![]() |
|
Model terbaru edisi khas Myvi bersesuaian untuk pemandu wanita yang memiliki ciri-ciri yang disenangi kumpulan itu mula berada di pasaran mulai hari ini.
|
KUALA LUMPUR – Memiliki kereta yang sinonim dengan perwatakan wanita menjadi impian pemandu wanita di negara ini, tetapi tidak banyak syarikat pengeluar kereta yang memberi tumpuan untuk memperkenalkan model kereta bersesuaian untuk kumpulan berkenaan.
Kini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengambil inisiatif dengan memperkenalkan model terbaru 1.3L Myvi (Mvvi LE) edisi terhad yang memiliki ciri-ciri sporty tetapi bergaya bersesuaian untuk pemandu wanita.
Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh berkata, model itu dikeluarkan khas untuk memenuhi permintaan dan cita rasa golongan muda dan wanita bandar.
Selain warna yang menarik, ia turut menampilkan beberapa ciri yang bersesuaian dengan keperluan kumpulan berkenaan.
“Kami memahami keperluan dan pentingnya bagi mereka (wanita muda dan wanita bandar) untuk mempunyai cermin solek dalam kereta.
“Oleh itu, kami menyediakan sekali cermin itu di bahagian sisi bahagian pemandu dalam model kali ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
-kosmo

ok la tuh.. mesti laku nnt kete pink…
but a big no no for me… too girlishhh ;p
ye ke…. neway ade 2 color lagi…. cuma interior tu ade add on skit…
wow, teman nak satu boleh?
berapa harga ni..
boleh aje…. order la dulu…. ada la dalam rm50k je….ekekeke
Wow..pink kaler..Nice..My very da very latest.. Bahaya!
yeah….. pink is always feminine favorite …. right ?
wah.. khas untuk wanita tu ^__^
hmmm…. rasanya laki ok gak kot kalau nak beli…. cuma TARGET MARKET je untuk gadis dan wanita..
myvi “hot car”…..antara produk yg terlaku di pasaran negara kita
sesuatu keluaran kereta itu nampak HOT bile ada perkataan SPECIAL EDITION ( SE ) atau LIMITED EDITION ( LE )
konsep feminin style..:)
Yeah …. teknik pemasaran yang tumpukan kaum wanita dan gadis …. ;-p
yeahhhhhhh..cantik menarik.nak belikan utk isteri t'syg.
pergh… bagus laa….untuk wife….
yessss..cantik menarik.nak beli kan utk isteri tsyg.