kepada Anak-anak Allah, ‘God’s wife’ kepada Isteri-isteri Allah. Bentuk tulisan yang membawa nama Allah telah menukar makna hakiki nama Allah yang difahami dalam bahasa Melayu, iaitu Yang Maha Esa.
-
-
-
-
-
Keduanya, ia seolah mengiktiraf nama Allah yang ‘baharu’. Maka umat Islam menghadapi tugas yang berat untuk menjernihkan nama Allah yang hakiki dan nama Allah yang digunakan oleh agama Kristian
-
-
-
Bukan Isu Kedekut Nama
-
Umat Islam tidak pernah kedekut dalam memberi nama-nama atau kebebasan kepada agama-agama lain. Bahasa Melayu sendiri kaya dengan nama dan istilah beragama seperti paderi, sami, ulama, gereja, kuil, tokong, masjid dan banyak lagi. Setiap istilah membawa makna yang tersendiri.
-
-
Allah Memang Tuhan Umat Manusia, Tetapi Hanya Islam yang Beriman Dengan Allah Yang Hakiki
-
Ada yang berhujah, semua agama menuju Allah yang Esa, hanya berbeza bentuk ibadat dan doa yang disampaikan. Faham ini amat merbahaya, kerana mengiktiraf semua agama sama taraf. Makanya Al Quran mungkin sama dengan Bible, para Rasul sama dengan Confucius, dan pelbagai lagi. Hanya Islam agama yang benar di sisi Allah (Al-Imran:19)
-
-
Sikap Beragama Kita Dalam Masyarakat Majmuk
-
Jalan keluar kemelut ini ialah berlaku adil dalam agama masing-masing. Agama Islam yang adil ialah tidak memaksa faham-faham dan konsep-konsep agama Islam dimasukkan ke agama lain. Bahkan agama lain juga tidak boleh secara semberono menerima konsep-konsep yang asing dalam agama mereka.
-
Usaha menyatukan semua agama dalam satu akidah, melalui Tuhan yang sama, ialah kemungkaran dalam agama. Seharusnya setiap agama dibenarkan mengamalkan agama masing-masing berpandukan kitab dan nasihat orang yang alim dalam agama.
-
-
Sejarah Nama Allah
-
Tidak dinafikan nama Allah telah digunakan di Tanah Arab oleh masyarakat bukan Islam sebelum kedatangan Nabi Muhammad Sallahu’alahi Wasalam. Namun, maksud yang digunakan tidak membawa maksud yang Esa, Beranak dan Diperanakkan. Kemudian Islam datang dan memberi maksud nama Allah yang kita fahami hari ini. Di Malaysia, nama Allah telah digunakan hanya ketika Islam datang di sini, dan tiada agama pernah menggunakan nama tersebut secara berleluasa. Nabi tidak pernah melarang orang kafir Arab menggunakan nama Allah kerana mustahil untuk menghalang amalan dan sebutan yang sudah sebati.
-
-
Makna Allah Dalam Bahasa Melayu
-
Bahasa Melayu merupakan rumpun bahasa umat Islam. Bahasa Melayu telah mengalami Islamisasi ilmu yang panjang dan berkesan. Setiap istilah dan perkataan mengandungi makna yang Islami. Nama Allah dalam bahasa Melayu merujuk kepada hakikat Tuhan Yang Maha Esa. Sebab itu terjemahan bahasa Inggeris ‘God’ ialah Tuhan, bukan Allah.
-
-
Beza Guna Nama Allah Dalam Sebutan Dan Tulisan
-
Orang kafir ada menyebut nama Allah sebagai Maha Pencipta (al-Zumar:38), Maha Pentadbir Alam (al-Mukminun: 86 dan 87) dan banyak lagi. Sebagai orang Islam, itu hakikat yang kita kena terima dan sama sekali tidak boleh menghalang orang kafir untuk terus menyebut nama Allah seperti yang dirakam dalam Al Quran. Namun, Al Quran membidas mereka kembali “Mereka menjadikan kamu senang hati dengan mulut mereka, sedangkan hati mereka menolaknya.” (al-Taubah: 8).
-
-
-
Apabila nama Allah dibenarkan dalam tulisan mereka, maka ia akan membuka implikasi yang besar kepada umat Islam.
-
-
-
-
Pertamanya akan berlaku kekeliruan terjemahan, seperti ‘Sons of God’ kepada Anak-anak Allah, ‘God’s wife’ kepada Isteri-isteri Allah. Bentuk tulisan yang membawa nama Allah telah menukar makna hakiki nama Allah yang difahami dalam bahasa Melayu, iaitu Yang Maha Esa.
-
-
==> sumber : PAMPLET -PEMBELA ( Perhimpunan Perpaduan Ummah )