Lagu MERDEKA – 31 OGOS 1957




merdeka Lagu MERDEKA   31 OGOS 1957

sumber

31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


video LAGU MERDEKA – 31 ogos

177 total views, no views today

Roket angkasa lepas buatan sendiri




du 05.1 Roket angkasa lepas buatan sendiri

SEORANG lelaki duduk dalam roket ciptaan dua pereka Denmark.


COPENHAGEN – Dua pereka Denmark mencipta roket buatan sendiri yang pertama di dunia dan direka untuk membawa manusia ke bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Roket setinggi sembilan meter tersebut yang menggunakan cecair oksigen sebagai bahan api merupakan cetusan idea sebuah firma, Suborbitals di sini yang diketuai oleh pencipta Kristian von Bengtson dan Peter Madsen.

Pada 30 Ogos ini, roket itu yang dinamakan Pengangkut Atmosfera Ekso Hibrid (HEAT) akan dilancarkan ke angkasa lepas dari sebuah kapal selam di Laut Baltik.

Sekiranya, ujian pelancaran itu berjaya, roket itu akan digunakan untuk membawa Madsen ke angkasa lepas dalam masa terdekat.

Roket itu dibina sejak 2004 tanpa peruntukan kerajaan tetapi ia menerima sumbangan dalam bentuk penajaan, derma dan penglibatan sukarelawan. – Agensi

/// KOSMO ///

102 total views, no views today

Berbuka dengan arak?




dn 07.1 Berbuka dengan arak?

Mohd. Amri Abdullah (kiri) memberi nasihat kepada Chef salah sebuah hotel yang menggunakan bahan campuran tidak halal ketika Ops Ramadan di ibu negara, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Ogos – Akibat kejahilan segelintir umat Islam, ada yang sanggup berbuka puasa dengan meminum arak di pub-pub di ibu negara.

Pelik, tetapi itulah hakikatnya yang berlaku di dua pub di Jalan Ampang, Bukit Bintang di sini yang berselindung di sebalik tawaran bufet Ramadan.

Tanpa berasa janggal, mereka menikmati bufet tersebut walaupun minuman yang disediakan hanya minuman keras.

Bagaimanapun, helah pub itu berakhir apabila diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, serbuan pada pukul 1 petang itu dilakukan selepas pihaknya mendapati pub berkenaan menawarkan bufet Ramadan.

“Kita mengesan pub-pub menawarkan bufet Ramadan itu berdasarkan iklan yang pada kain rentang yang digantung di depan premis.

“Dalam pemeriksaan pertama pub di Bukit Bintang, kita terkejut kerana minuman yang disediakan di situ hanyalah arak. Ini bererti pengunjung berbuka puasa dengan arak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menambah, makanan di pub berkenaan pula disediakan peniaga Islam yang menyewa dapur pub tersebut.

Mohd. Amri memberitahu, ketika pihaknya melakukan pemeriksaan di pub di Jalan Ampang pula mendapati keadaannya hampir sama walaupun pekerja pub tersebut terdiri daripada orang Islam.

“Bufet Ramadan disediakan, diletakkan di tepi bar yang penuh dengan arak manakala minuman untuk pelanggan berbuka puasa juga disediakan di situ.

“Berikutan itu, Jakim mengarahkan supaya pub tersebut menurunkan kain rentang yang mempromosi bufet Ramadan itu serta merta selain memberi notis supaya premis berkenaan tidak lagi menyediakan pakej untuk berbuka puasa.

“Malah kita juga meminta pub itu agar tidak mengklasifikasikan makanan yang disediakan adalah halal kerana premis tersebut tidak mempunyai sijil halal Jakim,” ujar beliau.

/// utusanmalaysia ///

128 total views, no views today

Facebook paparkan lokasi pengguna




SAN FRANCISCO 19 Ogos – Laman web rangkaian sosial, facebook semalam memperkenalkan aplikasi baru yang membolehkan penggunanya di Amerika Syarikat (AS) memberitahu rakan masing-masing di mana mereka berada.

Aplikasi facebook Places yang merupakan menyediakan perkhidmatan ‘berasaskan lokasi’ itu dijangka menarik minat pengguna telefon pintar yang dilengkapi teknologi penjejak satelit.

“Mulai hari ini anda boleh memberitahu rakan-rakan anda di mana lokasi kegemaran anda.

places 1699486c Facebook paparkan lokasi pengguna

Facebook Places

“Lokasi anda itu boleh dikongsi mengikut waktu nyata menggunakan teknologi di telefon bimbit anda,” kata pengurus produknya, Michael Eyal Sharon.

Pengguna facebook kini boleh ‘mendaftar masuk’ di beberapa tempat seperti restoran, bar atau tempat sosial lain dan membolehkan rakan di laman sosial itu mengetahui lokasi pengguna dan orang yang bersamanya.

Aplikasi Places untuk iPhone telah diperkenalkan dan pengguna rangkaian sosial dengan mana-mana telefon pintar dengan perisian web browser dilengkapi penjejak lokasi dan HTML5 boleh menggunakan melalui laman web telefon bimbit touch.facebook.com

“Jika tidak berada di AS, anda masih boleh melihat lokasi rakan-rakan anda yang berada di sini, cuma anda tidak boleh ‘mendaftar masuk’,” kata pengasas facebook, Mark Zuckerberg pada majlis pelancaran facebook Places di ibu pejabat mereka di California Utara semalam.

facebook merancang untuk memperbesarkan aplikasinya itu kepada semua telefon bimbit pintar yang boleh digunakan kepada kesemua 500 juta penggunanya di seluruh dunia.

Dalam pada itu, perkhidmatan rangkaian berdasarkan lokasi iaitu Gowalla dan Foursquare dijangka akan bersaing untuk membangunkan aplikasi Places yang baru diperkenalkan itu.

Gawalla dan Foursquare juga sebelum ini membolehkan penggunanya mendaftar masuk ke beberapa tempat bagi membolehkan rakan masing-masing mengetahui tentang lokasi terkini mereka. – AFP

/// utusanmalaysia ///

101 total views, no views today

‘Saya tak hina Sultan Johor’




ne 05.1 Saya tak hina Sultan Johor

NURHIDAYU menunjukkan laporan polis mengenai laman Facebook menggunakan wajahnya di Pasir Gudang, Johor semalam.


PASIR GUDANG – “Saya kini trauma dan begitu takut jika orang ramai memarahi saya sedangkan bukan saya yang buat akaun Facebook menghina Sultan Johor.’’

Demikian kata seorang pelajar kolej, Nurhidayu Ahmad Radzuan, 21, yang khuatir apabila mendapati dua gambarnya digunakan oleh pemilik sebuah akaun tidak bertanggungjawab di Facebook yang memburuk-burukkan institusi diraja Johor.

Nurhidayu berkata, dia hanya menyedari gambar-gambarnya digunakan individu terbabit dalam satu akaun Facebook Selasa lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Masai di sini pada keesokan harinya.

Menurutnya, pemilik akaun tersebut juga memuat naik gambar beberapa individu lain seolah-olah mereka sebenarnya yang mengendalikan akaun tersebut untuk menghina institusi diraja Johor dan raja-raja di negeri lain.

“Saya dapat tahu perkara ini apabila seorang rakan memberitahu ada orang menggunakan gambar saya di sebuah akaun Facebook, seolah-olah yang memburuk-burukkan Sultan itu adalah saya.

“Saya tidak tahu motif sebenar individu terbabit, jadi saya membuat keputusan membuat laporan polis bagi menjaga keselamatan diri,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Scientex di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Saifi Abd Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.’

// KOSMO ///

402 total views, 2 views today