Monthly Archives: February 2010

My FIRST COWBOY PARTY XXXperience




Pada hari sabtu lepas department opis saya telah mengadakan TEAM BUILDING DINNER di hotel MARRIOT PUTRAJAYA.

b.drop My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

Untuk memeriahkan majlis ….. maka tema cowboy telah menjadi pilihan untuk dinner tersebut

entrance My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

tiang seri My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

meja makan My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

Semasa pendaftaran setiap staf dan anak-anak diberikan door gift

goodies baby My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

door gift My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

Dan pada malam tersebut … saya  menjadi penjaga konti muzik ( bidan terjun ) bersama adik perempuan saya

meja konti My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

Majlis dipengerusikan oleh rakan setugas saya En. Rosli

rosli mc My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

Bagi merasmikan majlis En. Jamal selaku GM department saya dijemput untuk memotong kek.

en jamal n wife My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

Makanan untuk dinner pada malam itu dihidangkan secara buffet…

ina ida makan My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

shaharil n razman My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

kambing panggang My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

Untuk memeriahkan majlis – GAMES  menjadi acara tumpuan…

Musical chair kanak-kanak dan dewasa

musical chair anak wati My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

musical chair adult My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

Games musical chair nie jadi havoc dan meriah ditambah pula dengan lagu ini – cuba dengar yea….

Then mummy wrapping….

mummy cowboy My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

mummy watie My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

mummy faizal My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

mummy fatin My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

Ada games jigzaw puzzle untuk setiap meja tapi tak sempat ambil gambar la pulak…..dan ade game PS 2 ( MORTAL COMBAT ) – sorry gambar agak kabur

ps 2 My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

Setelah selesai game …. diumumkan pula pemenang bagi BEST DRESS – MAN n WOMAN

ina n azhar My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

Dan yang paling penting sekali pada malam itu saya telah memenangi salah satu grand prize untuk LUCKY DRAW – basikal ala BMX ( lupa pulak tajuk basikal tue )

man l.draw staf My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

man menang basikal My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

Dan ade orang tanya kenapa saya pakai pouch bag – maka saya cakap ” kan aku incharge konti , bag tu ade alat audio video. ( padahal nak cover perut yang boroi….hahahahha…. ).Selain itu saya turut memenangi hadiah berikut :

hadiah kemenangan. My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

Hmm… lupa nak kasitau… dalam pukul 9 mlm malam buat julung kalinya kami pihak comittee buat keputusan untuk membuat lintas langsung dari opis tempat keje kami ( kitorang nie keje shift ).Melalui teknologi SKYPE – suatu video call telah berjaya dilaksanakan dan staf yang terpaksa bertugas telah memberikan ucapan….

Next adalah koleksi gambar yang sempat saya ambil pada malam dinner itu…Layannn ….

fatin husna My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

fatin ida ina su My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

comittee cowboy My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

ct family My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

ida ina niece My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

pose basikal My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

pose ramai My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

rosli wife My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

shaakirah n sista My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

shahril n wife My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

tiga cowboy My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

toti family My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

toti n baby My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

exchange gift My FIRST COWBOY PARTY XXXperience

p/s : Sebelum nak balik member saya nak beli basikal yang saya menang lucky draw tue… sebabnya anak lakinya merengek2 nakkan basikal….dia sanggup bayar cash on the spot.Saya tolak dengan harga rm150 jee…. oklah kan…. rezeki sebelum gaji….ngeh3x…

Terpesona kebaya Jawa Barat




Busana kebaya yang mempunyai sulaman menarik serta kain berkualiti mampu menyerlahkan keanggunan setiap wanita memakainya.

in 05.1 Terpesona kebaya Jawa Barat

BERMULA dengan minat, Siti Zulaikhah mahu berkongsi keindahan kebaya melalui blognya.


SUDAH menjadi lumrah wanita jika bercakap tentang keinginan untuk sentiasa kelihatan anggun dan bergaya.

Dalam acara tertentu seperti majlis keraian atau kenduri kendara, golongan wanita ini tentu sekali mahu tampil lebih cantik dan sopan. Antara banyak pilihan busana, pemakaian kebaya menjadi popular lebih-lebih lagi jika fabriknya berkualiti tinggi dan diserikan pula dengan sulaman halus lagi mewah.

Bagaimanapun, persoalan yang akan timbul setiap kali ingin mencari set lengkap kebaya yang menepati cita rasa masing-masing.

Idea dan pilihan bagi ciri yang diminati mungkin sedikit sebanyak dapat terjawab apabila seseorang mengunjungi laman web kingofkebaya.blogspot.com.

Pengendali blog berkenaan, Siti Zulaikhah Ahmad Azmi, 24, berkata, koleksi set kebaya yang dinamakan sebagai Fieyka Collection itu menawarkan jenis kain, corak dan kerja sulaman yang bervariasi.

“Walaupun dibawa khas dari Jawa Barat, Indonesia, baju kebaya mempunyai ramai penggemarnya di negara ini tidak kira dalam kalangan masyarakat Melayu, Tionghua, India ataupun Sikh,” katanya.

Set kebaya ditawarkan Siti Zulaikhah adalah tiga dalam satu iaitu baju, kain dan selendang. Ia didatangkan dengan harga berpatutan dari RM85 hingga RM120.

Siti Zulaikhah menambah, pelanggan yang ingin mendapatkan set kebaya boleh memilih pelbagai jenis material seperti sifon, baldu, semi sutera, renda, satin dan kapas dari blognya.

in 05.2 Terpesona kebaya Jawa Barat

KETELITIAN sulaman menentukan kualiti kebaya.


Katanya, setiap set kebaya tersebut juga mempunyai sulaman tangan yang halus buatannya. Sesetengahnya dijadikan motif khusus seperti bunga dan rama-rama untuk menambahkan imej elegan serta eksklusif.

Ditanya mengenai bagaimana boleh tercetus idea untuk membuka laman web set kebaya tersebut, Siti Zulaikhah berkata, beliau sendiri ialah peminat baju kebaya.

“Ketika mengunjungi Indonesia beberapa tahun lalu, saya mendapati baju kebaya di sana amat cantik dan menarik kerana kebanyakannya disulam serta dijahit tangan.

“Walaupun baju kebaya ini dijahit tangan dan corak sulamannya rumit, harganya lebih murah jika dibandingkan dengan yang terdapat di pasaran Malaysia,” kata pemegang ijazah sarjana muda perakaunan dari Kolej Taylor, Subang Jaya, Selangor.

Pada Oktober 2008, beliau mengambil keputusan nekad untuk mengembangkan capaian peminat-peminat baju kebaya di negara ini dengan membuka blog berkenaan.

“Saya merasakan baju kebaya ini mempunyai potensi yang besar dalam negara ini dan ingin menambah peminat-peminat kebaya dengan membawa khas set kebaya dari Indonesia ke sini.

“Selepas beberapa bulan membuka blog berkenaan, saya mendapati sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan malah ada penggemar dari Amerika Syarikat (AS) turut menempah set kebaya ini,” katanya sambil tersenyum.

in 05.3 Terpesona kebaya Jawa Barat

SITI ZULAIKHAH menunjukkan pilihan set kebaya dalam simpanannya.


Siti Zulaikhah menambah, beliau membawa masuk 200 pasang set kebaya berkenaan dengan pelbagai corak pada setiap bulan.

Katanya, beliau tidak mahu membawa masuk terlalu banyak bilangan set corak yang sama kerana mahu menjadikan set kebaya berkenaan sesuatu yang ekslusif kepada pelanggan-pelanggannya.

“Setiap corak dan set kebaya tersebut akan mendapat suntikan idea saya sebelum dibawa masuk ke negara ini untuk memastikan ia memenuhi cita rasa serta permintaan pelanggan.

Tambah beliau, setiap tempahan yang dilakukan melalui laman blog tersebut adalah berkonsepkan ‘siapa dulu dia dapat’.

Tambahnya, tempahan dari Semenanjung Malaysia akan menerima set kebaya mereka dalam masa satu hari tetapi di Sabah dan Sarawak ia akan mengambil masa yang lama sedikit bergantung kepada urusan pos.

in 05.4 Terpesona kebaya Jawa Barat

RAMAI terpesona pada corak sulaman sarat dan harganya yang berpatutan.


Ditanya mengenai perancangan masa dekatnya pula, Siti Zulaikhah berkata, beliau akan mula memasarkan baju kebaya siap selepas ini.

“Strategi ini perlu dilakukan kerana tidak semua pelanggan yang mempunyai masa untuk menjahit set kebaya berkenaan.

“Saya berharap dengan adanya kebaya siap ini kelak, pelanggan-pelanggan dapat memilki serta memakai kebaya pilihan mereka dengan lebih cepat,” katanya.

-kosmo

Hadapi kerenah degil




Degil adalah tanda si kecil sudah membina identitinya sendiri, selain berasa dirinya sudah berada dalam zon selamat.

ps 02.1 Hadapi kerenah degil

SIKAP si kecil yang degil bukan bermakna dia memberontak dan tidak memerlukan perhatian ibu bapanya.

ANAK anda enggan makan bersama apabila diajak? Kalau diminta mengemas barang permainannya, dia hanya berdiam diri atau cuba mengelak. Mungkin juga si kecil itu sengaja membuat bising apabila si adik sedang tidur atau akan lari ketika disuruh mandi.

Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya.

Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat. Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak.

Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, ‘saya tidak sukakan peraturan mama’. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?

Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut.

Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.

Beri pilihan

Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.

ps 02.2 Hadapi kerenah degil


Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan. Itu adalah langkah pujukan psikologi.

Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.

Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya.

Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.

Contohnya, jika anak kecil sering ‘meragam’ gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.

ps 02.3 Hadapi kerenah degil

ANAK yang sudah pandai berdegil apabila disuruh makan memerlukan pendekatan psikologi yang lembut.

Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan ‘angin baik’ atau mengikut kata.

Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah.

Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.

-KOSMO

Pusat latihan godam ditutup




Tiga ditahan raih RM3.45j

BEIJING: Polis China menutup satu operasi latihan penggodam yang secara terbuka merekrut ribuan ahli secara online asas serangan siber serta perisian haram, kata media tempatan semalam.

Tindakan tegas itu berikutan meningkatnya kebimbangan China menjadi pusat jenayah internet global. Enjin pencarian gergasi Google, berkata bulan lalu akaun

e-mel miliknya digodam dari China dalam satu serangan yang turut menjejaskan 20 syarikat lain.

Polis di wilayah Hubei menahan tiga orang disyaki menguruskan laman penggodam dikenali sebagai Black Hawk Safety Net yang menyebarkan teknik menggodam laman web dan perisian Trojan, lapor China Daily.

Periasian Trojan membolehkan capaian luaran komputer apabila dipasang, digunakan penggodam mengawal komputer secara haram.

Black Hawk Safety Net merekrut 12,000 pelanggan berbayar dan mengutip lebih tujuh juta yuan (RM3.45 juta) yuran keanggotaan, sementara tambahan 170,000 mendaftar secara percuma, lapor akhbar.

Media melaporkan polis merampas sembilan pelayan, lima komputer dan sebuah kereta serta menutup laman web terbabit dalam kes itu. Pihak berkuasa turut membekukan aset bernilai 1.7 juta yuan (RM861,875).

Berikutan itu, laman web berkenaan ditutup selepas siasatan membabitkan kerjasama 50 pegawai polis dari tiga wilayah lagi.

Kes ini berpunca daripada serangan penggodam terhadap sebuah kafe internet di bandar Macheng, Hubei, pada 2007 sehingga menyebabkan perkhidmatan laman web terganggu lebih 60 jam dan ada di kalangan suspek yang ditahan mengaku menjadi anggota Black Hawk Safety Net. ? AP

-bharian

Google Buzz saingan Facebook?




Dominasi Facebook dan Friendster dalam dunia tanpa batasan telah mendapat reaksi daripada gergasi enjin carian, Google, yang menawarkan pilihan baru bagi penggemar rangkaian sosial maya.

in 03.1 Google Buzz saingan Facebook?


APABILA berbicara tentang laman rangkaian sosial, tentunya dua ‘F’ bermain di kotak fikiran kita. Facebook dan Friendster – kedua-dua laman rangkaian sosial ini telah berjaya menarik ratusan juta pengguna Internet di seluruh dunia.

Laman web yang suatu ketika dahulu hanya digunakan sebagai wadah menghimpunkan teman-teman lama dan baru, kini turut digunakan oleh syarikat-syarikat bagi mempromosi produk mereka.

Golongan selebriti juga memudahkan peminat mereka mengetahui perkembangan terkini menegnai aktiviti mereka.

Tidak hairan lagi apabila ia turut dijadikan platform oleh tokoh-tokoh politik untuk mendekatkan diri mereka dengan lingkungan berkepentingan.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun telah mengambil inisiatif meletakkan dirinya bersama-sama rakyat jelata melalui Facebook bagi menyelami masalah dan mendengar cadangan secara terus daripada rakyat.

Pendekatan penerimaan input secara terus daripada rakyat ini tidak pernah diguna pakai sebelum ini. Pastinya fungsi tersebut dapat menambat hati rakyat kerana mereka tidak sekadar dapat melihat pemimpin mereka melalui kaca televisyen, tetapi dapat terus berinteraksi melalui wall atau dinding profil pemimpin mereka itu.

in 03.2 Google Buzz saingan Facebook?


Dominasi Facebook dan Friendster di dalam dunia tanpa batasan ini telah mendapat reaksi dari gergasi enjin carian Google.

Sungguhpun Google telahpun memiliki laman web sosial versi mereka sendiri yang dikenali sebagai Orkut, namun sambutan terhadapnya agak hambar dan lebih mendapat sambutan pengguna di India dan Brazil.

Agar tidak ketinggalan dalam persaingan rangkaian sosial, pada 9 Februari lalu Google telah memperkenalkan Google Buzz, satu komponen rangkaian sosial yang diintegrasikan ke dalam aplikasi email web Gmail mereka. Pembangunan Buzz tertumpu kepada perkongsian foto, video dan juga pautan kepada pengguna Buzz yang lain.

Buzz membolehkan pengguna untuk memilih sama ada untuk berkongsi setiap kemas kini yang dilakukan secara global ataupun tertutup kepada sekumpulan teman-teman tertentu sahaja. Ia turut diintegrasikan dengan laman seperti Picasa, Flickr, YouTube, Blogger dan juga Twitter.

Buzz versi bergerak pula digandingkan dengan aplikasi popular Google Maps membolehkan pengguna melihat siapa yang berada berdekatan dengan mereka. Setiap pos kemas kini yang dibuat melalui Google Maps boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang menggunakan aplikasi tersebut.

in 03.3 Google Buzz saingan Facebook?

MAMPUKAH Google Buzz mencuri perhatian penggemar aplikasi seumpamanya?

Selain dari teks, pengguna Buzz versi ini juga boleh memuat naik gambar ke dalam pos mereka.

Langkah Google memperkenalkan Buzz dilihat oleh penganalisa industri tidak lain tidak bukan sebagai satu langkah untuk memecahkan monopoli rangkaian sosial yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat tidak kira peringkat umur.

Tetapi apa yang lebih penting, perlindungan privasi terhadap pengguna wajar dititikberatkan agar tidak berlaku kebocoran maklumat peribadi pengguna kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

-kosmo