Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010




Sebagaimana yang kita tahu pasukan bolasepak KELANTAN telah berjaya

menjadi JUARA piala MALAYSIA setelah 89 tahun penantian sejak Piala HMS

MALAYA yang ditukarkan kepada PIALA MALAYSIA…. icon smile Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Semalam kebetulan time hari OFFDAY saya …. maka saya pun tak

melepaskan peluang untuk merasai kehangatan perlawanan akhir bolasepak

PIALA MALAYSIA di Stadium Bukit Jalil.

Menaiki komuter dari KAJANG ke BANDAR TASIK SELATAN kemudian

menaiki PUTRA LRT menuju stesen BUKIT JALIL.Memang mudah sebab

tak perlu nak fikir-fikir pasal nak parking kenderaan kita….

Tiket Putra LRT Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Warna tiket LRT yang sungguh feminin….

Dalam tren LRT tue memang kelihatan semuanya adalah penyokong pasukan

bolasepak KELANTAN.Masing-masing dengan pakaian rasmi mereka -warna

MERAH…..Kebetulan lak saya pakai baju merah time tu so takde diorang

jeling tajam kan……

Gambar penyokong red warrior 1 Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Ketibaan penyokong RED WARRIORS

Gambar penyokong red warrior 2 Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Ramai kan…. cuba kira ada brapa ramai dalam gambar nie ???

Sememangnya lepas apabila sampai kat perkarangan stadium tue boleh kata

99% tapak gerai jualan barangan dan cenderamata adalah dari pasukan

KELANTAN…. Kalau NEGERI SEMBILAN saya cuma perasan adalah DUA

gerai je laaa…..

Gerai jualan jersi Negeri sembilan Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gerai jualan JERSI NEGERI SEMBILAN

Gerai kelab penyokong negeri sembilan Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Penyokong RED WARRIOR di gerai N.SEMBILAN… maybe member dia kot…

Antara gerai jualan pertama berdekatan stesen STAR LRT

Vuvuzela piala malaysia Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Peniaga vuvuzela piala malaysia Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gambar penjual vuvuzela Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Memang ramai gak yang jual alat bunyian ( trumpet ) nie…..

Kalau anda semua biasa pergi tengok bola kat stadium terdapat banyak gerai

jualan makanan dan minuman…..tapi saya cuma sempat amik gambar

gerai KEREPEK nie jeee

Gerai jualan keropok n kerepek Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Keropok + Kerepek Sira …. Enak dimakan begitu sahaja….

Gambar beg jualan red warrior Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gambar pandangan sisi Piala Malaysia Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gambar close up piala malaysia Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Dapat tengok secara dekat PIALA MALAYSIA nie…. tiba-tiba ada sorang

brother nie tegur saya….

” Kalau nak amik gambar sambil pegang piala tu boleh…. tapi kena beli tiket

ITALK bernilai rm10 tapi rasa tak berbaloi la pulak…. huhuhu

Gambar penyokong di pintu stadium Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Pintu masuk KUNING stadium Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gerai barangan red warrior 1 Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gambar ulat tiket piala malaysia Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

‘ Urusniaga ‘ di hadapan Kaunter Tiket ……… Hehehehe…..

Jersi red pasukan kelantan Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Teddy bear red warrior Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Topi merah red warrior Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gambar penyokong fanatik kelantan Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Okey…. cukup sudah gambar eksklusif nie…. hik3x….

Jom layan lak video gol jaringan NEGERI SEMBILAN dan gol kemenangan

pasukan bolasepak KELANTAN……

Gol Penalti NEGERI SEMBILAN – Shahurain

Gol KELANTAN – Hairuddin Omar ( HAI-O)

Gol Kemenangan KELANTAN – Badru Radzi ( PIA )

p/s : Sesungguhnya saya BUKAN rakyat kelantan…. i’m rakyat jati PERAK…..

Saper2 nak amik gambar nie just kasi credit je la yea…

458 total views, 5 views today

Final Piala Malaysia 2010 : KELANTAN vs Negeri Sembilan




Kapten pasukan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abd. Razak (kiri) dan rakan sejawatannya dari Kelantan, Indra Putra Mahyuddin sudah bersedia untuk bertarung habis-habisan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. – UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

su 01.1 Final Piala Malaysia 2010 : KELANTAN vs Negeri Sembilan

/// utusanmalaysia ///

Percaturan terakhir

 Final Piala Malaysia 2010 : KELANTAN vs Negeri Sembilan

/// bharian ////

1st11kelantan Final Piala Malaysia 2010 : KELANTAN vs Negeri SembilanBarisan Kemungkinan Kelantan : Khairul Fahmi Che Mat

Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid

, Zairul Fitree Ishak, Muhd Badhri Radzi, Mohd Shakir Shaari,

Indra Putra Mahayuddin (KP), Mohd Norfarhan Muhammad, Hairuddin Omar

dan Norshahrul Idlan Talaha.

Nampaknya AGAK KETARA kan saya sokong TEAM KELANTAN…. bukan apa

saya menyokong team GOMO KELATE GOMO nie disebabkan KAPTEN

PASUKAN KELANTAN -Indra Putra Mahyuddin adalah orang PERAK….

Yess…. teman orang PERAK yea….

Apa yang pasti diharapkan game malam ini akan menghiburkan para

penyokong yang datang…..Dan diharapkan takde jaringan gol yang

sebegini ….

-Penjaga Gol yang memang OVER CONFIDENT !!!! LOL !!!!

p/s : Petang nanti nak pegi singgah Stadium Bukit Jalil – Nak amik gambar

suasana kehangatan Final Piala Malaysia 2010 di sana….

205 total views, no views today

Ambank Inspector ATM Launch -my 1st Gplus event




Semalam saya mendapat jemputan dari pihak NUFFNANG untuk menghadiri

Ambank Inspector ATM Launch – event yang pertama sejak saya menjadi ahli

NUFFNANG GLITTERATI PLUS.

=====================================================

Dear Glitterati+ member,

Thank you for expressing your interest in attending the Ambank Inspector

ATM launch! You’re cordially invited to the launch tomorrow, and to recap

again the details are as below:

Date: 28 October 2010 (Thursday)
Time: 2.30 pm
Venue: Lecture Theatre 12, Taylor’s University Lakeside Campus
No. 1, Jalan Taylor’s, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

======================================================

Ya , ianya bertempat Di Taylor’s University Lakeside Campus – tempat yang

sama ketika saya menghadiri Open Meeting Nuffnang Glitterati Plus pada

tempoh hari.

Ambank ATM Launch banner Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

Banner Ambank Inspector ATM Launch

Ambank ATM Launch banner 2 Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

Ada banner lagi…..

Seperti biasa kalau event sebegini saya akan tiba lebih awal…. dalam 1.30

dah sampai kat Lecture Hall 12 tu… cuma saya tak nampak member dari

NUFFNANGERS pun.Tak lama lepas tu baru la saya perasan CHEAMSTER

dan Kak Ina pun sampai…..Dan saya juga berkesempatan untuk berkenalan

dengan blogger LuckyStrike14.

So dalam pukul 3 majlis pun dimulakan setelah ketibaan VVIP dari

Universiti Taylor dan Ambank

Ambank lady MC Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

-Lady in red – MC pada hari itu

Ambank ceo speech Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

-Ucapan/penerangan mengenai Ambank Inspector ATM Launch

Atm launch slide 1 Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

Ambank opening info Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

-Pelancaran dengan kerjasama 7 eleven ( rangkaian serbaneka ),WINCOR

NIXDORF dan RHM ( Redhot Media International Limited )

Ambank on FB Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

Pihak Ambank melancarkan program ini dengan FACEBOOK kerana potensi

capaian maklumat yang meluas dan releven pada masa kini.Dan dikatakan

penduduk MALAYSIA adalah pengguna tertinggi yang paling aktif online

FACEBOOK setiap hari di DUNIA ….

Ambank achievement Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

Antara Kelebihan dan Pencapaian pihak Ambank

Kelebihan JV 7ELEVEN Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

-Kelebihan ATM Ambank di outlet 7 Eleven

Ambank list ATM Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

-Terdapat lebih kurang 400 ATM machine di 7 Eleven seluruh MALAYSIA

Ambank Taylors branch Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

Ambank akan melancarkan secara rasmi ATM Ambank di University Taylor

pada Disember 2010.Apakah blogger NUFFNANGER akan dijemput ?

sama-sama kita tunggu.

Sebenarnya sebelum majlis bermula kami pihak media ( cetak , elektronik )

dan para blogger telah diberikan sedikit taklimat mengenai Ambank Inspector

ATM Launch nie

Khadijah Ambank echannel Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

Cik Khadijah – Eksekutif eChannel Ambank

Secara ringkasnya saya faham la konsep dan idea mengenai mengapa program

ini dilancarkan.

Ambank CEO n taylor CEO Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

Sessi SOAL JAWAB pihak Ambank dengan media yang hadir

Ambank launch moment Ambank Inspector ATM Launch  my 1st Gplus event

Detik pelancaran Ambank Inspector ATM Launch

Setelah selesai majlis perasmian kami dihidangkan dengan jamuan di salah

sebuah restoran di Universiti Taylor nie( itu another post entry ).Dan next

post entry saya akan bercerita mengenai bagaiman nak join contest

Ambank Inspector ATM Launch nie yea…

282 total views, no views today

Sistem operasi Blackberry 9800 Torch lebih efisien




me 02.1 Sistem operasi Blackberry 9800 Torch lebih efisien

BLACKBERRY Touch lebih unggul menerusi tawaran sistem operasi baru, BlackBerry 6 dan rekaan gelongsor eksklusif.


MENERUSKAN kecemerlangan legasi telefon bimbit pintar BlackBerry, buat pertama kalinya, ia ditampilkan dalam reka bentuk gelongsor.

Dibawa oleh syarikat inovasi terkenal, Research In Motion (RIM), peranti selular yang dikenali sebagai BlackBerry Torch 9800 itu disempurnakan bersama kombinasi kawalan fungsi papan kekunci QWERTY dan juga skrin sentuh penuh.

Menerusi sistem operasi terbarunya, BlackBerry 6 pula, produk telekomunikasi itu bakal melengkapkan pelaksanaan aktiviti sama ada untuk tujuan sosial mahu pun bisnes.

Menurut Pengarah Urusan Asia Tenggara RIM, Gregory Wade, BlackBerry Torch disempurnakan dengan kelebihan reka bentuk menarik dan ciri spesifikasi yang dipertingkatkan.

”Produk ini turut menawarkan pengalaman operasi multimedia cemerlang selain kemudahan memuat turun pelbagai aplikasi kegemaran menerusi platform BlackBerry Application World.

”Sehingga hari ini, lebih 1.5 juta aplikasi telah di muat turun oleh para pengguna BlackBerry setip hari melalui platform ini,” jelasnya pada majlis pelancaran model tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

BlackBerry Torch dipacu menggunakan pemproses berkuasa 624 Mhz dengan memori flash 512 megabit (MB).

Keunikan spesifikasinya dapat dilihat menerusi kehadiran pad trek optik untuk navigasi lebih lancar dan cepat serta paparan skrin luas bersaiz 3.2 inci.

Dari segi memori, ia mempunyai ruang storan binaan dalam berkapasiti empat gigabit (GB) selain menyokong kad memori microSD dan SDHD sehingga 32 GB.

Bagi fungsi pengimejan pula, kameranya didatangkan bersama resolusi lima megapiksel, 11 mod rakaman, fungsi pemfokusan auto, penstabilan imej, geotagging dan rakaman video.

Sesuatu yang menarik mengenai sistem operasi BlackBerry 6, paparan antara mukanya lebih mudah dan diintegrasikan bersama beberapa capaian aplikasi seperti pesanan BlackBerry (BBM), Facebook, Twitter dan MySpace melalui fungsi Social Feeds.

Untuk kemudahan pelayaran, Torch 9800 mampu menyokong capaian akses laman web sehingga 14 muka secara serentak dengan fungsi pemfokusan boleh dijalankan hanya menerusi sentuhan skrin sebanyak dua kali.

Tidak cukup dengan itu, model ini turut didatangkan bersama fungsi pencarian universal untuk membolehkan pengguna mencari apa juga kandungan pada telefon bimbit pintar itu secara lebih cepat.

Pada pelancaran itu juga, pihak RIM turut mengumumkan Brightstar sebagai syarikat pengedar rasmi untuk produk BlackBerry di Malaysia.

Untuk itu, pengguna yang membeli mana-mana model telefon bimbit BlackBerry menerusi Brightstar akan mendapat jaminan perkhidmatan pelanggan selama 24 bulan.

Para pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan awal bagi model BlackBerry Torch, sila layari laman web www.blackberry.com/my/torch.

///utusanmalaysia ///

-iklan Blackberry Torch 9800

188 total views, no views today

Guru di AS dipecat kerana bermain cinta di FACEBOOK




du 04.1 Guru di AS dipecat kerana bermain cinta di FACEBOOK

CHADWIN REYNOLDS


NEW YORK – Sekurang-kurangnya tiga orang guru di sekolah tinggi awam di New York telah dipecat dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini kerana mempunyai hubungan kurang sesuai dengan pelajar menerusi laman sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Salah seorang daripada mereka ialah bekas guru seni di sekolah tinggi Fordham di Bronx, Chadwin Reynolds, 37, yang ‘berkawan’ dengan ramai pelajar perempuan.

Menurut akhbar New York Post, dia pernah menulis komen-komen berbaur seks di bawah beberapa gambar di Facebook.

Menurut satu suruhanjaya siasatan khas sekolah-sekolah di New York, Reynolds juga didakwa cuba memujuk seorang remaja agar keluar bersamanya dengan cara mendapatkan nombor telefon, menghantar bunga, gula-gula dan patung beruang.

Dia bagaimanapun menegaskan bahawa kesnya ditutup setelah Jabatan Pendidikan (DOE) mendapati dakwaan-dakwaan ke atasnya adalah tidak sah.

Namun, DOE mengesahkan Reynolds dipecat kerana skandal tersebut.

Seorang bekas pekerja DOE, Laurie Hirsch pula dipecat pada Mei lalu kerana menjalin hubungan dengan seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun.

Dia meletakkan gambarnya bercium dengan pelajar terbabit yang menyebabkan siasatan dilakukan.

Pelajar itu memberitahu dia telah melakukan hubungan seks sebanyak 10 kali di pangsapuri Hirsch pada tahun lalu. Rekod menunjukkan terdapat 2,700 panggilan telefon dibuat dalam tempoh enam bulan.

Seorang guru lelaki gantian di Manhattan, Stephen D’Andrilli juga didapati ‘berkawan’ dengan beberapa pelajar perempuan di Akademi Essex Street dan menghantar mesej-mesej yang tidak sepatutnya.

D’Andrilli pernah menghantar mesej kepada seorang pelajarnya bahawa teman lelakinya itu tidak berhak memiliki perempuan yang secantiknya.

Sementara itu, seorang guru di sekolah tinggi La Guardia dikatakan memberi markah lebih kepada pelajar yang ‘berkawan’ dengannya di Facebook.

Dia bagaimanapun tidak dikenakan tindakan. – Agensi.

/// kosmo //

289 total views, 2 views today