Malam semalam ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah HUJAN turun
dengan amat lebat sekali.Lama juga….. memang basah kuyup la bagi
penunggang motorsikal macam saya nie….
Kebetulan pula pagi semalam sempat juga saya tengok rancangan MHI ( tv3 )
temuramah penyanyi KHATIJAH IBRAHIM dan presiden MALAYSIA FRANCHISE
ASSOCIATION (MFA) untuk buat jamuan makan malam amal untuk bantuan
mangsa banjir di kedah dan perlis.Kata mereka …. selain wang ringgit mangsa
banjir ini memerlukan sumbangan seperti….
Penyembur nyamuk ( Ridsect , Sheildtox , Bygone )
Ubat nyamuk
Tisu tandas dan tisu kotak
Ubat gigi
Shower gel – untuk mandian
Penyapu pelbagai saiz
Serbuk pencuci pakaian
Pencuci pinggan mangkuk
Makanan segera
Minyak masak
Makanan dalam tin
Beras kampit – yang nie penting….
Air mineral – keperluan untuk minum air bersih….
Itulah antara barangan keperluan yang kebiasaan yang diperlukan untuk
mangsa-mangsa banjir di kedah mahupun perlis.Tidak lupa juga di negeri
kelantan yang mengalami masalah yang sama…. Kita sebagai manusia biasa
usaha apa yang termampu bagi meringankan beban mereka ini…..
Mungkin masalah yang mereka hadapi sekarang ini adalah suatu peluang
kepada diri kita untuk memberikan derma,bantuan dan sedekah kepada
yang memerlukan
p/s : Rakyat MALAYSIA adalah orang terawal menghulurkan bantuan jika ada
berlakunya bencana di dalam mahupun luar negara…..













