Coffee Bean dalam botol




ur 02.1 Coffee Bean dalam botol

KAKITANGAN The Coffee Bean & Tea Leaf, Fiona Rodrigues menunjukkan minuman dalam botol terbaru daripada kafe itu.



RANGKAIAN kafe terkemuka, The Coffee Bean & Tea Leaf kini tampil dengan produk terbaru mereka menerusi variasi minuman dalam botol sedia diminum yang menyegarkan.

Penggunaan botol kaca itu merupakan salah satu cara memberi keselesaan kepada pelanggan yang tiada masa untuk berhenti minum di kafe tersebut disebabkan sibuk dengan rutin kerja harian.

Pengurus Pemasaran dan Teknologi Maklumat The Coffee Bean & Tea Leaf, Niki Low berkata, kaedah itu juga membolehkan pelanggan mereka menikmati seleksi minuman signatur kafe itu di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Tambahnya terdapat tiga perasa terbaru yang menggunakan 100 peratus kopi Costa Rican yang rendah lemak dengan hanya 200 kalori dan tiga gram lemak untuk setiap hidangan 281 mililiter (ml).

“Tiga perasa itu adalah cafe latte, cafe mocha dan cafe vanilla yang mempunyai keistimewaan masing-masing dan mampu memenuhi cita rasa pelanggan kami,” ujarnya dalam satu majlis memperkenalkan minuman terbaru itu bersama media di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Niki memberitahu perasa cafe latte diperkaya dengan susu dan rasanya lebih manis, cafe mocha pula terdiri daripada campuran susu segar serta coklat Belanda manakala cafe vanilla merupakan kombinasi susu dengan perasa vanila.

ur 02.2 Coffee Bean dalam botol

SEKUMPULAN wartawan yang hadir mencuba rasa minuman kopi, teh dan yogurt terbaru The Coffee Bean & The Leaf.

Minuman dalam botol itu hanya berharga RM7.90 dan boleh didapati di kafe The Coffee Bean & Tea Leaf di seluruh negara.

Untuk rangkaian minuman teh pula, jenama tersebut tampil dengan tiga variasi baru iaitu Honey Rooibos yang mengandungi kombinasi African Rooibos dan madu asli, Jasmine Pearl terdiri daripada campuran teh hijau Cina premium yang diadun dengan kuntuman bunga melur dan Peach Assam yang menggunakan asam India untuk menghasilkan teh hitam premium dengan tambahan buah peach masak.

Melengkapi variasi minuman berasaskan kopi dan teh itu, The Coffee Bean & Tea Leaf turut memperkenalkan sajian yogurt yang hadir dengan dua perasa iaitu klasik yang terdiri daripada yogurt asli dengan campuran vanila dan citrus manakala vanila menggunakan kacang vanila berkrim.

Lebih dikenali sebagai frozen swirl yogurt, pelanggan juga boleh memilih seleksi perasa tambahan yang diinginkan seperti banana caramel atau caramel macchiato.

-kosmo

212 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam