Beli air minuman dapat wang tunai




ne 09.1 Beli air minuman dapat wang tunai

NORSOPHIA menunjukkan air minuman keluaran Baharani Beverages di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Anda boleh menebus baucar atau wang tunai sehingga RM50 dengan hanya mengumpul label botol air minuman berjenama Golden Ocean.

Produk keluaran syarikat Baharani Beverages Sdn. Bhd. (Baharani Beverages) itu turut membolehkan anda menebus baucar untuk pembelian pelbagai barangan lain termasuk tiket menonton wayang.

Pengarah Urusannya, Norsophia M. Bahar berkata, promosi tersebut merupakan antara langkah pemasaran strategik untuk menarik lebih ramai pengguna membeli produk berkenaan memandangkan persaingan sengit yang dihadapinya.

“Sehingga kini, kami telah berjaya menjual kira-kira 5,000 karton Golden Ocean di Lembah Klang sejak air minuman itu mula diperkenalkan Januari lalu,”‘ katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Golden Ocean didatangkan dalam dua saiz botol minuman iaitu 1.5 liter (L) dan 500 militer (ml) yang ditawarkan masing-masing pada harga RM1.60 dan RM1 setiap satu.

Mengulas lanjut, Norsophia berkata, untuk menebus baucar atau wang tunai bernilai RM10, pelanggan perlu mengumpul sebanyak 110 label bagi Golden Ocean 500ml atau sebanyak 55 label untuk air minuman bersaiz 1.5L.

-kosmo

107 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam