Monthly Archives: May 2010

Gogal skuba berkamera




in 06.1 Gogal skuba berkamera

KINI merakamkan foto digital atau video menjadi semakin mudah dengan menggunakan gogal skuba berkamera.


AKTIVITI menyelam seringkali dikaitkan dengan keindahan hidupan bawah laut, yang tidak dapat dinikmati di darat. Namun, tidak ramai yang dapat mengabadikan keindahan dasar laut ketika melakukan aktiviti selaman. Faktor utama yang menyebabkan keindahan bawah laut tidak dapat dirakam dalam bentuk gambar atau video adalah kos tinggi untuk memiliki peralatan kalis air seperti perumah kamera untuk dibawa bersama-sama ketika menyelam.

Aksesori kalis air untuk kamera yang boleh dibawa ke dasar laut lazimnya berharga dari ratusan hingga ribuan ringgit.

Ini merupakan kekangan utama mengapa tidak ramai penyelam rela membelanjakan wang sebegitu banyak hanya untuk sebuah aksesori kamera.

Namun, gogal skuba yang dilengkapi kamera video keluaran Liquid Image, sebuah syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat merupakan satu khabar gembira buat mereka yang gemarkan aktiviti ekstrem itu.

Kamera video kalis air dengan keupayaan lima megapiksel mampu mengambil gambar digital beresolusi 2,592 x 1,944 dan juga merakamkan video berdefinisi tinggi (HD) 1,280 x 720 (720p) pada 30 bingkai sesaat menerusi bantuan memori binaan dalam yang berfungsi sebagai pemproses dan bukannya storan.

Apa yang istimewa tentang kamera ini ialah ia mampu melakukan rakaman tanpa membataskan pergerakan tangan penyelam.

Jika biasanya, penyelam perlu memegang kamera untuk mengambil gambar atau merakamkan video pelbagai spesies ikan dan juga terumbu karang, kini tidak lagi dengan gogal skuba berkamera. Penyelam hanya perlu mengaktifkan butang di penjuru bingkai gogal tersebut untuk merakamkan video atau mengambil gambar.

Gajet ini mampu mengabadikan rakaman yang diambil ke dalam kad memori SD dan juga kad memori berkapasiti tinggi SDHC yang mempunyai ruang simpanan sehingga 32GB. Ia mampu berfungsi hingga kedalaman 40 meter.

in 06.2 Gogal skuba berkamera

MENGGUNAKAN bateri litium penyelam boleh merakam 2,000 keping gambar digital atau dua jam rakaman video.


Selain itu, lensa sudut lebar kamera ini mampu memberikan pemandangan menarik yang dapat dikongsi bersama teman-teman lain yang tidak mengikuti aktiviti selaman. Bukan itu saja, rakaman audio juga turut disertakan dengan mikrofon binaan dalam.

Ia dikuasakan dengan bateri bersaiz AAA dengan pilihan bateri litium atau alkali untuk kemudahan pengguna. Jika menggunakan bateri litium, gogal skuba berkamera ini mampu mengambil sehingga 2,000 keping gambar digital atau dua jam rakaman video.

Bagaimanapun, pengguna juga boleh menggunakan bateri alkali biasa, yang lebih mudah didapati di kedai-kedai runcit dan pasar raya kecil.

Dengan bateri alkali, ia mampu mengambil kira-kira 500 keping gambar dan 16 minit rakaman video sahaja – memadai untuk satu sesi selaman.

Segala khazanah alam yang telah diabadikan boleh dipindahkan terus ke komputer menggunakan sambungan USB. Gajet ini menyokong format JPEG untuk gambar digital dan format video H.246 dengan audio untuk merasai suasana sebenar menyelam di dasar laut.

Harga gajet itu bermula dari RM500 hingga RM3,000 bergantung kepada model gogal.

Maklumat lanjut tentang pilihan model yang ditawarkan boleh didapati di www.liquidimageco.com.

-kosmo

Beli air minuman dapat wang tunai




ne 09.1 Beli air minuman dapat wang tunai

NORSOPHIA menunjukkan air minuman keluaran Baharani Beverages di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Anda boleh menebus baucar atau wang tunai sehingga RM50 dengan hanya mengumpul label botol air minuman berjenama Golden Ocean.

Produk keluaran syarikat Baharani Beverages Sdn. Bhd. (Baharani Beverages) itu turut membolehkan anda menebus baucar untuk pembelian pelbagai barangan lain termasuk tiket menonton wayang.

Pengarah Urusannya, Norsophia M. Bahar berkata, promosi tersebut merupakan antara langkah pemasaran strategik untuk menarik lebih ramai pengguna membeli produk berkenaan memandangkan persaingan sengit yang dihadapinya.

“Sehingga kini, kami telah berjaya menjual kira-kira 5,000 karton Golden Ocean di Lembah Klang sejak air minuman itu mula diperkenalkan Januari lalu,”‘ katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Golden Ocean didatangkan dalam dua saiz botol minuman iaitu 1.5 liter (L) dan 500 militer (ml) yang ditawarkan masing-masing pada harga RM1.60 dan RM1 setiap satu.

Mengulas lanjut, Norsophia berkata, untuk menebus baucar atau wang tunai bernilai RM10, pelanggan perlu mengumpul sebanyak 110 label bagi Golden Ocean 500ml atau sebanyak 55 label untuk air minuman bersaiz 1.5L.

-kosmo

Hot dog signatur B-Station




ur 02.1 Hot dog signatur B Station

KIOS B-Station diperkenalkan sejak pertengahan Februari lalu.

JIKA anda penggemar sajian ringan seperti hot dog, jangan ketinggalan untuk mencuba keenakan rasa hot dog sebenar di kios B-Station di pusat beli-belah Berjaya Times Square (BTS).

Menawarkan tiga variasi hot dog sebagai permulaan, anda boleh memilih sama ada ingin menikmati perasa chicken spageti, BBQ panggang ataupun American Wurst hot dog yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Apa yang pasti, setiap gigitan mampu memberi kepuasan kepada pelanggan kerana menggunakan sosej yang berkualiti dan campuran sos khas yang dihasilkan mengikut resipi tradisi.

Semua menu itu dihidangkan dengan kentang putar dan pilihan air berkarbonat atau kopi seperti latte, cappucino dan American espresso.

ur 02.2 Hot dog signatur B Station

SEMUA menu dihidangkan dengan kentang putar dan pilihan air berkarbonat atau kopi seperti latte, cappucino dan American espresso.


Pengarah Urusan B-Station, Joseph Lee berkata, kios itu mula diperkenalkan kepada khalayak pada 13 Februari lalu. Walaupun masih terlalu baru dalam dunia perniagaan makanan, namun sambutan yang diterima sangat memberangsangkan.

“Kami percaya, dengan kualiti sajian hot dog yang ditawarkan, ia mampu menarik lebih ramai pelanggan dalam tempoh terdekat,” kata Joseph ketika ditemui Kosmo!.

Bercakap mengenai perancangan masa depan, Joseph memberitahu, B-Station baru sahaja membuka cawangan kedua berkonsepkan kafe di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 8 April lalu.

ur 02.3 Hot dog signatur B Station

CAMPURAN sos khas yang dihasilkan mengikut resipi tradisi.



“Diharap kafe ini mampu menarik perhatian golongan muda terutama yang berusia lingkungan 20-an untuk menjadikan B-Station sebagai lokasi santai bersama teman-teman,” ujar Joseph penuh optimis.

Jenama B-Station ini dikendalikan oleh HIM Global Services Sdn. Bhd. Untuk pertanyaan, hubungi talian 03 42704219

-kosmo

Kompaun minimum RM300




ne 02.1 Kompaun minimum RM300

JPJ mencadangkan kadar baru saman bukan untuk
meningkatkan kutipan hasil tetapi bagi mendidik para pemandu. – Gambar hiasan


BESUT – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mengenakan kompaun minimum RM300 bagi semua pesalah trafik yang liat menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan.

ne 02.2 Kompaun minimum RM300


Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, cadangan itu termasuk dalam pindaan Akta JPJ 1987 yang akan dibentangkan kepada Kabinet bulan depan.

“Jumlah RM300 adalah kompaun maksimum mengikut akta sekarang, dan dengan pindaan kelak jumlah kompaun minimum bermula dari RM300,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Felda Tenang di sini semalam.

-kosmo

Santapan Matahari Terbit




ur 02.1 Santapan Matahari Terbit

ANTARA hidangan Jepun yang bakal menambat selera pengunjung.


BIARPUN Hari Ibu baru sahaja berlalu minggu lalu, tetapi tidak salah untuk anda terus meraikan wanita paling penting dalam kehidupan kita itu.

Di restoran Jepun, Restoran Sagano, di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, anda ada sebab apabila mahu menyajikan si ibu tersayang dengan makanan Jepun terbaik. Bufet Jepun asli ini menawarkan banyak pilihan makanan istimewa, daripada pembuka selera sashimi, tempura rangup sehinggalah hidangan teppanyaki yang menggiurkan.

Tiada maknanya menjamu hidangan Jepun tanpa disertai semangkuk cawan mushi atau mi soba dan udon yang dihidangkan sejuk mahupun panas. Ini disusuli secawan aiskrim macha (teh hijau) yang enak.

Bufet makan Sabtu dan bufet makan tengah hari Ahad ini ditawarkan pada setiap minggu pada harga RM89++ untuk setiap seorang. Kanak-kanak yang berusia enam hingga 11 tahun hanya perlu membayar separuh harga.

Lebih menarik, setiap kali anda membawa ibu anda menjamu selera di salah satu restoran di Hotel Renaissance sama ada di Sagano, Vogue Cafe atau MED @ Marche-Live, ibu anda mungkin boleh menikmati hidangan tersebut secara percuma.

Tawaran ini bermula dari 10 Mei hingga 31 Mei ini dan ibu anda juga berpeluang memenangi satu hadiah cabutan bertuah berupa penginapan satu malam pada hari minggu di bilik gaya hidup terbaru Hotel Renaissance.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi sepanjang bulan Mei di Hotel Renaissance, sila hubungi talian 03-21622299 atau e-melkan soalan anda ke alamat rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com.

-kosmo