Corby warnai dunia remaja




in 02.1 Corby warnai dunia remaja

DIJUAL pada harga RM699, Samsung Corby pasti mampu menggoda golongan muda.



LAMBAKAN reka bentuk dan warna telefon bimbit yang terdapat di pasaran hari ini kerap kali membuatkan pengguna pening kepala khususnya golongan remaja untuk memiliki telefon kegemaran.

Sudah menjadi kebiasaan golongan remaja sentiasa inginkan sebuah produk yang unik dan bergaya sesuai dengan jiwa muda mereka.

Namun, pada masa yang sama golongan ini juga mahukan telefon bimbit yang mempunyai harga mampu dimiliki agar tidak membebankan poket mereka.

Samsung Corby yang menampilkan rekaan luaran unik membulat serta pelbagai pilihan warna dengan skrin sentuh 2.8 inci QVGA resolusi 240 x 320 mampu menarik pengguna berjiwa muda.

Telefon bimbit itu bukan sahaja membolehkan pengguna menukar kerangka belakang dengan empat warna ceria iaitu jingga, merah jambu, putih dan kuning tetapi mereka sentiasa dapat berhubung antara satu sama lain melalui Pop-up SNS.

Melalui khidmat Pop-up SNS, ia membolehkan pengguna berhubung dengan kawan-kawan yang mempunyai laman sosial popular seperti Facebook, Twitter, Picasa, Flickr, Photobucket dan Myspace di mana sahaja mereka berada di seluruh dunia.

in 02.2 Corby warnai dunia remaja

SAMSUNG CORBY tampil dengan empat warna penuh ceria.



Dalam pada itu, Corby turut menggunakan teknologi antara muka popular TouchWhiz 2.0 untuk memudahkan kelancaran penggunaan telefon bimbit tersebut. Ia juga dilengkapi ikon kartun, lukisan tangan dan efek animasi menarik menambahkan lagi keseronokan pengguna.

Antara muka penguncian skrin juga mempunyai fungsi pengunci pintar untuk membolehkan pengguna membuka skrin terkunci dengan mudah. Hanya dengan menaip kata laluan, skrin tersebut dapat digunakan semula.

Bagi mereka yang gemar membaca pula, Corby tidak akan menghampakan mereka dalam pencarian makna perkataan merumitkan dalam bahasa Inggeris kerana ia disertakan dengan kamus terbina dalaman.

Mereka yang ingin merakamkan detik-detik harian yang bersejarah, telefon bimbit itu didatangkan dengan kamera 2.0 megapiksel membolehkan gambar dan video dirakam dengan jelas.

Dari segi hiburan pula, Corby menawarkan permainan Java, MP3, radio FM dan banyak lagi untuk memastikan pengguna sentiasa ceria dan bertenaga ketika menggunakan telefon bimbit itu.

Satu lagi kelebihan telefon bimbit yang berbentuk membulat dan lengkap dengan ciri interaktif itu, ia dijual pada harga RM699 sahaja.

Ia sudah tentunya harga yang masih dikira amat berpatutan khususnya untuk remaja berbanding telefon bimbit yang mencecah harga ribuan ringgit.

-kosmo

samsung corby commercial

160 total views, 2 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam