
PRESTASI pasukan Lotus 1Malaysia pada sesi kelayakan rasmi perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain semalam sungguh memalukan.
Daripada 24 pelumba yang bersaing, pelumba pasukan Lotus, Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen menghuni tempat agak tercorot iaitu masing-masing di tempat ke-20 dan ke-21.
Lotus yang kembali dalam saingan F1 selepas mendapat suntikan tajaan dari Malaysia gagal mempamerkan prestasi konsisten dan keputusan tersebut membawa petanda bahawa mereka tidak mampu untuk memberi saingan.
Pada sesi kelayakan tersebut, Trulli yang semakin menghampiri penghujung karier mencatatkan masa 1 minit 59.852 saat manakala Kovalainen pula mencatat 2 minit 00.313 saat sekali gus menyaksikan Lotus antara empat pasukan tercorot pada aksi pembuka tirai ini.
Berdasarkan pencapaian itu, kini timbul persoalan sama ada Lotus mampu untuk meneruskan saingan sepanjang musim ini apabila perlu bersaing dengan pasukan-pasukan yang lebih hebat.
-kosmo