Ciri Islamik Ad-Deen




in 03.1 Ciri Islamik Ad Deen

TIGA model menunjukkan koleksi terbaru CSL semasa majlis pelancaran telefon bimbit itu.


KEMUDAHAN yang dapat dinikmati melalui teknologi tidak hanya terhad kepada melakukan tugas harian tetapi ia juga diketengahkan dalam bidang ilmiah untuk memberi pendekatan baru mengikut peredaran zaman.

Menyedari kepentingan teknologi ini, Syarikat Ad-Deen Technology Sdn. Bhd. telah menjalin kerjasama dengan syarikat Kumpulan CSL Sdn. Bhd. melancarkan telefon bimbit menampilkan ciri-ciri dan fungsi berasaskan Islam

Pengurus Eksekutif Syarikat Ad-Deen Technology Sdn. Bhd., Megat Radzman Megat Khairuddin, berkata, telefon bimbit model Q292 itu dikeluarkan atas dasar untuk memanfaatkan teknologi komunikasi kepada pengguna sekali gus dapat menjadi rakan ibadah mereka.

“Isi kandungan telefon bimbit Ad-Deen itu sendiri telah memberi keutamaan kepada aspek ilmu pengetahuan kerohanian dan maklumat berkaitan agama Islam. Kita bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memastikan kesahihan segala isi kandungan di dalam telefon bimbit ini.

“Dalam pada itu, ia mempunyai kelebihan berbanding jenama telefon lain di pasaran kerana Ad-Deen mampu memberi kepuasan kepada pengguna khususnya mereka beragama Islam dan mampu dimiliki,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Kosmo! selepas majlis pelancaran telefon bimbit Ad-Deen Q292 di pusat beli-belah Sungei Wang, Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir sama merasmikan majlis tersebut ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Megat Radzman menambah, isi kandungan dalam telefon bimbit itu yang mengetengahkan ciri-ciri Islamik yang mampu mendidik dan menjadikan agama Islam sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Ujarnya lagi, penyelidikan dan pembangunan telah dilakukan selama satu tahun dua bulan untuk menghasilkan model Q292 tersebut agar isi kandungan dan arah kiblat tepat serta tidak diragui oleh pengguna.

Ciri-ciri istimewa telefon bimbit Ad-Deen model Q292 itu adalah ia merupakan telefon bimbit pertama di dunia dilengkapi kompas digital arah kiblat.

in 03.2 Ciri Islamik Ad Deen

MODEL Q292 berwarna keemasan lengkap dengan arah kiblat.


Inovasi berkenaan dapat membantu pengguna untuk mengetahui arah kiblat apabila mereka berada di mana-mana sahaja di dalam dan luar negara. Ia juga didatangkan dengan aplikasi Islamik seperti m-Quran, m-Hadis dan m-Waktu Solat.

Pengguna muslim khususnya pasti akan mendapat kelebihan dengan aplikasi tersebut kerana dapat membaca, mendengar dan menghayati maksud dalam setiap ayat al-Quran, hadis-hadis serta bacaan doa.

Megat Radzman ketika ditanya mengapa mengetengahkan teknologi arah kiblat, beliau berkata, mengikut kajian saintifik ia adalah titik elektro magnetik dan merupakan posisi paling baik kepada manusia.

“Selain daripada itu, ia juga dapat membantu umat Islam mengetahui arah kiblat untuk melaksanakan tanggungjawab bersolat apabila berada di mana-mana sahaja seluruh dunia,” ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, syarikat itu menyasarkan untuk menjual 40,000 unit telefon bimbit model Q292 di pasaran Malaysia pada tahun ini.

“Setakat ini, kita telah menerima tempahan yang memberangsangkan dari luar negara bagi model Q292 iaitu sebanyak 200,000 unit dari Indonesia dan 200,000 unit lagi dari Emiriah Arab Bersatu.

“Kita juga dalam perancangan untuk mengeluarkan lima lagi model yang mengetengahkan ciri-ciri Islamik secara berperingkat-peringkat pada tahun ini,” katanya.

Telefon bimbit yang didatangkan dengan tiga warna iaitu emas, perak dan kelabu itu dijual pada harga RM399 seunit. Ia dijangka mampu menarik pengguna yang inginkan kelainan dalam penggunaan telefon bimbit. -

-kosmo

166 total views, 1 views today

Comments

  1. abu sufian says

    nama je hebat hanphone ni yang aku beli xde hadis,waktu solat di sesetengah tempat saja dan waktu solat sama di beberapa tempat yang tidak patut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam