Food Blogger Malaysia I Food Review

Navigation
  • Home
  • Siapa Saya?
  • Makanan Sedap
  • HUBUNGI SAYA

Khasiat rebusan asam gelugur

December 6, 2010 by hazman 5 Comments




ADA wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.

http://rimba.um.edu.my/AsamGelugor.jpg

Ternyata asam gelugur atau nama botaninya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan.

Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.

Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.

l HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

l Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.

asam-gelugor-keping

sumber

Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

///utusanmalaysia///

1,420 total views, 1 views today

No related posts.

Filed Under: informasi Tagged With: asam gelugur keping, gambar asam gelugur, jus asam jawa, kegunaan asam gelugur, khasiat asam gelugur, pakar nutrisi pemakanan, penjagaan tubuh badan, petua kesihatan, resepi maskan asam gelugur, tips pelangsingan badan

« Pengasas Facebook dakwa e-mel sudah mati
Lagu & Lirik Lagu Sambutan MAAL HIJRAH ( 1 Muharram ) »

Comments

  1. sharinginfoz says

    December 6, 2010 at 8:03 PM

    hmmmmm lepas tengok benda alah ni terasa aja masam lidah ni

    Reply
    • species1980 says

      December 6, 2010 at 9:54 PM

      whoaaa… dasat betul deria rasa bro…. ;-p

      Reply
  2. species1980 says

    December 6, 2010 at 9:53 PM

    yeappp…… nanti boleh la kongsi petua ngan saya pula yea….

    Reply
  3. tiyangatmojo says

    February 22, 2013 at 12:00 PM

    Waaa…tips nya oke punya,,saya nak menurunkan berat badan,thanks
    tiyangatmojo´s last blog post ..Gejala, Tanda Peringatan Dini, dan Faktor Risiko Kanker Ovarium

    Reply
  4. mohdridzwan says

    August 23, 2014 at 4:35 AM

    Wan suka makan time buat laksa ja.
    mohdridzwan´s last blog post ..6 Perkara Tidak Benar Tentang Alexa

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts
Protected by WP Anti Spam

Buat Duit Dengan UBER !!!

AQIQAH dan QURBAN

Kotak Carian TOPIK ANDA !!!

TOPIK HANGAT BULAN INI

Copyright © 2018 · HazmanFadzil.com · Built on the Genesis Framework · Powered by WordPress