Ujian bola sepak Piala Dunia




in 04.1 Ujian bola sepak Piala Dunia


JANGAN fikir bola yang digunakan untuk perlawanan bola sepak di peringkat antarabangsa tidak melalui proses yang ketat bagi memastikan ia benar-benar bagus untuk digunakan.

Setiap biji bola yang digunakan dalam pertandingan bola sepak berprestij akan melalui ujian khas bola sepak seperti yang dijalankan oleh Institut Percubaan dan Penyelidikan Pirmasens (PFI) terlebih dahulu.

Di barat Jerman, sebiji bola sepak dilihat berada di dalam sebuah mesin percubaan sebagai sebahagian daripada pameran mengenai perlawanan bola sepak piala dunia di Pusat Sains Dynamikum di Primasens.

Institut itu menentukan bola rasmi untuk perlawanan bola sepak dan memeriksa sekiranya ia menepati kriteria untuk perlawanan di peringkat antarabangsa.

-kosmo

– video ujian ketahanan bola sepak

161 total views, no views today

Ahli Perniagaan Malaysia Terajui Cardiff City FC




cardiff Ahli Perniagaan Malaysia Terajui Cardiff City FCChan Tien Ghee (kiri) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, Gethin Jenkins di Stadium Cardiff City selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa kelab semalam.

CARDIFF: Hanya tujuh minit sahaja diperlukan oleh pemegang saham Kelab Bolasepak Cardiff City (Cardiff City FC) untuk memilih ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee sebagai pengerusi kelab menggantikan Peter Ridsdale yang memegang tampuk selama lima tahun.

Di samping itu, pemegang saham turut membenarkan Tien Ghee membawa masuk pelabur Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah yang baru.

“Hari ini ialah hari bersejarah bukan sahaja bagi diri saya tetapi juga Malaysia,” katanya kepada The Star selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pagi kelmarin.

Beliau mengepalai konsortium Malaysia dengan memiliki 36.37 peratus pegangan saham bernilai £6 juta (RM28.8 juta).

Selain itu Tien Ghee yang juga Pengarah Urusan Central Malaysian Properties Sdn Bhd dengan saham 10 peratus sementara taikun Berjaya, Tan Sri Vincent Tan selebihnya. Tien Ghee berjaya meyakinkan Tan untuk melabur tahun lalu.

Ratusan ahli yang menghadiri EGM itu tanpa ragu-ragu membuat undian memilih ahli perniagaan Malaysia itu kerana berjaya membawa keluar kelab bolak sepak itu dari masalah kewangan.

Beliau berkata: “Inilah EGM paling lancar dalam sejarah Cardiff City sejak bertahun-tahun lalu kerana kita memiliki landasan yang lebih kukuh.

“Lembaga pengarah telah melakukan sesuatu dalam peristiwa penting sepanjang sejarah kelab ini, dengan kemudahan, infrastruktur, bilik khas kakitangan selain pasukan itu mendapat peluang yang baik serta menyahut cabaran untuk langkah seterusnya ke Liga Perdana.

“Kita akan bekerjasama dengan lebih baik selepas ini, memanfaatkan minat yang sama, saling mempercayai dan penglibatan setiap penyokong lama serta baru kelab dalam usaha untuk memperoleh pengiktirafan dan kejayaan selama-lamanya.”

Sepanjang minggu ini adalah tempoh yang paling sibuk bagi Pengerusi baru kelab itu selepas menyaksikan Bluebirds terlepas peluang ke Liga Perdana sebaik sahaja tewas 3-2 kepada Blackpool Sabtu lalu dalam perlawanan semula kejohanan.

Beliau berikrar bahawa lembaga pengarah baru akan berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan apa yang perlu bagi memastikan kelab berkenaan menjadi pesaing utama ke Liga Perdana musim depan.

-mstaronline

209 total views, no views today

Kuok kekal terkaya di Malaysia




SINGAPURA – 40 individu Malaysia memiliki kekayaan bernilai AS$51 bilion (RM167.9 bilion) iaitu peningkatan sebanyak AS$$36 billion (RM118.58 bilion) berbanding tahun lalu dan AS$46 bilion (RM151.52 bilion) yang direkodkan pada tahun 2008.

Menurut senarai individu terkaya Malaysia oleh Forbes Asia, kombinasi kekayaan individu berkenaan telah meningkat sebanyak 42 peratus bersandarkan kepada penjanaan daripada perkembangan ekonomi yang semakin baik.

ne 09.1 Kuok kekal terkaya di Malaysia


Peningkatan keseluruhan itu adalah sejajar dengan peningkatan sebanyak 32 peratus Indeks Komposit Kuala Lumpur dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika sebanyak 11 peratus sejak 12 bulan lalu.

Mengekalkan kedudukan sejak tahun 2006 dalam menerajui senarai itu ialah Tan Sri Robert Kuok.

Menurut Forbes, Kuok yang berusia 86 tahun itu memiliki peningkatan kekayaan kepada AS$12 bilion (RM39.52 bilion) dengan kenaikan sebanyak AS$3 bilion (RM9.88 bilion) pada tahun lalu.

Taikun telekomunikasi, Ananda Krishnan pula menduduki tempat kedua dengan kekayaan sebanyak AS$8.1 bilion (RM26.68 bilion) dengan peningkatan sebanyak AS$1.1 bilion (RM3.62 bilion) tahun sebelumnya.

Tempat ketiga dalam senarai tersebut ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dengan AS$4.6 bilion (RM15.15 bilion), peningkatan berbanding AS$3.2 billion (RM10.54 bilion) pada tahun 2009.

-kosmo

151 total views, no views today