Monthly Archives: January 2011

Muka surat pengasas Facebook digodam




SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Pengurusan laman sosial Facebook meningkatkan tahap keselamatan laman itu selepas muka surat milik pengasas laman itu, Mark Zuckerberg digodam oleh seorang penggodam misteri pada Selasa lalu.

217784 facebook hackcredittechcrunch original Muka surat pengasas Facebook digodam

source

Penggodam siber yang dikenali dengan nama #hackercup2011 itu menyatakan dalam muka surat Zuckerberg di Facebook: “Mari mulakan penggodaman. Jika Facebook memerlukan wang, selain pergi ke bank, mengapa Facebook tidak membenarkan pengguna-penggunanya melabur dalam Facebook dalam satu bentuk sosial?

Kenapa tidak mengubah Facebook menjadi satu bisnes sosial, pendekatan yang digunakan oleh pemenang Anugerah Nobel, Muhammad Yunus.”

Muhammad Yunus dari Bangladesh pernah memenangi Hadiah Nobel kerana dia menubuhkan Bank Grameen bagi memberi pinjaman kepada penduduk miskin.

Lebih 1,800 orang menyukai entri itu sebelum ia dipadamkan.

Pada Sabtu lepas, penggodam komputer turut menceroboh muka surat Facebook milik Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan menghantar mesej bahawa beliau akan berundur pada tahun depan. – Agensi

/// kosmo ///

Gambar & Video Kelantan vs Selangor 2011 -Piala Sumbangsih

UPDATE TERKINI : Kelantanvs Selangor 1-1 >>> KLIK DI SINI <<<<
UPDATE : KELANTAN vs SELANGOR -Piala F.A 5-1  >>> klik di sini <<<

110129202435 Gambar & Video Kelantan vs Selangor 2011  Piala Sumbangsih

PENYOKONG KECIL… Anak kecil ini dipakaikan lilitan kepala Selangor ketika dia dibawa masuk oleh kedua ibu-bapanya ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih antara Selangor dan Kelantan, di Shah Alam, 29 Jan. – Utusan

110129202155 Gambar & Video Kelantan vs Selangor 2011  Piala Sumbangsih

BEGINILAH gelagat dua gadis yang juga penyokong fanatik Kelantan ketika hadir menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelantan selaku juara Piala Malaysia dan juara Liga Super, Selangor di Stadium Shah Alam, Selangor, 29 Jan. – Utusan
su 01.1 Gambar & Video Kelantan vs Selangor 2011  Piala Sumbangsih

Penyerang Selangor, Mohd. Fadzli Shaari (tengah) cuba melepasi dua pertahanan Kelantan pada Perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, semalam. -
su 01.1 Gambar & Video Kelantan vs Selangor 2011  Piala Sumbangsih

PEMAIN dan pegawai pasukan Kelantan meraikan ke jayaan mereka muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Gol pertama Kelantan – Norsharul Idlan Talha – PENALTI

Gol kedua Kelantan -Badri Razi -PIA – Freekick

Laman Facebook Presiden Perancis digodam




du 03.1 Laman Facebook Presiden Perancis digodam

LAMAN Facebook milik Nicolas Sarkozy


PARIS – Beberapa penggodam komputer berjaya menceroboh muka surat Facebook milik Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan menghantar mesej bahawa beliau akan berundur pada tahun depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Mesej itu bermakna lebih 350,000 rakan Facebook Sarkozy telah menerima mesej palsu berhubung peletakan jawatannya itu.

Mesej itu turut disebarkan kepada beribu-ribu pengguna Facebook sekali gus menggemparkan orang ramai yang keliru tentang kesahihannya.

Dalam mesej berkenaan, Sarkozy kononnya dilaporkan menulis: “Rakan-rakan seperjuangan sekelian, ekoran situasi luar biasa yang menimpa negara kita (Perancis), Saya mengambil keputusan untuk tidak bertanding semula pada pilihan raya 2012.”

Mesej itu turut mengandungi pautan kepada satu lagi muka surat Facebook bertajuk Selamat Tinggal Kepada Nicolas Sarkozy yang mengundang orang ramai supaya berhimpun di luar restoran Le Fouquet, Paris pada 6 Mei 2012 untuk meraikan pengunduran beliau.

Namun, semalam, presiden berusia 55 tahun itu menggantikan mesej palsu tersebut dengan mesej sebenar untuk memohon maaf di atas kelemahan keselamatan yang berlaku sehingga muka surat Facebook tersebut digodam. – Agensi

/// kosmo///

PERTANDINGAN REKAAN T-SHIRT FOTOTEACHER.COM




Poster Pertandingan Rekaan T shirt PERTANDINGAN REKAAN T SHIRT FOTOTEACHER.COM

PERTANDINGAN REKAAN T-SHIRT

Spesifikasi rekaan:

  • Rekaan adalah untuk  round neck T-shirt sebarang warna
  • Rekaan mestilah sesuai untuk dibuat cetakan silk screen untuk 1 warna sahaja (sebarang warna boleh digunakan)
  • Mesti ada tulisan fototeacher dalam rekaan t-shirt (font untuk fototeacher ialah font jenis Impact dan menggunakan huruf kecil untuk semua huruf)
  • T-shirt mestilah bertemakan STREET PHOTOGRAPHY. Anda boleh masukkan imej, lambang, corak, tulisan dan sebagainya yang melambangkan STREET PHOTOGRAPHY. (Tidak semestinya ada tulisan STREET PHOTOGRAPHY dalam rekaan anda, anda boleh gunakan perkataan lain yang berkaitan STREET PHOTOGRAPHY mengikut kreativiti anda)

Lain-lain syarat:

  • Rekaan yang telah siap hendaklah dihantar kepada kami dalam fail JPEG dengan saiz 800X800 pixel
  • Hantarkan rekaan anda kepada: hasnuddin@gmail.com
  • Pada tajuk e-mel sila tuliskan PERTANDINGAN REKA T-SHIRT
  • Di dalam e-mel sila nyatakan nama penuh dan nombor telefon anda
  • Tarikh tutup pertandingan ialah pada 30 Januari 2011
  • Pihak kami akan pilih 1 rekaan terbaik (1 pemenang sahaja) dan pihak kami berhak menggunakan rekaan tersebut untuk mencetak T-shirt untuk dijual oleh pihak FOTOTEACHER.COM
  • Sekiranya didapati tiada rekaan yang sesuai digunakan, maka tiada pemenang akan dipilih
  • Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda inginkan
  • Pemenang akan diumumkan sebelum 7 Februari 2011 di dalam Facebook Fototeacher dan akan dihubungi melalui e-mel atau telefon
  • Pemenang akan diberikan hadiah berupa Canon Lens Mug dan Canon Lens Thermos bernilai RM150, tiada ganjaran lain akan diberikan (samada royalti jualan T-shirt dan seumpamanya)
  • Keputusan tentang rekaan terbaik (pemenang) akan dibuat oleh pihak FOTOTEACHER dan keputusan adalah muktamad
  • Jika terdapat sebarang kekeliruan di dalam terma dan syarat pertandingan, pihak FOTOTEACHER berhak membuat keputusan muktamad

BINA KATA LALUAN ( Password )




Bagaimana untuk membina kata laluan yang kuat dan selamat?

password star BINA KATA LALUAN ( Password )

source

Beberapa panduan boleh diikuti untuk membina kata laluan iaitu:-

* Tidak menggunakan maklumat peribadi seperti nama, nombor plat kereta dan lain-lain.

* Tidak menggunakan perkataan yang biasa digunakan dalam sesuatu bahasa seperti buku, sekolah dan lain-lain.

* Pastikan perkataan yang dibina untuk kata laluan menggabungkan pelbagai jenis aksara seperti huruf, simbol dan angka.

* Pastikan kata laluan yang dibina tidak digunakan oleh aplikasi atau sistem komputer yang lain.

* Pertukaran kata laluan yang digunakan bagi setiap 30 atau 60 hari sekali.

* Menggunakan kata laluan yang sukar untuk diteka oleh pihak lain.

* Panjang aksara yang digunakan untuk satu kata laluan adalah antara 12 hingga 15 aksara. Lebih panjang lebih baik kerana ia lebih sukar untuk dipecah masuk.

* Kata laluan yang dibina boleh menjadi satu singkatan bagi satu ayat yang panjang bagi memudahkan untuk mengingatinya

-utusanmalaysia-