
ALOR SETAR – Ketika peniaga lain menaikkan harga juadah berbuka berikutan kenaikan harga gula, berbeza pula dengan seorang peniaga di bazar Ramadan Stadium Darulaman di sini yang menjual kuih 10 sen sebiji.
Syed Azhari Syed Hamzah, 20-an, menjual dua jenis kuih iaitu kuih cekodok dan gelang.
Biarpun saiznya hanya sebesar ibu jari tangan orang dewasa, ia tetap mendapat sambutan baik daripada pengunjung.
Syed Azhari memberitahu, dua kuih itu menjadi pilihan ramai khususnya di kalangan golongan berpendapatan rendah.
Katanya, biarpun tidak memperoleh untung yang banyak tetapi dia gembira kerana kuih itu mendapat sambutan hangat pengguna.
“Lazimnya kuih-kuih ini cepat habis kerana harganya murah dan mampu dibeli oleh semua orang,” katanya.
/// kosmo ////
bagosla dia buat mcm tue. sambil tue boleh buat amal kat org susah.
org mcm ni patut di contohi.
betula tue… secara tak langsung memang bantu orang yang kurang kemampuan….
orang memang suka harga murah even saiz nya kecil
bile kuih tu saiz kecil dan murah…. bila beli nampak banyak….
maak ai..murahya..
kuih cuma 10 cent jerk..yelah logik kan..
kos buat kuih manelah mahal pon..
kalau buat cm2,kompem tak sampai sejam habis! hehehhee
sikit2 lama2 jadi bukit..hehe..kenyang gk kan..:-)
betul tue… yang penting kenyang perut tue…..
ha'ah…. MURAH GILER…. tapi kalau kat area utara memang harga kuih muih masih murah ….