Monthly Archives: January 2010

Perkembangan INOVASI



Bahaya plastik disahkan in 07.1 Perkembangan INOVASI

MENGUNCI kereta menggunakan telefon adalah teori yang sudah lama disebut-sebut.MANUSIA perlu mengehadkan pergantungan kepada sumber plastik untuk kepentingan jangka masa panjang.

BAHAN kimia yang terkandung dalam bekas plastik dikaitkan dengan penyakit jantung, demikian saintis melaporkan baru-baru ini. Ia sekali gus mengesahkan penemuan terdahulu dan meningkatkan tekanan kempen agar bekas plastik diharamkan daripada digunakan sebagai botol dan bungkusan makanan. Pengkaji-pengkaji dari Amerika Syarikat (AS) dan Britain telah mengkaji kesan kimia bisphenol A berasaskan satu tinjauan nutrisi kebangsaan pada tahun 2006. Mereka mendapati bahawa paras bisphenol A yang tinggi pada sampel-sampel urin dikaitkan dengan penyakit jantung. Bisphenol A dikenali sebagai BPA digunakan secara meluas pada plastik dan perhatian saintis di banyak negara seperti Britain, Kanada dan AS semakin meningkat berhubung isu ini. David Melzer, profesor epidemiologi dan kesihatan awam di Peninsula Medical School di Exeter, Britain yang mengetuai kajian tersebut berkata, ia mengesahkan penemuan terdahulu tentang hubungan antara BPA dan masalah jantung. Analisis itu juga mengesahkan bahawa BPA memainkan peranan dalam penyakit diabetes dan beberapa bentuk penyakit hati, kata kumpulan Melzer. Mereka mengkaji data melibatkan 1,493 orang yang berusia 18 hingga 74 tahun. “Analisis terbaru kami sangat mengesahkan analisis pertama,” katanya dalam satu kenyataan. BPA yang digunakan untuk mengeraskan botol plastik berasal daripada satu kelas kompaun yang kadangkala dinamakan pengganggu endokrin. Jun lalu, Persatuan Endokrin AS menggesa agar kajian yang lebih terperinci dilakukan tentang BPA. Mereka membentangkan kajian yang menunjukkan bahan kimia itu boleh memberi kesan kepada jantung wanita dan merosakkan DNA tikus secara tetap. “Risiko yang mengaitkannya dengan pendedahan BPA mungkin kecil, tetap ia relevan bagi sejumlah besar manusia. Informasi ini amat penting,” kata Tamara Galloway yang terlibat dalam kajian itu. Hasil penyelidikan itu disiarkan dalam jurnal sains dalam talian Public Library of Science, PLoS One. Telefon kunci kereta in 07.2 Perkembangan INOVASI

MENGUNCI kereta menggunakan telefon adalah teori yang sudah lama disebut-sebut.

MANUSIA perlu mengehadkan pergantungan kepada sumber plastik untuk kepentingan jangka “>SATU antara muka telefon pintar telah diperkenalkan baru-baru ini. Dinamakan Viper SmartStart ia direka khusus bagi telefon iPhone dan BlackBerry. Viper SmartStart boleh mengunci dan membuka kenderaan, menghidupkan kenderaan dari jauh dan menerima maklumat waspada sekuriti. Ia telah diperkenalkan dalam Pertunjukan Elektronik Konsumer (CES) 2010 di Nevada, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Robot bantu beli-belah in 07.3 Perkembangan INOVASI

MUNGKINKAH robot ini bakal menjadi kesayangan para suri rumah?

SEBUAH robot yang dinamakan Robovie-II telah berlegar-legar di sekitar sebuah kedai runcit di Kyoto, Jepun baru-baru ini.Ia adalah sebahagian daripada eksperimen bantuan beli-belah yang diadakan di kedai runcit itu. Robot tersebut dibangunkan oleh institut penyelidikan robotik Jepun, ATR.Bukan sahaja robot itu boleh membantu membeli-belah, bahkan ia juga boleh menyapa pengunjung ketika pengunjung memasuki laluan masuk ke kedai runcit. Robot itu juga boleh mengikut pengunjung sehingga ke rak-rak barangan sambil membawa bakul beli-belah. Ia juga boleh mengingatkan pengguna tentang barangan yang hendak dibeli berasaskan senarai barangan. Eksperimen itu adalah sebagai usaha pengumpulan data bagi menyediakan perkhidmatan runcit yang lebih baik kepada golongan kurang upaya dan warga emas. -Kosmo

Nexus One pelengkap Android



Teknologi telefon pintar kini semakin cekap untuk menjadi teman setia penggunanya. in 06.1 Nexus One pelengkap Android

DARI segi reka bentuk, Nexus One mirip kepada HTC Bravo yang dipasarkan di Eropah.


GOOGLE menunaikan janji mereka apabila mula memasarkan telefon pintar, Nexus One yang menggunakan platform Android iaitu sistem operasi sumber terbuka milik Google yang mula diperkenalkan pada 2008. Telefon yang dibangunkan dengan kerjasama HTC ini dipasarkan sendiri oleh Google. Dari segi reka bentuknya, Nexus One mirip kepada HTC Bravo yang dipasarkan di Eropah. HTC terkenal kerana kejayaan mereka menghasilkan telefon pintar ala PDA yang lazimnya didatangkan dengan papan kekunci fizikal dan skrin besar.

Kebanyakan telefon keluaran mereka juga direka untuk mendokong sistem operasi Windows Mobile keluaran Microsoft. Oleh itu, pasaran mereka disasarkan kepada golongan profesional dan peminat gajet. Namun, sejak akhir-akhir ini, HTC telah mula ‘berjinak-jinak’ dengan Android bagi mengukuhkan pasaran mereka sekali gus memberi alternatif kepada para peminat telefon mereka. Ini secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan Android di dalam industri ini, menjadikan pelancaran Nexus One tepat pada masanya. Dari sudut binaannya, telefon milik gergasi enjin carian ini boleh dikatakan hampir sama dengan kebanyakan telefon pintar hari ini. Dengan berat hanya 130 gram, ia cukup ringan untuk dimuatkan ke dalam poket seluar mahupun kemeja. in 06.2 Nexus One pelengkap Android

DENGAN papan kekunci dan skrin besar serta kamera digital 5 megapiksel, Nexus One ternyata memberi kepuasan.


Saiz skrin telefon kini menjadi salah satu kayu pengukur yang menentukan kedudukan telefon tersebut di pasaran. Google mengambil kira faktor ini lantas membekalkan Nexus One dengan skrin berukuran 3.7 inci, lebih besar sedikit daripada iPhone. Skrin lebar jenis WVGA AMLED ini pastinya dapat memberikan kepuasan kepada pengguna khususnya mereka yang sukar membaca tulisan yang kecil pada telefon bimbit.

Dengan kamera 5 megapiksel, ia ibarat berita gembira buat peminat fotografi. Sungguhpun kamera kompak digital sekarang telah mencecah sehingga 10 megapiksel, namun kamera binaan dalam yang lazimnya didatangkan bersamanya masih mempunyai elemen gambar sekitar 3 hingga 4 megapiksel. Seperkara yang menarik tentang ciri kamera telefon ini ialah pengguna boleh melabelkan lokasi setiap gambar yang diambil menggunakan teknologi AGPS. Selain itu, ia juga mampu merakamkan video pada 720 x 480 piksel pada 20 bingkai sesaat. Dari sudut penggunaan kuasa, tidak keterlaluan jika dikatakan telefon ini mempunyai pengurusan kuasa yang baik bagi kategori telefon pintar. Umum mengetahui penggunaan telefon pintar sering menyebabkan bekalan kuasa bateri agak singkat berbanding telefon bimbit biasa yang hanya mempunyai fungsi asas.

Berbekalkan kuasa yang dipadukan pada bateri 1400 mAH, ia mampu memberikan sehingga tujuh jam masa bercakap dan sehingga 250 jam masa bersedia dengan rangkaian 3G. Nexus One dibekalkan dengan RAM 512 megabait dan kad storan micro SD 4GB. -kosmo

Haiti bandar mayat




in 01.1 Haiti bandar mayat


PETANG Selasa lalu telah mencatat satu lagi sejarah hitam dunia apabila ibu negara Haiti, Port-Au-Prince digegarkan dengan gempa bumi dengan gegaran sekuat 7 skala Ritcher.

Gegaran yang berlaku di negara bekas jajahan Perancis pada pukul 4.53 petang waktu tempatan (pukul 5.53 pagi waktu Malaysia) itu menyebabkan bandar yang sentiasa sibuk dengan aktiviti masyarakat setempat diselubungi dengan suasana yang menyayatkan hati.

in 01.2 Haiti bandar mayat

Januari 2010 dikejutkan dengan malepetaka menyayat hati di Haiti


Mayat-mayat bergelimbangan di jalan raya dan mangsa cedera terbiar begitu sahaja. Lebih menyedihkan, jeritan mangsa meminta pertolongan dapat didengari malah penduduk yang tidak bersedia dengan gempa sekuat itu kelihatan kebingungan dan mencari sanak saudara terselamat di celah-celah runtuhan bangunan.

in 01.3 Haiti bandar mayat

PENDUDUK Haiti terpaksa berebut untuk mendapatkan bantuan makanan dan minuman.


Ada juga yang tergamam dan hanya mampu menitiskan air mata sambil berdoa agar ahli keluarga mereka terselamat daripada gempa mengejutkan negara termiskin di rantau Amerika itu.

Dalam pada itu, mereka yang mengalami kecederaan kelihatan mengerang kesakitan di tepi jalan menanti bantuan tidak kunjung tiba.

“Beribu-ribu penduduk membanjiri jalan raya sambil menangis dan membawa mayat yang berlumuran darah, mencari sesiapa yang dapat membantu mereka,” kata pengarah bahagian perkhidmatan bencana Salvation Army di Haiti, Bob Poff.

in 01.6 Haiti bandar mayat


Dalam tragedi yang memilukan itu, dianggarkan lebih 100,000 orang mati dan kebanyakannya melibatkan orang awam. Beribu-ribu lagi penduduk termasuk warga asing dilaporkan mengalami kecederaan.

Tragedi yang melanda pasti akan dirasai masyarakat setempat kerana Haiti merupakan negara yang berada pada kedudukan 146 daripada 177 negara dalam Indeks Pembangunan Manusia Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Bahkan, hampir separuh daripada penduduknya hidup dengan pendapatan kurang AS$1 (RM3.34) sehari manakala 78 peratus lagi memperoleh pendapatan harian kurang AS$2(RM6.60)pasti akan terasa tragedi yang melanda kerana rakyatnya.

Disebabkan Haiti diklasifikasikan sebagai negara mundur, majoriti rakyatnya hanya menikmati hidangan sebanyak dua kali sehari. Beras dan biji-bijian dianggap sebagai hidangan ruji tempatan dan biasanya dimakan oleh masyarakat yang hidup di bandar.

in 01.5 Haiti bandar mayat

MISA Gureline Bestige yang berumur satu tahun menangis sejurus bangun daripada tidur. Dia dan keluarganya terpaksa tidur di atas jalan raya.


Hampir satu juta penduduk kelahiran Haiti menetap di luar negara dan 50,000 penduduk akan berhijrah setiap tahun ke Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Perancis akibat dibelenggu kemiskinan.

Kebanyakan penduduk Haiti boleh bertutur dalam bahasa Perancis walaupun majoriti daripada mereka menggunakan bahasa Kreyol.

in 01.4 Haiti bandar mayat

KANAK-KANAK ini beratur untuk mendapatkan bekalan makanan.


Bencana alam yang melanda Haiti bukanlah kali pertama berlaku di negara tersebut kerana semasa di bawah jajahan Perancis pada tahun 1751 kepulauan Hispanolia itu pernah bergegar.

Kejadian kedua pula terjadi pada 3 Jun 1951 berdekatan dengan Port-Au-Prince dan Saint Domin-gue yang mengorbankan kira-kira 15,000 orang.

Ia kembali menghantui rakyat Haiti berulang buat kali ketiga di daerah Cap-Haitien dan beberapa daerah lain termasuk utara Haiti serta Republik Dominican pada 7 Mei 1842. Diikuti dengan bencana yang sama, ia turut terjadi pada tahun 1946 dan 1992.

-kosmo

Daulat yang diabadikan




Tidak pernah sehari pun semasa hayat Almarhum Sultan Iskandar, waktu itu tidak dipenuhi dengan eksplorasi yang berkaitan dengan minat baginda dalam pelbagai bidang. Baginda amat dekat dengan rakyat.

ru 01.1 Daulat yang diabadikan


NAUNGAN diraja di bumi Darul Takzim dan harapan pembelaan rakyat nyata terlihat kesinambungannya apabila Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru.

Putera ketiga Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad itu dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang sepanjang melayari kehidupan sebagai kanak-kanak.

ru 01.2 Daulat yang diabadikan

SULTAN ISKANDAR memegang tampuk pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari tahun 1984 hingga 1989.

Bermula dengan pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, Johor, Almarhum seterusnya melanjutkan pelajaran di English College yang kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar, iaitu antara institusi pendidikan peringkat menengah yang terunggul di ibu negeri Johor.

Bertitik-tolak daripada semangat dan kecintaan yang tinggi terhadap penerokaan ilmu, baginda telah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Trinity Grammar School, Australia pada tahun 1952.

ru 01.3 Daulat yang diabadikan

KEGEMBIRAAN terpancar ketika upacara pelantikan cucu baginda sebagai Raja Muda Johor.



Selepas setahun, baginda mengembara ke Isle of Wight di United Kingdom untuk mengikuti pengajian di Upper Chime School selama tiga tahun.

Sejurus pulang dari perantauan dan kembali ke pangkuan keluarga di Johor pada 1956, baginda terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service. Baginda bertanggungjawab menerajui Jabatan Hal Ehwal Daerah, Tanah dan Perbendaharaan ketika itu.

ru 01.4 Daulat yang diabadikan

ALMARHUM Sultan Iskandar (kiri) menunaikan solat bersama Tun Mahathir Mohamad ketika baginda berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong.



Seperti keinginan seorang belia yang penuh dengan pengalaman dan kesungguhan, Tunku Iskandar diingati pada zaman muda baginda sebagai seorang juruterbang terlatih.

Namakan saja model pesawat ringan dan sederhana, semua itu pernah dikemudi baginda hingga meninggalkan rasa kagum dalam kalangan mereka yang menyaksikan aksi baginda di ruang angkasa.

ru 01.5 Daulat yang diabadikan

SELAIN aktiviti belayar, motosikal kuasa tinggi dan sukan udara, Almarhum Sultan Iskandar juga amat meminati permainan golf.



Begitu juga dengan sahsiah baginda sebagai putera raja yang berdisiplin. Ternyata itu semua berkat latihan asas ketenteraan yang diperoleh baginda dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.

Cinta baginda datang pada 1956. Tunku Iskandar telah mengahwini Kalsom Abdullah dari Cornwall, United Kingdom dan dikurniakan dengan empat orang anakanda termasuk Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim (yang kini dilantik menjadi Pemangku Raja).

ru 01.6 Daulat yang diabadikan

TIADA jurang yang memisahkan hubungan antara Sultan Iskandar dengan rakyat jelata.



Sejurus perkahwinan itu berakhir sekitar 1961, baginda bernikah pula dengan Tengku Zanariah binti Tengku Ahmad yang merupakan kerabat diraja Kelantan. Perkongsian hidup baginda berdua dikurniakan enam orang cahaya mata.

Pemasyhuran

Pada zaman kanak-kanaknya baginda biasa dipanggil dengan gelaran Mahmud oleh saudara dan sahabat terdekat. Baginda telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor dari 1959 hingga 1961, sebelum menjadi Raja Muda dari 1966 hingga 1981 oleh ayahanda baginda, Sultan Ismail. Baginda dilantik semula sebagai Tunku Mahkota pada 29 April 1981.

ru 01.7 Daulat yang diabadikan

ALMARHUM Sultan Iskandar (berdiri kiri) bersama kekanda, adinda serta ayahanda dan bonda baginda.



Tidak lama selepas itu, ayahanda baginda, Sultan Ismail mangkat dan sehari selepas itu, Tunku Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat pada tarikh 11 Mei 1981. Sebagai pelarasan hierarki, adinda baginda, Tunku Abdul Rahman telah diangkat sebagai Tunku Bendahara Johor.

Pada 5 April 1982, Sultan Iskandar telah diberi penghormatan khas sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Ia dilihat sebagai satu perlambangan unggul iaitu seorang sultan berkarisma yang bertindak sebagai payung kepada sebuah institusi ilmu tersohor di selatan tanah air.

ru 01.8 Daulat yang diabadikan

ALMARHUM Sultan Iskandar melayan cucundanya sambil diperhatikan Sultanah Zanariah pada upacara perasmian KD Sultan Ismail di Pusat Latihan Perajurit Muda (Pularek) di Kota Tinggi, Johor pada tahun 2005.



Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa menjalin hubungan yang rapat dengan Majlis Agama Negeri atau dengan pentadbiran jabatan berkenaan melalui pegawai-pegawai tinggi seperti Yang Dipertua Jabatan Agama, Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam atau Mufti Negeri.

Peristiwa indah

Sesungguhnya peristiwa yang paling indah bagi kerabat diraja Johor dan sekalian rakyat jelata adalah apabila Persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia yang ke-129 memilih untuk menabalkan Sultan Iskandar sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984.

Sepanjang lima tahun menerajui kedudukan tertinggi dalam tampuk pemerintahan negara, baginda disanjung sebagai ketua agama dan bangsa yang sangat mengambil berat perjalanan politik negara.

ru 01.9 Daulat yang diabadikan


Rata-rata titah baginda berkaitan perkembangan politik negara sering kali bersulam dengan pesan mengenai hal ehwal dan nasib rakyat yang perlu dijuarai.

Nama Sultan Iskandar paling dihargai dalam kelompok populasi Orang Asli khususnya di negeri Johor. Nasib golongan itu yang sehingga kini masih meneruskan kehidupan di pedalaman dan jantung belantara itu adalah agenda penting bagi baginda.

Betapa istimewanya hubungan antara kerabat diraja Johor dengan golongan itu jelas diketahui umum. Difahamkan bahawa mana-mana Orang Asli yang mempunyai masalah mengenai survival dan penganiayaan persekitaran tempat tinggal mereka akan dibenarkan menghadap baginda secara terus di istana bagi mencari penyelesaiannya.

Kalau hendak bercakap tentang aktiviti yang digemari baginda, mungkin tidak kehabisan ceritanya. Selain menyemai minat berburu, Sultan Iskandar juga gemar bermain polo, tenis, skuasy dan sukan luncur layar.

Selain itu, sebelum konsep Kembara Mahkota dipopularkan oleh putera baginda, Tunku Ibrahim, minat terhadap motosikal berkuasa tinggi sudah pun bermula dalam pekarangan istana negeri.

Bercakap tentang kemahiran, baginda memang memahami segala komponen motosikal hinggakan tidak punya masalah meleraikan dan memasang semula setiap komponennya.

Selain keterujaan yang diteruskan dalam bidang sukan udara, baginda juga amat meminati golf. Kalau punya waktu terluang untuk diri sendiri, padang hijau Royal Johor Country Club pasti akan dikunjungi baginda untuk menguji kehandalan memukul bola golf.

Tidak ketinggalan juga, baginda juga memiliki koleksi haiwan peliharaan yang pelbagai. Bagaikan santuari istimewa, tetamu Istana Bukit Serene di Johor Bahru pasti mengetahui tentang burung merak yang berkeliaran bebas di halamannya. Begitu juga dengan minat baginda terhadap peliharaan lain seperti rusa dan buaya.

Setelah kemangkatan baginda semalam, nama Almarhum Sultan Iskandar terus disanjungi. Segala kenangan dan jasa yang ditinggalkan baginda adalah umpama daulat yang akan terus diabadikan dalam ingatan segenap rakyat.