
Tajuk yang diutarakan adalah Seks di kalangan Pelajar dan Wajarkah Pelajar Bercinta di Sekolah. Kaisara telah dipanggil oleh pengetua berikutan tajuknya yang kontroversi. Apakah kesudahannya episod dua Kisah Kaisara?
Kisah Kaisara yang popular di kalangan gadis remaja merupakan siri pendidikan yang memaparkan sekumpulan gadis remaja yang mengharungi kisah sebenar kehidupan remaja.
Siri drama yang disiarkan di TV9 dan TV3 selama tiga musim itu terhasil berdasarkan pendedahan kajian Kotex. Kotex pembekal utama produk penjagaan kebersihan wanita di Malaysia.
Kajian Kotex BodyLife IQ mendapati, hanya tiga peratus wanita Malaysia mengetahui rahsia tubuh mereka. Sehubungan itu, Kotex melancarkan siri episod talian atau webisod Kisah Kaisara.
Penggambaran siri web Kisah Kaisara tertumpu di sebuah sekolah menengah tempatan memaparkan kisah seorang gadis Melayu bernama Kaisara bersama kawan-kawannya Dania, Hana dan Amy. Mereka berkongsi isu-isu sebenar remaja gadis seperti haid, bau badan, kedaraan, kanser payu dara, mitos seks dan sebagainya.
“Kami merasakan sudah sampai masanya maju setapak lagi dan memulakan penerbitan siri Kisah Kaisara di platform talian kerana kumpulan sasaran banyak menghabiskan masa di Internet.
“Pendekatan ini juga memberikan banyak kelebihan kepada kami untuk meneroka topik yang sensitif dan kontroversi serta menggalakkan gadis-gadis untuk berbincang secara terbuka tentang tubuh mereka,” kata Pengurus Pemasaran Kotex Kimberly-Clark Malaysia, Haniza Tahir.
Kisah Kaisara dibintangi oleh Sari Yanti Mohamad Nazari (Kaisara), Wan Sharmila Wan Mohamed (Amy), Elliza Abdul Razak ( Dania) dan Faralyna Md. Idris ( Hana). Saksikan cabaran remaja yang dilalui Kaisara dan rakan-rakannya dalam siri talian istimewa Kisah Kaisara.
Disiarkan mulai 17 Julai lalu, penonton berpeluang memenangi netbook jenama Sony Vaio yang berharga RM1,899 dan 99 keping tiket wayang dengan menjawab beberapa soalan mudah. Siaran web itu boleh didapati dengan melayari www.kotex.com.my.
-kosmo
4 Responses
nizam
July 22nd, 2010 at 1:38 PM
1best gak cter ni,,, but nizam suka elizza yang style happy2 je watak dia..
species1980
July 22nd, 2010 at 8:55 PM
2yess…. lagipun muka dia kan ala2 sweet kan….
nur adila
August 2nd, 2010 at 6:03 PM
3cerita kisah kaisara best la
species1980
August 10th, 2010 at 4:35 AM
4memang sungguh sesuai dengan remaja….
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
TAJAAN KHAS :
Hazman Fadzil

Reka Lencana Anda
Archives
Calendar