Monthly Archives: November 2010

1,000 budak dikhatan beramai-ramai




dn 11.1 1,000 budak dikhatan beramai ramai

SEBAHAGIAN daripada 1,000 kanak-kanak disiram air menggunakan pili bomba pada majlis berkhatan beramai-ramai di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, semalam. – mingguan malaysia/AZLAN BAHRUM


DUNGUN 27 Nov. – Bagaikan satu pesta rakyat. Itulah yang boleh digambarkan apabila penduduk di daerah ini meraikan kira-kira 1,000 kanak-kanak lelaki yang bakal menjalani perjalanan ke ‘alam dewasa’ pada satu majlis di sini hari ini.

Majlis Pelancaran Berkhatan Beramai-ramai Daerah Dungun anjuran Pejabat Daerah ini turut menyaksikan kehadiran kira-kira 2,000 ibu bapa selain pemimpin masyarakat.

Kanak-kanak berusia antara 10 hingga 13 tahun tersebut yang berkumpul di kawasan Pejabat Daerah di sini kemudian diarak ke Dataran Dewan Merdeka iaitu sejauh kira-kira 100 meter pada pukul 9.15 pagi.

Kanak-kanak yang tinggal di 100 buah kampung di daerah ini diarak dengan pelbagai cara termasuk menggunakan basikal, kereta sorong selain duduk di atas bahu bapa masing-masing.

Mereka kemudian dihiburkan dengan persembahan silat dan tomoi sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za‘abar Mohd. Adib.

Selesai majlis perasmian, kanak-kanak berkenaan disuap dengan ‘nasi semangat’ dan mereka kemudian diberikan cabutan nombor ‘bertuah’.

Kira-kira 30 kanak-kanak berkenaan yang bertuah menerima hadiah basikal dan kereta mainan kawalan jauh. Majlis pelancaran berkenaan ditutup dengan jamuan rakyat.

Za‘abar berkata, kanak-kanak berkenaan akan mula dikhatan secara percuma di tiga lokasi iaitu Pejabat Kesihatan Daerah dan Hospital Dungun selain sebuah klinik di Bukit Besi bermula esok.

/// utusanmalaysia ///

Motorola XT720 – Lebih nipis dan funky




in 04.1 Motorola XT720   Lebih nipis dan funky

TELEFON pintar ini menggunakan sistem operasi Android 2.1 dan sensorkamera ditingkatkan ke lapan megapiksel.


VERSI terkini Motorola Milestone iaitu XT720 mempunyai reka bentuk berbeza dengan model sebelumnya kerana menerapkan ciri skrin sentuh sepenuhnya. Sensor kamera juga ditingkatkan daripada lima kepada lapan megapiksel dengan tambahan pencahayaan Xenon.

Tanpa pad kekunci, ia tampil lebih nipis namun reka bentuk yang funky dikekalkan. Kehebatan telefon pintar ini terletak pada kehebatan sistem operasi Android 2.1 yang menyokong pelbagai akaun, Microsoft dan HTML serta mempunyai pemproses 550MHz.

XT720 turut dilengkapi upaya rakaman video 720p tetapi pengguna perlu membeli kad mikroSD yang mempunyai ruang memori sekurang-kurangnya 4 gigabit secara berasingan untuk merakam video yang panjang kerana ia tidak diletakkan di dalam satu pakej.

Bagaimanapun, rakaman video tidak sebagus rakaman gambar pegun kerana ia masih menangkap bunyi bising persekitaran. Kualiti rakaman objek bergerak juga pada kadar memuaskan.

Sungguhpun begitu, rakaman gambar pegun amat baik dan dapat menghasilkan gambar cantik di bawah pencahayaan yang bagus. Dalam keadaan pencahayaan kurang pula, fungsi lampu kamera mampu membantu menjelaskan rakaman objek dekat. Bagi menambah nilai, proses penyuntingan warna dapat dilakukan sebagai sokongan hasil akhir.

Dengan XT720, fungsi pelbagai tugas dapat dibuat dengan memuaskan. Walaupun banyak fail dibuka serentak, telefon pintar ini masih bekerja dengan pantas walaupun pemprosesannya ‘bekerja’ lebih kuat. Baterinya juga tahan sehingga dua hari dalam ujian penggunaan sederhana. Itu suatu ciri yang hebat untuk sebuah telefon Android.

Caj semula dapat dilakukan melalui slot mikro USB yang turut berfungsi menghantar data. Fon kepala 3.5 milimeternya juga merupakan ciri tambahan dengan kawalan volum terdapat pada sisi kanan telefon pintar ini.

Sekiranya pengguna tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli kad memori berasingan dan berpuas hati dengan reka bentuknya, XT720 merupakan Android yang disyorkan.

Video promo Motorola XT720

/// kosmo ///

Jom Makan KARIPAP BESAR TELUR REBUS




Hurmm….. tengahari ini takde mood la pulak nak makan nasik untuk makan

tengahari… Sekadar  makan kek yang dibawa oleh member opis jee …

blueberry flavor  Jom Makan KARIPAP BESAR TELUR REBUS

Perisa Blackberry

cheese flavor1  Jom Makan KARIPAP BESAR TELUR REBUS

Perisa Cheese

fruit flavor  Jom Makan KARIPAP BESAR TELUR REBUS

Perisa Buah+Pisang

Dah habis makan each one of slices kek-kek tue… tiba-tiba ada member opis

bawa KARIPAP BESAR TELUR REBUS….. Lama gila tak makan makan nie

sebab rasanya memang sedap  icon smile  Jom Makan KARIPAP BESAR TELUR REBUS

karipap besar  Jom Makan KARIPAP BESAR TELUR REBUS

Saya sorang je makan dua bijik….

karipap zoom  Jom Makan KARIPAP BESAR TELUR REBUS

Potong DUA supaya mudah untuk dimakan…..

karipap telur zoom  Jom Makan KARIPAP BESAR TELUR REBUS

Zoom skit……  Sedap dan mengenyangkan…..

p/s: Ada tak sapa-sapa yang offer saya buat FOOD TESTING…… hehehhee

Atlit Sukan Asia 2010 – Mata Keranjang




Kalau sebelum ini ketika saya membuat post entry mengenai GADIS PENYERI

SUKAN ASIA 2010 , ada komen betapa kehadiran mereka sedikit sebanyak

menganggu tumpuan ketika menonton perlawanan yang berlangsung…..

Namun bukan kita saya yang tertarik untuk melihat mereka… para atlit juga turut

terpesona dengan rupa paras dan cara mereka berpakaian…..Ini buktinya…..

Atlet11 Atlit Sukan Asia 2010   Mata Keranjang

Atlet2 Atlit Sukan Asia 2010   Mata Keranjang

Atlet3 Atlit Sukan Asia 2010   Mata Keranjang

Atlet4 Atlit Sukan Asia 2010   Mata Keranjang

Atlet5 Atlit Sukan Asia 2010   Mata Keranjang

Atlet6 Atlit Sukan Asia 2010   Mata Keranjang

Atlet7 Atlit Sukan Asia 2010   Mata Keranjang

Atlet8 Atlit Sukan Asia 2010   Mata Keranjang

Atlet9 Atlit Sukan Asia 2010   Mata Keranjang

Atlet10 Atlit Sukan Asia 2010   Mata Keranjang

Rupa-rupanya bukan atlet lelaki je nakal suka menjeling-jeling kat diorang

nie…..Atlet perempuan ( angkat berat ) pun interested jugak…..Hehehehehe

Rasanya daya tarikan mereka ini sama je dengan ‘gadis litar’ lumba mahupun

model kereta ataupun model SEKSI PC FAIR…..

p/s : Teringin nak tengok sukan ASIA dan OLIMPIK secara live di stadium….

Terlepas FREE SCREENING GSC MAXX




Hari Isnin yang lalu saya ada terbaca mengenai pembukaan rasmi GSC MAXX

di Berjaya Times Square.Dan pihak GSC ada menawarkan FREE SCREENING

bersempena pelancaran pawagam tersebut…..

Saya ingatkan launching majlis tu hari ni….. malangnya tayangan filem PERCUMA

itu adalah pada 23-24 NOVEMBER 2010.Hurmmm…. terlepas la sudah…..

2gscmaxx opening 02 Terlepas FREE SCREENING GSC MAXX
2gscmaxx opening 03 Terlepas FREE SCREENING GSC MAXX
2gscmaxx opening 04 Terlepas FREE SCREENING GSC MAXX
2gscmaxx opening 05 Terlepas FREE SCREENING GSC MAXX

Tapi takpa…. One fine day saya akan pergi jugak ke sini walaupun biasanya buat

MOVIES MARATHON kat GSC MIDVALLEY je….Bukan apa sekadar nak merasa

tengok movie kat SKRIN TERBESAR di pawagam MALAYSIA…..

p/s : Isnin saya nak buat movies marathon lagi….Sapa nak join…saya BELANJA…