Datuk Rohana (dua dari kanan) melancarkan Astro Tutor TV.ASTRO melancarkan Astro Tutor TV, sebuah saluran baru mulai 18 Julai hingga 23 September ini yang khusus untuk membantu para pelajar UPSR mengulangkaji peperiksaan mereka.
Saluran tersebut menawarkan kandungan berasaskan sukatan pendidikan sekolah-sekolah di Malaysia dan perkhidmatan interaktif untuk keperluan para pelajar.
Selaras dengan komitmen Astro untuk menawarkan inspirasi dan peluang pembelajaran seumur hidup yang relevan melalui platformnya, saluran inovatif ini menawarkan tutorial 24 jam sehari untuk membantu pelajar UPSR mengulangkaji mengikut kemampuan dan keselesaan tersendiri untuk mereka mengulangkaji di rumah masing-masing.
Astro Tutor TV menumpukan kepada subjek teras UPSR seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Melalui pendekatan yang holistik untuk persiapan peperiksaan, program-program yang telah diatur membantu para pelajar menguasai tajuk yang sukar termasuk nasihat tentang strategi pembelajaran, motivasi diri, pengurusan masa dan kepentingan menjaga kesihatan menjelang peperiksaan.
Empat subjek UPSR itu boleh didapati dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mata pelajaran Sains dan Matematik juga akan disediakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin tidak lama lagi.
Kehadiran ‘butang merah’ di saluran interaktif itu membuatkan sesi ulang kaji menjadi lebih menarik dan menyenangkan apabila para pelajar berpeluang untuk menjawab kuiz mini dengan menggunakan alat kawalan jauh.
Dengan satu sentuhan butang, fakta-fakta dan formula-formula akan segera muncul di skrin seperti serangkai kad imbasan. Pembelajaran interaktif itu tidak terhenti di skrin tv sahaja apabila laman sesawang Astro Tutor TV turut menyediakan ulangan pembelajaran, kuiz dan ujian percubaan secara dalam talian.
Ketua Pendidikan di Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata: “Untuk mencapai keputusan optimal, Astro mengesyorkan ibu bapa menjadi sebahagian daripada pembelajaran itu. Ibu bapa digalakkan untuk menyertai anak-anak mereka menonton Astro Tutor TV dan mencuba kuiz interaktif.
”Sokongan dan dorongan ibu bapa dapat meningkatkan pembelajaraan anak-anak. Negara-negara maju sudah menggunakan program televisyen dan halaman sesawang e-pembelajaraan untuk membantu ulangkaji.”
Pembelajaran akademik diseimbangkan dengan kandungan seperti ’Silap lagi’, ’Bijak belajar’, dan ’Lulus! Silap lagi’ ialah siri format pendek, yang menggunakan ibu jari sebagai ’watak’ yang mengajar para pelajar bagaimana untuk mengelakkan kesalahan yang biasa dilakukan di dalam peperiksaan dengan cara humor.
’Bijak belajar’ mengaplikasikan strategi guna-cuba seperti pemetaan fikiran dan kad imbasan. Di dalam ’Lulus!’, lima orang pelajar yang berketerampilan berkongsi rahsia peribadi mereka tentang pengurusan masa dan motivasi diri.
Astro Tutor TV boleh didapati secara percuma oleh semua pelanggan Astro termasuk sekolah-sekolah kerajaan di seluruh negara dari 18 Julai sehingga 23 September. Layari http://www.astro.com.my/ untuk sinopsis program dan jadual.
Untuk maklumat lanjut mengenai TUTOR TV, pelanggan boleh menghubungi 1300-82-3838 atau layari www.astro.com.my.
-mstaronline
dh tengok aritu..menarik..n berinformatif..sesuai ngan budak2 yg nk amik upsr..
bagus kan….pembelajaran interaktif…..
ya betul i like
amira : yeaah… good for you….
serious, sangat2 menarik! nice move ASTRO ;]
langkah bijak untuk menarik ibubapa langgan astro…
lankah tidak bijak tingok kartun di tv sahaja…..
Tiada yan lebih baik daripada mengulang kaji pelajaran
Bro… rasanya saluran TV nie kartun semata2… sebab pembelajaran interaktif….alternatif untuk pembelajaran biasa.P/s : Kalau u dah tengok chanel nie …PASTI lain persepi di fikiran…. ;-p
TYPO : BUKAN saluran kartun semata…..
best la astro tutor tv
yess…. sebab ianya pengajaran secara interaktif….. ;-p
astro tutor tv memang best
semoga astro buat banyak lagi chanel pendidikan cenggini
bagus la mcam ni..
ada program camni..
dpat mmbantu gak la..
kalau boleh …. rasanya boleh dikembangkan ke sekolah2 supaya menambah cara belajar yang menarik pelajar….
betul tue… bila program upsr dapat respon baik …. sure diorang teruskan untuk prm & spm….
tutor tv is the good better and best
alah
aik…. naper lak tue ?
hmmm…. ayat puji lain macam tue….
tutor is the best
yess…. good for interactive education …. ;-p
astro tutor tv nie memang bagus la untuk kanak-kanak yg ingin menduduki UPSR
yesss…. inisiatif yang bagus dari ASTRO….
astr0 tut0r tv nie sngat bgus untuk rkan2 mengulangkaji pelajaran…
untuk rkan2 sem0ga menduduki pperiksaan..
Good Luck kepada yang amik UPSR skang nie…
ye ke best??? ade soalan maths susah pon boleh sye jawab….. kerna ayah sye pakar maths thats y sye pandai maths
ye ke best??? ade soalan maths susah pon boleh sye jawab….. kerna ayah sye pakar maths thats y sye pandai maths
well,well,well korang tau x tutor tv is the best n terpelajar untok sume org???
hurrmmm…. aq rse mmg boleh jawab….. tpi kalo tgk maths in bahasa melayu… lgi best….. ade cikgu arif n 1 budak pompuan
tutor tv memberikan ilmu pengetahuan.
Cara yang lebih kepada penggunaan multimedia…audio visual
Please keep tutor tv in the Internet!
THAT one u need to refer astro …..
tutor tv ni kan, best……best di dunia
memang besh siot….
I love tutor tv because it help me very much.Therefore,I get some knowledge from that and how I do the upsr question I can answer easily
LIKE TUTOR TV
mimi : good for UPSR student…
best lah astro tutor tv
dapat banyak pengetahuan
zila : memang sesuai kan untuk pembelajaran…..
tutor tv very helpful
kavin : that's good for u…..
astro tutor tv banyak membantu saya untuk mendapat 5A dalam UPSR.
Solehah : bagus laaa…. skang nie dah ada untuk PMR…. mungkin dapat membantu jugak…
minta-minta la dpt 5A dlm UPSR.amin……………
Wanie : GOOD LUCK for you…
astro tutor tv memang best larh….harap harap dapat 5A dlam UPSR nanti kolo tak banyak larh yg boleh berlaku…:)….tpi kalau dapat 5A baru bleh menyenangkan hti keluarga…
emisa : Semoga dipermudahkan dapat score UPSR tue yea….
i so Nervous for UPSR!!!!!!!!!!
Duncan : do your very BEST ……
I am very hopping to get 5As for upsr.beside i am so nervous!!!!!!!!!!!!!!!!!!
faseha : i know u can do it !!!
bestz larh astro tutor tv niey…hrap dpat 5a UPSR thun iniey…insyallah…
suzy : good luck for you yea….
saye hrp semue yg nk ambil prikse upsr tu buat baik2 ye…jgn klm kabut.
aida : arap2x dapat best result yea….
tasha : betul tu ….. saya setuju