Perkembangan INOVASI



Bahaya plastik disahkan

MENGUNCI kereta menggunakan telefon adalah teori yang sudah lama disebut-sebut.MANUSIA perlu mengehadkan pergantungan kepada sumber plastik untuk kepentingan jangka masa panjang.

BAHAN kimia yang terkandung dalam bekas plastik dikaitkan dengan penyakit jantung, demikian saintis melaporkan baru-baru ini. Ia sekali gus mengesahkan penemuan terdahulu dan meningkatkan tekanan kempen agar bekas plastik diharamkan daripada digunakan sebagai botol dan bungkusan makanan. Pengkaji-pengkaji dari Amerika Syarikat (AS) dan Britain telah mengkaji kesan kimia bisphenol A berasaskan satu tinjauan nutrisi kebangsaan pada tahun 2006. Mereka mendapati bahawa paras bisphenol A yang tinggi pada sampel-sampel urin dikaitkan dengan penyakit jantung. Bisphenol A dikenali sebagai BPA digunakan secara meluas pada plastik dan perhatian saintis di banyak negara seperti Britain, Kanada dan AS semakin meningkat berhubung isu ini. David Melzer, profesor epidemiologi dan kesihatan awam di Peninsula Medical School di Exeter, Britain yang mengetuai kajian tersebut berkata, ia mengesahkan penemuan terdahulu tentang hubungan antara BPA dan masalah jantung. Analisis itu juga mengesahkan bahawa BPA memainkan peranan dalam penyakit diabetes dan beberapa bentuk penyakit hati, kata kumpulan Melzer. Mereka mengkaji data melibatkan 1,493 orang yang berusia 18 hingga 74 tahun. “Analisis terbaru kami sangat mengesahkan analisis pertama,” katanya dalam satu kenyataan. BPA yang digunakan untuk mengeraskan botol plastik berasal daripada satu kelas kompaun yang kadangkala dinamakan pengganggu endokrin. Jun lalu, Persatuan Endokrin AS menggesa agar kajian yang lebih terperinci dilakukan tentang BPA. Mereka membentangkan kajian yang menunjukkan bahan kimia itu boleh memberi kesan kepada jantung wanita dan merosakkan DNA tikus secara tetap. “Risiko yang mengaitkannya dengan pendedahan BPA mungkin kecil, tetap ia relevan bagi sejumlah besar manusia. Informasi ini amat penting,” kata Tamara Galloway yang terlibat dalam kajian itu. Hasil penyelidikan itu disiarkan dalam jurnal sains dalam talian Public Library of Science, PLoS One. Telefon kunci kereta

MENGUNCI kereta menggunakan telefon adalah teori yang sudah lama disebut-sebut.

MANUSIA perlu mengehadkan pergantungan kepada sumber plastik untuk kepentingan jangka “>SATU antara muka telefon pintar telah diperkenalkan baru-baru ini. Dinamakan Viper SmartStart ia direka khusus bagi telefon iPhone dan BlackBerry. Viper SmartStart boleh mengunci dan membuka kenderaan, menghidupkan kenderaan dari jauh dan menerima maklumat waspada sekuriti. Ia telah diperkenalkan dalam Pertunjukan Elektronik Konsumer (CES) 2010 di Nevada, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Robot bantu beli-belah

MUNGKINKAH robot ini bakal menjadi kesayangan para suri rumah?

SEBUAH robot yang dinamakan Robovie-II telah berlegar-legar di sekitar sebuah kedai runcit di Kyoto, Jepun baru-baru ini.Ia adalah sebahagian daripada eksperimen bantuan beli-belah yang diadakan di kedai runcit itu. Robot tersebut dibangunkan oleh institut penyelidikan robotik Jepun, ATR.Bukan sahaja robot itu boleh membantu membeli-belah, bahkan ia juga boleh menyapa pengunjung ketika pengunjung memasuki laluan masuk ke kedai runcit. Robot itu juga boleh mengikut pengunjung sehingga ke rak-rak barangan sambil membawa bakul beli-belah. Ia juga boleh mengingatkan pengguna tentang barangan yang hendak dibeli berasaskan senarai barangan. Eksperimen itu adalah sebagai usaha pengumpulan data bagi menyediakan perkhidmatan runcit yang lebih baik kepada golongan kurang upaya dan warga emas. -Kosmo