Yeah….. di hari kedua di GUANGZHOU saya hanya bersarapan pagi dengan biskut kering dan air tongkat ali untuk memberikan tenaga.Kebetulan kebanyakan kedai di buka seawal pukul 8.30 pagi.
Misi di hari kedua ialah untuk mencari aksesori untuk memancing laut dalam….maka dengan memberikan ‘print out’ dari hasil carian search engine terkenal CHINA – BAIDU.COM saya dan rakan – roshidi pergi dengan menaiki teksi.Untuk pengetahuan anda kalau naik teksi charge SATU YUAN dikenakan untuk ‘fuel surcharge’.
Apabila tiba ke destinasi…. kami merasa janggal apabila kebanyakan lot-lot kedai di situ lebih kepada menjual aksesori hiasan akuarium dan yang berkaitan kolam ikan.
Tak faham langsung apa maksud SIGNBOARD nie….. huhuhu
Balang ikan peliharaan yang cantik
Bila dah mati akal tak jumpa kedai yang nak dicari….. nak bertanya -masalah komunikasi pulak timbul sebab rata-rata penduduk tempatan tidak mahir berbahasa inggeris dan saya pulak tak tahu berbahasa cina.
Langsung amik keputusan untuk pergi kedai sutera dengan menaiki teksi sekali lagi dengan berpandukan BUSINESS CARD.Adalah saya beli dalam 4-5 pasang ( 4 meter ) untuk mak dan adik-adik perempuan saya.Tapi terlupa la pulak nak amik gambar….kalau orang pompuan memang suka laa dengan tempat sutera CHINA kualiti tinggi nie…..yang penting murahhhh…
Dah masuk tengahari balik ke hotel untuk bersihkan diri dan solat….kemudian teruskan shopping ke gedung pakaian yang berjenama.Tempatnya dekat jeee… dalam 15 minit jalan kaki…menempuhi STESEN BAS BESAR GUANGZHOU
Bila sampai ke kompleks gedung pakaian terus saya borong…..
Dan seterusnya….
Singgah kejap di kedai elektronik
Kedai mainan ( kena marah oleh tuan kedai )
Di public toilet juga…
Akibat banyak makan….
Masa berlalu dengan pantas….. dah nak maghrib so kami pun pulang semula ke hotel lalu singgah ke kedai makanan halal….Kali ini saya makan….
Briyani ayam ( ada 2 ketul ayam tau ) dalam nasik tu
Selesai makan …..dalam perjalanan ada la singgah kejap kat kedai jual handphone….kedai jam tangan dan gerai kismis & buahan kering oleh muslim CHINA.Sampai je kat hotel…. bersihkan diri ….solat dan layan tv chanel CCTV ( layan hiburan dan sukan je ) sampai tertidooo……zzzzzz
p/s : Seterusnya last minute shopping sebelum pulang MALAYSIA….
salam..bro nak tanye bape harga t-shirt polo tu sehelai klu ikot harga mlaysia??
baju polo tu bp harge? smart la design tu. bestnyer, nk g sne jgk la!
mistazam“s last [type] ..The Official UK Top 40 Singles Chart 01-01-2012