Sesungguhnya cabang seni itu ada pelbagai – samada lukisan , nyanyian ,
lakonan mahupun penyampaian sajak…. Namun antara trend remaja masa kini
( bunyi macam dah tua jee….. ) mereka gemarkan lukisan mural yang dipanggil
GRAFITI…. lebih kurang conteng-conteng kat dinding tue….
Cuma pada minggu lepas dalam perjalanan saya nak pergi pergi ke PLAZA LOW
YAT….
Mata saya tertarik terhadap suatu hasil lukisan ‘seni’ di salah satu dinding…..
KILL FRIED CHICKEN ????
Whoaaa…. terkezut kejap tengok gambar nie…. Dalam hati saya berkata….
apa la mesej yang nak cuba disampaikan oleh orang yang buat lukisan nie…..
Saya rasa kat MALAYSIA nie memang ramai yang berbakat pasal lukisan
GRAFITI nie…. cuma mungkin diorang takde saluran yang betul untuk
mengembangkan bakat semulajadi yang mereka ada……
p/s : Aktiviti sebegini perlukan pemantauan agar tidak mencacatkan
pemandangan bandar-bandar di negara kita




























