Ekstrem bergaya dengan Devise




in 02.1 Ekstrem bergaya dengan Devise


SATU ketika dahulu sukan ekstrem di negara ini agak terasing dan hanya mempunyai peminat tersendiri yang tidak pernah jemu mengikuti perkembangan sukan tersebut.

Sukan ekstrem seperti papan selaju, basikal BMX, memanjat dinding dan sebagainya dianggap berbahaya sehingga membuatkan ia kurang diminati ramai.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, pendedahan yang semakin meluas tentang aktiviti sukan lasak membuatkan ia semakin popular khususnya di kalangan belia.

Selain kelahiran ramai jagoan dalam sukan ekstrem, populariti sukan itu juga dilihat berjaya melahirkan beberapa pereka fesyen muda dengan memperkenalkan pakaian sukan jenama sendiri.

Salah satu daripada jenama yang semakin popular di kalangan penggemar sukan ekstrem itu ialah Devise hasil rekaan Ilyas Zuhari Baharom, 27. Produk itu boleh didapati menerusi laman www.deviseclothing.com/blog.

Ilyas berkata, ilham untuk mencipta jenama sendiri lahir pada tahun 2002 ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

in 02.2 Ekstrem bergaya dengan Devise

PERMINTAAN yang menggalakkan menyebabkan Ilyas (tengah) nekad serius dalam bisnes Devise.


“Pada mulanya, saya hanya mereka logo yang diberi nama Devise tetapi seorang kawan, Wan Shahril Wan Mustapa memberi cadangan agar mendaftarkan logo itu menjadi satu jenama. Secara rasminya, ia didaftarkan pada tahun 2004.

“Saya mula menghasilkan karya sendiri dengan jenama Devise dengan mencetak 50 baju T bersama rekaan sendiri menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk dijual kepada rakan-rakan sekuliah,” kata pemegang ijazah Sarjana Muda Grafik dan Digital itu.

Ilyas yang mempunyai latarbelakang dalam sukan basikal BMX sejak berusia 13 tahun menambah, sambutan menggalakkan rakan sekuliah menjadi titik permulaan dia membuka laman blog untuk menjual produk jenama Devise.

Katanya, Devise bermaksud mereka sesuatu perkara baru. Ia sangat berkait rapat dengan kehidupan sukan ekstrem berbasikal BMX yang sentiasa mencari teknik baru dalam menunggang basikal.

Produk Devise yang terdiri daripada baju T dijual pada harga RM50 manakala topi pula pada harga RM60. Setiap rekaan jenama devise adalah terhad kerana ia tidak akan dicetak semula untuk mengekalkan nilai eksklusifnya.

“Produk yang dihasilkan tidak hanya sesuai untuk penggemar sukan ekstrem, bahkan disasarkan juga kepada golongan dewasa berjiwa muda dengan rekaan ringkas,” ujarnya.

Dalam menghasilkan rekaan menarik Ilyas yang merupakan pereka laman web banyak membuat kajian melalui Internet mengenai sukan ekstrem luar negara dan mengamati persekitarannya.

Pembabitan beliau dalam bidang rekaan pakaian baju T dan topi itu disebabkan minat mendalam terhadap sukan ekstrem serta ingin melihat terdapat jenama tempatan bersaing menghasilkan produk untuk penggiat sukan tersebut. Ia tidak direka untuk keuntungan.

Selain daripada menjual produk dalam blog, jenama Devise juga boleh didapati di butik Wheel Love Skateshop, Subang Jaya dan District Shop and Gallery, Kuala Lumpur.

in 02.3 Ekstrem bergaya dengan Devise

ILYAS tidak mencetak produknya dalam jumlah yang besar untuk mengekalkan nilai eksklusif.


“Saya berharap dapat berkolabarasi dengan pereka tempatan lain yang berkecimpung dalam sukan ekstrem untuk memeriahkan lagi jenama tempatan.

“Untuk perancangan jangka panjang, saya ingin memperkenalkan jenama Devise ini di Bandung, Indonesia kerana di sana lebih ramai komuniti terlibat dalam penghasilan rekaan jenama sendiri,” katanya.

Dalam blog yang dikendalikan Ilyas pengunjung tidak hanya dapat mengetahui mengenai produk terbaru Devise tetapi pelbagai acara menarik melibatkan sukan ekstrem, bual bicara, luahan perasaan penggiat sukan ekstrem dan banyak lagi. – NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

-kosmo

41 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam