Sesungguhnya SEPAKTAKRAW adalah permainan tradisi negara kita
MALAYSIA yang kini semakin mendapat tempat di SUKAN ASIA 2010 dan
beberapa kejohanan peringkat DUNIA….
Setiap kali ada perlawanan SEPAKTAKRAW pastinya akan membuat saya amat
teruja menonton.Cuma masih belum berpeluang tengok gaya permainan yang
hebat itu secara langsung depan mata….. Sedikit AKSI MENARIK semasa
pasukan sepaktakraw MALAYSIA vs CHINA tempohari dalam acara
berpasukan….. Malaysia menang 2-1

Libasan pemain MALAYSIA yang cuba di’block’ oleh pemain CHINA

Cuba tengok betul-betul…. pemain MALAYSIA tu tanduk atau LIPAT bola tue ?

Service judge pun hampir-hampir jadi MANGSA TERJAHAN….. hahahaha
Nampak gayanya secara tiba-tiba pasukan sepaktakraw CHINA sudah memberi
amaran yang mereka akan memberikan saingan dalam kejohanan sepaktakraw
yang akan datang…..
Dengan mengikut teknik pasukan sepaktakraw THAILAND – Servis KUDA
dan DOUBLE KILLER merupakan cara yang efektif bagi pasukan ‘baru’
sepaktakraw seperti CHINA dan KOREA SELATAN….Semoga pasukan
MALAYSIA akan terus sukses dalam usaha merangkul PINGAT EMAS
p/s : Berharap sukan sepaktakraw akan diterima dalam SUKAN
OLIMPIK di masa akan datang
