Kereta termahal di dunia




Hanya terdapat empat model Bugatti Type 57SC Atlantic di dunia dan kereta ini dijual dengan harga kira-kira RM130 juta.



MEMILIKI kereta mewah atau kereta idaman sememangnya suatu yang tidak dapat dipisahkan dengan naluri dan keinginan manusia terutama golongan lelaki.

Maka tidak hairanlah jika kita dapat melihat ramai daripada pemilik kereta yang sanggup mengubahsuai kereta agar kelihatan seperti kereta sports yang menjadi idaman mereka.

Tetapi ada satu lagi golongan jutawan yang hobi mereka mengumpul kereta-kereta lama atau klasik dan sanggup membelanjakan wang berjuta-juta dollar untuk memiliki barangan antik yang diminati mereka.

Di California, Amerika Syarikat, baru-baru ini, sebuah kereta antik BUgatti Atlantic Model 1936 telah dijual dengan harga antara RM100 juta dan RM130 juta.

Kereta Bugatti jenis 57SC itu boleh dianggap sebagai antara kereta tercantik pernah dicipta dan pernah memenangi Anugerah Pebble Beach Concours d’Elegance 2003.

Kereta yang memecah rekod jualan kereta paling mahal di dunia itu mempunyai reka bentuk Perancis dan diperbuat daripada aluminium pada badannya.

Siapa pembeli dan jumlah sebenar yang dibayar untuk mendapatkan kereta itu tidak didedahkan oleh pelelongnya Gooding & Company, bagaimanapun, dipercayai kereta itu dijual kepada Muzium Automotif Mullin di California milik Peter Mullin.

Mullin merupakan Pengerusi Emeritus of MullinTBG dan pengasas serta pengerusi syarikat M. Financial yang mempunyai hobi mengumpul kereta-kereta antik keluaran negara Perancis dan ditempatkan di muzium automotifnya.

Hanya terdapat empat model Bugatti Type 57SC Atlantic di dunia dan salah satu daripadanya dimiliki oleh Ralph Lauren, manakala kereta yang dijual dengan harga tertinggi di dunia itu dimiliki oleh mendiang Dr. Peter Williamson yang juga merupakan pengumpul koleksi kereta Bugatti.

Jualan kereta tersebut telah memecah rekod jualan lelong yang dilaksanakan oleh Goodong & Company sebelum ini selepas berjaya menjual kereta Ferrari 250 Testa Rossa 1967 dengan harga AS$12.2 juta di Maranello, Itali pada 2009.

Kereta James Bond dilelong

Sementara itu, kereta Aston Martin DB5 yang digunakan oleh James Bond dalam filem Goldfinger dan Thunderball akan dilelong pada 27 Oktober ini di London dengan anggaran nilai melebihi RM16 juta.

Menurut syarikat pelelong RM Auctions, ini adalah kali pertama kereta Aston Martin DB5 keluaran 1964 yang digunakan oleh Sean Connery dalam filem 007 itu ditawarkan untuk dibeli oleh orang awam.

Apa yang menarik, kereta itu bukan sahaja mengekalkan gaya dan kejuruteraannya tetapi juga peralatan serta gajet asal seperti cermin kalis peluru, nombor pendaftaran khas JB007, alat pengesan, panel bumbung boleh dibuka, pelepas asap dan minyak pelicin.

Pada 1969, pemilik stesen radio Philadelphia, Jerry Lee berjaya menyakinkan Kilang Aston Martin Lagonda untuk menjualkan kereta itu kepadanya dengan harga RM39,000.

Hasil lelongan kereta itu nanti akan dimasukkan kepada Jerry Lee Foundation, sebuah pertubuhan yang menjalankan aktiviti mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan pendidikan.

Kali terakhir kereta model seperti itu dijual di pasaran ialah pada 2006 apabila dibeli oleh seorang pembeli persendirian dengan harga RM6.9 juta, bagaimanapun Aston Martin itu tidak pernah digunakan untuk lakonan dalam filem James Bond.

-utusanmalaysia

Crocband Nation untuk demam bola




DEMAM bola sepak Piala Dunia semakin hangat apabila bermulanya sepak mula di Afrika Selatan. Anda boleh menyertai kehangatan ini dan menyokong pasukan pilihan dengan Koleksi Crocband Nation baru daripada Crocs.

Berharga RM179 sepasang, Koleksi Crocband Nation memberi anda peluang menunjukkan warna pasukan pujaan anda dalam keselesaan.

Kasut warna-warni Crocband Nation diperbuat daripada bahan Croslite yang begitu ringan dan menggunakan kecanggihan teknologi Crocs tersendiri.

Rekaan dan warna-warna terang yang melambangkan negara gergasi bola sepak, iaitu Argentina, Australia, Brazil, England, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Belanda, Afrika Selatan, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Crocband Nation membawakan 13 rekaan kasut sukan dengan bahagian tengah tapak yang melapik dan menyokong kaki.

Anda boleh memilih kasut Crocband Nation kegemaran anda dan menyertai demam bola sepak yang semakin hangat. Jangan lupa memberikan sentuhan peribadi kepada kasut anda dengan menambah butang jibbitz.

Sempena pesta bola sepak di Afrika Selatan, pelanggan yang membeli Crocband Nation di mana-mana kedai konsep Crocs akan menerima rantai kunci mini Crocband Nation yang eksklusif.

Anda juga berpeluang menyertai peraduan bagi memenangi hadiah pertama satu set kasut Crocband merangkumi 13 rekaan berasingan serta set 13 rantai kunci mini Crocband.

Selain itu, jika anda memesan mana-mana pizza di Souled Out Cafe di Desa Sri Hartamas daripada 11 Jun hingga 11 Julai 2010, anda akan menikmati diskaun 10 peratus dengan hanya menunjukkan resit asal Crocs. Pelanggan Souled Out Cafe yang berbelanja sebanyak RM150 ke atas pula akan menerima baucer tunai RM30 daripada Crocs bagi pembelian mana-mana model.

Crocband Brazil

Berharga RM179 sepasang, Koleksi Crocband Nation memberi anda peluang menunjukkan warna pasukan pujaan anda dalam keselesaan.

Kasut warna-warni Crocband Nation diperbuat daripada bahan Croslite yang begitu ringan dan menggunakan kecanggihan teknologi Crocs tersendiri.

Rekaan dan warna-warna terang yang melambangkan negara gergasi bola sepak, iaitu Argentina, Australia, Brazil, England, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Belanda, Afrika Selatan, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Crocband Nation membawakan 13 rekaan kasut sukan dengan bahagian tengah tapak yang melapik dan menyokong kaki.

Anda boleh memilih kasut Crocband Nation kegemaran anda dan menyertai demam bola sepak yang semakin hangat. Jangan lupa memberikan sentuhan peribadi kepada kasut anda dengan menambah butang jibbitz.

Sempena pesta bola sepak di Afrika Selatan, pelanggan yang membeli Crocband Nation di mana-mana kedai konsep Crocs akan menerima rantai kunci mini Crocband Nation yang eksklusif.

Anda juga berpeluang menyertai peraduan bagi memenangi hadiah satu set kasut Crocband merangkumi 13 rekaan berasingan serta set 13 rantai kunci mini Crocband.

Selain itu, jika anda memesan mana-mana pizza di Souled Out Cafe di Desa Sri Hartamas daripada 11 Jun hingga 11 Julai 2010, anda akan menikmati diskaun 10 peratus dengan hanya menunjukkan resit asal Crocs. Pelanggan Souled Out Cafe yang berbelanja sebanyak RM150 ke atas pula akan menerima baucer tunai RM30 daripada Crocs bagi pembelian mana-mana model.

Kekal cergas dengan miCoach




GAJET miCoach membolehkan pelari mencapai objektif latihan seolah-olah mendapat bimbingan jurulatih profesional.



BOSAN melakukan aktiviti larian atau joging bersendirian, lebih-lebih lagi aktiviti yang dilakukan langsung tidak memberi hasil memuaskan seperti dirancang.

Memahami dilema yang dihadapi pengguna di seluruh dunia, Adidas selaku pelopor gajet dan aksesori sukan terkemuka melancarkan gajet miCoach Pacer dan miCoach Zone baru-baru ini.

Kedua-dua gajet itu dibangunkan untuk memotivasi, memberi inspirasi dan membolehkan pelari mencapai matlamat mengikut kesesuaian jenis latihan yang dijalankan seolah-olah mendapat bimbingan jurulatih profesional.

Secara dasarnya, ia merupakan satu sistem latihan interaktif yang membimbing para pelari melakukan aktiviti larian berdasarkan prestasi dan kemampuan seseorang mengikut data yang telah dikumpulkan.

“MiCoach bertindak sebagai jurulatih peribadi anda sendiri dan merekodkan segala butiran semasa anda berlari. Ia amat praktikal kerana dapat membimbing dan memberi tip kepada anda mencapai objektif yang ditetapkan,” kata Ng Chee Loon, Pengurus Adidas (Malaysia) Sdn. Bhd.

SELAIN bertindak sebagai pengumpul data, MiCoach Pacer boleh memainkan muzik MP3.



Keunikannya, kedua-dua gajet itu mempunyai audio terbina dalam bagi memberi maklumat lisan secara terus kepada anda semasa melakukan larian.

Gajet miCoach Pacer dijual pada harga RM519.90 dengan empat peranti berbeza iaitu Heart Rate Monitor (untuk mengukur degupan jantung), Stride Sendor (mengukur langkah dan kelajuan) dan kabel USB serta fon kepala.

Semasa melakukan larian, kesemua alat itu berfungsi merekodkan segala data dan memberi panduan kepada pelari sama ada mempercepatkan, melambatkan dan mengekalkan kelajuan berdasarkan data yang diterima.

Sementara itu, gajet miCoach Zone yang dijual pada harga RM269.90 berfungsi membaca kod warna paparan LED yang dipasang pada bahagian lengan.

Seperti juga miCoach Pacer, ia turut merekodkan data dan memberi maklumat lisan secara terus bagi membolehkan seseorang pelari itu melakukan latihan mengikut kadar dan kemampuannya dengan bantuan alat pengawasan denyutan jantung.

PAPARAN warna LED membolehkan pelari melakukan latihan berdasarkan kemampuannya.



Menariknya, kesemua maklumat dan data yang disimpan boleh dipindah naik ke Internet melalui laman web www.micoach.com. Ia membolehkan pengguna merancang jadual latihan, menetapkan objektif dan sasaran serta mengawasi kemajuan dan prestasi mereka dari semasa ke semasa.

Melalui platform itu, pengguna boleh mendapatkan tip dan panduan berhubung latihan yang sesuai, misalnya bagaimana mahu menurunkan berat badan atau meningkatkan catatan masa peribadi.

Di laman web itu juga, pengguna boleh memilih program latihan yang sesuai dengan keupayaan dan kemampuan diri mereka berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh.

Kedua-dua gajet itu kini berada di pasaran dan boleh didapati di semua Adidas Sport Performance Concept Stores di seluruh negara.

-kosmo

Demo penggunaan micoach jenama Adidas

Blog jana pendapatan sampingan





TERDAPAT pelbagai cara untuk pemilik blog menjana pendapatan melalui blog. – Gambar hiasan

PENGARUH blog dalam dunia siber tidak dapat disangkal lagi. Jika dahulu media cetak seperti akhbar dan media elektronik seperti televisyen menjadi kaedah utama penyebaran informasi, kini blog berjaya mendahului kedua-dua media arus perdana tersebut.

Keupayaannya untuk menyampaikan maklumat dengan pantas dan boleh diakses dari segenap pelusuk dunia menjadikan media alternatif itu antara sumber rujukan utama masyarakat hari ini.

Sama ada sesebuah laman itu menjadi wadah meluahkan perasaan, berkongsi ideologi politik, mahupun bersifat akademik, blog telah mengubah landskap dunia penyampaian berita.

Syarikat korporat turut mengadaptasi blog sebagai medium penting bagi mendekati kakitangan dan pelanggan seperti yang diperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

Internet marketing atau pemasaran menerusi Internet terbukti membantu meningkatkan jualan sesebuah syarikat yang dahulunya bergantung kepada pengiklanan konvensional.

Blog mempunyai keupayaan membantu penjenamaan sesebuah produk atau perkhidmatan melalui Internet. Ia secara tidak langsung boleh mengubah tanggapan umum tentang sesebuah jenama dan membentuk keyakinan yang tinggi.

Namun, masih ramai yang tidak menyedari akan potensi blog dalam menjana pendapatan sama ada secara sampingan mahupun sepenuh masa.

Menyedari keadaan itu, seorang blogger sepenuh masa, Rohaizad Jumat, 31, mengambil inisiatif memberikan pendedahan kepada umum menerusi Seminar Asas Blogging pada 29 Mei yang lalu bertempat di Hotel Sri Malaysia, Johor Bahru, Johor.

Para peserta didedahkan tentang bagaimana menghasilkan blog pertama, konsep asas sebuah blog dan panduan memilih domain bagi mereka yang ingin serius dalam dunia blogging. Pemilihan tema sesebuah blog juga turut dititik beratkan bagi memastikan blog kelihatan menarik dan profesional.

Rahsia bagaimana blog boleh membantu menjana pendapatan melalui ruang iklan atau banner, program affiliate, perkhidmatan review daripada pemilik blog serta program-program pengiklanan lain seperti Advertlets dan Nuffnang juga dikongsi bersama para peserta.

Selain itu, mereka turut diajar bagaimana menyertai program PPC atau Pay Per Click seperti Google Adsense dan Chitika yang terbukti menghasilkan pendapatan terutamanya bagi blog yang mempunyai bilangan pengunjung yang tinggi yang mana pembayaran dibuat berdasarkan jumlah klik pada pautan iklan di blog.

Program PPI atau Page Per Impression turut diperkenalkan kepada para peserta. Pembayaran program itu pula dibuat mengikut jumlah trafik ke blog dan jumlah laman yang dilihat dalam sesebuah blog.

Selain itu, mereka turut diperkenalkan dengan program Paid to Post yang membayar pemilik blog untuk meletakkan artikel atau blogpost yang disediakan oleh penyedia khidmat program tersebut.

Satu lagi sumber pendapatan yang boleh dijana melalui blog ialah dengan menjual text link ads atau pautan pada artikel pada blog bagi tujuan SEO yang sememangnya mempunyai permintaan tinggi setiap hari di Internet.

Bayangkan dengan meletakkan pautan kepada laman sesebuah produk atau perkhidmatan syarikat lain untuk tempoh setahun, pemilik blog boleh meraih sehingga ratusan ringgit. Maklumat lanjut berkaitan seminar itu boleh diperoleh melalui laman www.seminarblogging.com.

-kosmo

Kaca mata Piala Dunia






SETIAP kali berlangsungnya Piala Dunia, para peminat bola sepak mula berpusu-pusu menampilkan pelbagai fesyen menarik semata-mata untuk menyambut kehebatan sukan nombor satu dunia itu.

Tidak kira usia dan jantina, masing-masing mempunyai idea sungguh luar biasa. Ia bagi memberi semangat kepada pasukan yang disokong.

Biasanya kemeriahan itu dapat disaksikan beberapa minggu sebelum berlangsungnya pembukaan perlawanan. Peminat bola sepak mula turun padang dengan imej berwarna-warni mengikut cita rasa tersendiri.

Antara fesyen yang paling jelas diperagakan oleh para peminat dari seluruh dunia adalah kaca mata bersaiz besar dengan memilih rekaan berdasarkan pasukan pilihan masing-masing.

Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung di Afrika Selatan bukan sahaja sebagai medan untuk merebut kejuaraan sebaliknya para peminat turut bertungkus-lumus menampilkan gaya yang mampu menarik perhatian umum.

Begitulah kehebatan bahang Piala Dunia apabila ruang dalam dan luar stadium dipenuhi dengan daya kreativiti penonton.

Sebilangan peminat menghasilkan kaca mata tersebut berdasarkan bentuk bendera negara yang disokong. Mereka akan memastikan kaca mata itu sentiasa dipakai setiap kali menonton perlawanan bola sepak.

Selain itu, ada juga antara mereka memilih untuk menggayakan kaca mata berbentuk tulisan 2010 dengan angka kosong itu dijadikan sebagai cermin.

-kosmo