![]() |
| |
Kita biasa menggunakan serbuk penaik (soda) untuk membuat kek. Apa kata cuba bahan tersebut dalam resipi penjagaan kulit anda. Selain faktor harga yang murah, serbuk penaik juga mudah diperoleh di pasar raya.
Tentunya kita tidak terfikir soda bikarbonat boleh dijadikan skrub untuk membuang sel-sel kulit mati sekali gus membuka liang-liang tersebut yang sering menjadi punca masalah kulit wajah.
Campurkan sedikit bahan penaik dan air sehingga membentuk sebatian. Soda bikarbonat sangat berkesan sebagai skrub. Namun penggunaannya perlu secara berhati-hati. Secara lembut sapu skrub soda bikarbonat itu pada kulit muka dan urut perlahan-lahan selama 10 hingga 15 minit. Bilas dan keringkan wajah anda.
Banyak juga orang menggunakan cuka epal atau cuka biasa untuk merawat masalah jerawat. Tidak kira jenis cuka yang anda gunakan, ia sememangnya amat membantu untuk membasmi bakteria punca jerawat, menseimbangkan pH kulit dan menyerap lebihan minyak pada kulit.
Gunakan bebola kapas untuk sapu cuka yang telah dicampur air pada bahagian bermasalah pada kulit muka (lapan bahagian air dicampur satu bahagian cuka) dan biarkan 10 minit sebelum dibilas.
Jus lemon juga boleh digunakan sebagai pengganti cuka. Jus yang kaya dengan asid sitrik mampu merangsang kulit dengan baik, memberhentikan pertumbuhan jerawat serta bertindak sebagai bahan perawat.
Putih telur yang kaya dengan protein boleh digunakan sebagai topeng untuk memperbaiki dan membina semula kulit anda. Ia juga membantu menyerap lebihan minyak. Pukul putih telur dan sapu terus ke kulit muka. Biarkan selama 15 minit dan bilas.
Sejak dulu Aloe Vera digunakan sebagai bahan untuk mengurangkan kesan terbakar pada kulit. Selain itu tumbuhan tersebut membantu mengatasi masalah parut dan menyelesaikan masalah noda pada kulit wajah.
Masalah kulit muka terutamanya jerawat juga berpunca daripada gangguan sistem penghadaman. Jus lemon, timun dan lobak merah membantu pencernaan sekali gus menjadikan kulit berseri.
-utusanmalaysia


Sebenarnya banyak lagi kegunaan baking soda nih.. refer sini http://green.yahoo.com/blog/care2/4/40-fantastic-…
ye ke…. thks for sharing the info…..
singgah!
boleh try ni.haha
tengkiu….. rajin2 la bertandang selalu yea…
penjagaan luaran kulit amatlah penting, mencuci, melembap & tidak kurang juga scrub. tetapi jangan diabaikan pemakanan & penjagaan dari dalam. Maklumat lanjut di sini http://www.surijunior.com/
surijunior : terima kasih atas ingatan…. semoga sukses dalam bisnes anda…
serbuk penaik / soda bikarbonat?
nak tahu : betul tue….