
PASIR GUDANG – “Saya kini trauma dan begitu takut jika orang ramai memarahi saya sedangkan bukan saya yang buat akaun Facebook menghina Sultan Johor.’’
Demikian kata seorang pelajar kolej, Nurhidayu Ahmad Radzuan, 21, yang khuatir apabila mendapati dua gambarnya digunakan oleh pemilik sebuah akaun tidak bertanggungjawab di Facebook yang memburuk-burukkan institusi diraja Johor.
Nurhidayu berkata, dia hanya menyedari gambar-gambarnya digunakan individu terbabit dalam satu akaun Facebook Selasa lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Masai di sini pada keesokan harinya.
Menurutnya, pemilik akaun tersebut juga memuat naik gambar beberapa individu lain seolah-olah mereka sebenarnya yang mengendalikan akaun tersebut untuk menghina institusi diraja Johor dan raja-raja di negeri lain.
“Saya dapat tahu perkara ini apabila seorang rakan memberitahu ada orang menggunakan gambar saya di sebuah akaun Facebook, seolah-olah yang memburuk-burukkan Sultan itu adalah saya.
“Saya tidak tahu motif sebenar individu terbabit, jadi saya membuat keputusan membuat laporan polis bagi menjaga keselamatan diri,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Scientex di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Saifi Abd Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.’
// KOSMO ///
memang betul dengan fb ni
tu laa…. kena sentiasa berhati2 ….
isk2.. bahaya betul..kalau dia letak gambar aku…
payah kan kalau ade orang yang pedajal nie…
insecure!!
betul tue bro……
saya lah tunang mangsa.. kini 'Sultan Yang Setan' tuh aktif semula di facebook. skrg saya dah pun hide gmbr2 di facebook.l harap anda semua berhati2..
nampaknya semua orang kena berhati2….
bahay gak taruk gamabr dalam FB nie…pas nie taruk gambar Gaban jer lagi selamat…
memang kena sentiasa alert….. betul tak?
ye betul, berhati2lah saudara semua.. nak approve rakan pun sy just pilih yg sy kenal sahaja..
seeloknya begitu je laaa….. kalau tak kenal better tak payah approve…..