Semalam saya berkesempatan meluangkan masa saya singgah di karnival JOM HEBOH bukit jalil.Ia adalah venue yang pertama bagi pembukaan tahun 2010 ini.Seperti biasa seawal pukul 9.30 pagi saya sudah tiba di perkarangan stadium bukit jalil.
Dan OLD TOWN WHITE COFFEE adalah booth yang pertama ….. tapi saya just lalu berlalu pergi walaupun dipujuk untuk beli produk oleh salesgirlnya…


Kalau tahun lepas saya di karnival ini saya banyak SESSI BERSAMA PEMINAT namun kali ini saya telah batalkan sessi berkenaan.Ia adalah disebabkan faktor cuaca yang panas membahang…
Tarikan mata saya adalah lebih kepada pameran kereta mewah oleh KELAB SUPERCAR MALAYSIA…






Dengan perut kosong yang masih lagi belum bersarapan …. saya teruskan singgah dari booth ke booth untuk mencari free sample untuk alas perut…hohoho….dan rezekinya adalah dari MAGGIE…



Sebagai promosi….oleh kerana saya dah beli produk MAGGIE nie dapat la main game ‘putar dan menang’.So dapat lagi satu MAGGIE HOTCUP perisa tomyam secara percuma.Cuba bayangkan kalau saya beli sepuluh produk mahu satu lori percuma saya bawak balik…hohohoho…
Akibat cuaca panas kian terasa….tekak saya pula semakin haus….maka pencarian produk minuman pun bermula….setelah tiga kali TAWAF…hihihi…minuman ribena jadi pilihan….

Sebenarnya saya beli dua bag tau air ribena nie ( satu lagi yang tiub punya ) tapi sumenya telah abis saya minum sebelum sempat sampai umah…hahahaha – dahaga giler siot….
Dan saya tertarik dengan team booth RIBENA nie menarik perhatian pengunjung ….

Tak lupa juga kete MYTV3 dan kete radio HOTFM …


Lebih kurang pukul 12 tengahari saya mengambil keputusan untuk pulang dek kerana takut pitam di siang hari….. :p . Akan tetapi ada pulak jualan lelong baju rm10 ajee bagi baju sukan dan HACKETT….kalau tak silap MADE IN INDONESIA la rasanya….but worth for money…. so saya sambar la jugak….

Nasib baik baru dapat gaji….takde terasa sangat duit keluar tu kan….apa yang pasti kali ini saya pulang dari JOM HEBOH bukil jalil 2010 bukan dengan tangan kosong ….
p/s : TEKNIK JUALAN BARANG RM10 memang sinonim dengan JOM HEBOH bukit jalil
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply