Salam
Hari ini adalah cuti umum sempena Sambutan MAAL HIJRAH ( 1 Muharram )
tapi pekerja syif seperti saya …. tetap bekerja seperti biasa mengikut jadual
tugas yang diberikan.
Selain sambutan MAAL HIJRAH di setiap pelusuk negeri …. kengkawan ofis saya
juga ada yang mengambil bahagian dalam Perarakan MAAL HIJRAH bagi
mewakili Syarikat….Memang seronok katanya sebab dapat terpilih mengambil
bahagian setiap tahun ….
Namun apa yang sinonim dengan sambutan MAAL HIJRAH ini adalah lagu
“TEMA” yang popular…. Mari sama-sama kita nikmati …
Lagu tema Sambutan MAAL HIJRAH
Lirik lagu Sambutan MAAL HIJRAH ( 1 Muharram )
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
p/s : Bagaimana pengalaman anda menyambut MAAL HIJRAH ?

Twitter: sharinginfoz
selamat tahun baru
salam maal hijrah……
Salam maal hijrah.
btw, ko kene tag nie http://www.ciklilyputih.com/2010/12/jom-join-blog…
sama2 la kita…. okey next post aku tag nanti… ;-p
tak sempat nak sambut sangat tahun ni… huhuhu
biasa laaa…. sambut HIJRAH untuk jadi daddy cool ….. ;-p