Monthly Archives: January 2011

Pengasas Google beli kapal layar terpakai




du 01.1 Pengasas Google beli kapal layar terpakai

Kapal layar milik Larry Page yang dibeli pada harga RM137.7 juta. Gambar kecil Larry Page dan isterinya.


CALIFORNIA – Pengasas enjin carian, Google di Internet, Larry Page menyertai ‘kelab pemilik kapal mewah’ apabila dia membeli sebuah kapal layar mewah terpakai yang bernilai kira-kira AS$45 juta (RM137.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Kapal yang diberi nama Senses itu dibeli daripada seorang pengusaha arak dari New Zealand, Sir Douglas Meyer yang telah menggunakannya sejak 1999.

Senses yang bersaiz 58.8 meter itu dilengkapi dengan tapak pendaratan helikopter, gimnasium, dek bertingkat, 10 bilik mewah, 14 orang anak kapal dan rekaan dalaman dari pereka terkenal Perancis, Philippe Starck.

Page, 37, menerima kapal mewah terpakai itu daripada Meyer menjelang tahun baru lalu.

Page yang berkahwin dengan seorang model, Lucinda Southworth pada 2007 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki berumur setahun.

Dia dianggarkan mempunyai kekayaan kira-kira AS$15 bilion (RM45.9 bilion). – Agensi

Roti Tisu itu memang MANIS




Pada hari sabtu lepas saya ditugaskan untuk print carta organisasi persatuan

NGO yang saya diamanahkan ketua jabatan.Oleh kerana kena print untuk saiz

kertas A3 berwarna maka kena pergi kedai color printing untuk dapatkan hasil

cetakan.

Sementara cetakan siap saya singgah di salah sebuah restoran mamak di bangi

untuk minum petang.Pada mulanya saya teringin nak makan….

mamak1 Roti Tisu itu memang MANIS

MEE MAGGI sebab nampak menarik je bila disusun sebegini…

mamak2 Roti Tisu itu memang MANIS

Tapi bila tengok mamak nie terus saya ubah fikiran dan terus order….

mamak3 Roti Tisu itu memang MANIS

ROTI TISU satu….. !!!

mamak4 Roti Tisu itu memang MANIS

Walaupun ROTI TISU nie rangup tapi rasanya manis sebab ditabur gula

di sebelah dalamnya….

mamak5 Roti Tisu itu memang MANIS

Untuk mengekalkan kesihatan… saya just minum air masak untuk mengawal

kandungan gula dalam badan agar tidak berlebihan….. icon wink Roti Tisu itu memang MANIS

mamak6 Roti Tisu itu memang MANIS

Menariknya kat restoran mamak nie mereka berikan WIFI FREE tapi kena bayar

untuk power supply la pulak…. icon lol Roti Tisu itu memang MANIS . Adakah restoran mamak kat tempat anda

ada kes yang sebegini ?

Saya nak ambil gambar Rozita Che Wan macam Asmady Ahmad

Kita semua telah maklum bahawa Ayu Raudhah dan Zaquan Adha telah

selamat menjadi pasangan suami isteri pada 21 Januari yang lalu. Dan gambar

pernikahan mereka saya tengok di blog BRO JEJAI . Apa yang menarik

perhatian saya ialah betapa cantiknya hasil kualiti gambar yang diambil oleh

ASMADY AHMAD….. memang bagus sekali…. SEBAB ada gambar Rozita

Che Wan….

nikah Saya nak ambil gambar Rozita Che Wan macam Asmady Ahmad
nikah3 Saya nak ambil gambar Rozita Che Wan macam Asmady Ahmad
Dua gambar hasil ASMADY AHMAD telah menguatkan semangat saya untuk

belajar mengenai dunia fotografi dengan lebih mendalam lagi….Dan InsyaAllah

saya akan cuba daftarkan diri untuk KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL

anjuran team FOTOTEACHER.

jimbocamera Saya nak ambil gambar Rozita Che Wan macam Asmady Ahmad

KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL (AFD)

KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN!
Tarikh 5-6 Mac 2011 (Sabtu & Ahad)
Lokasi Pusat Latihan FOTOTEACHER.COM
No. C-1-9, Tingkat 1, Blok C, Megan Phoenix,
Jalan 2/142A, Km 10, Off Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur
Koordinat GPS – N 003.07789, E 101.74423
[peta lokasi]
Jumlah Peserta Maksimum 30 orang
DAPATKAN HARGA DISKAUN EARLY BIRD SEKARANG!
CUMA RM690 SEORANG
(BAYAR SEBELUM 05 Februari 2011)

Anda layak untuk mendapat harga diskaun Early Bird sekiranya anda membuat bayaran penuh sebelum tarikh yang dinyatakan di atas. Selepas tarikh tersebut, harga biasa yang lebih tinggi akan dikenakan.
Tinggal lagi 30 25 tempat kosong.
KLIK DI SINI UNTUK PENDAFTARAN

Semoga saya dipermudahkan urusan untuk pergi kursus yang saya teringin

sangat nak sertai pada tahun ni.

Katy Perry promosi siri jelajah di pejabat Facebook




du 04.1 Katy Perry promosi siri jelajah di pejabat Facebook

MARK ZUCKERBERG dan Katy Perry bergambar di ibu pejabat Facebook di Palo Alto, California semalam.


LOS ANGELES – Penyanyi lagu Firework, Katy Perry melawat pejabat laman sosial popular Facebook dan berkesempatan bertemu dengan pengasasnya, Mark Zuckerberg, lapor sebuah akhbar semalam.

Perry, 25, melawat pejabat itu di Palo Alto semalam untuk muncul di video langsung Facebook Live bagi menghebahkan mengenai siri jelajah terbarunya.

Gambar yang dirakamkan antara Perry dan Zuckerberg di pejabat Facebook itu dimuat naik oleh pengguna laman sosial Twitter yang mengandungi mesej: “Ya, hanya lepak di pejabat Facebook bersama CEOnya (Ketua Pegawai Eksekutif). Saya suka dia (Zuckerberg).”

Ditanya mengapa menggunakan Facebook sebagai platform untuknya membuat pengumuman, sambil bergurau Perry memberitahu: “Facebook bagaikan sebuah kerajaan.”

Penyanyi itu yang mempunyai 17 juta peminat di Facebook bekerjasama dengan syarikat laman sosial itu untuk siri jelajah California Dreams di Amerika Syarikat dan Kanada pada 7 Jun ini. – Agensi

/// kosmo ///

Jom Download KOMIK NIAGA sekarang !!!




Isu : 1

cover komik niaga1 Jom Download KOMIK NIAGA sekarang !!!


Untuk keluaran pertama ini, pelbagai topik menarik yang kami kongsikan kepada anda semua, antaranya ialah :

  • 3 Tips mendapatkan motivasi memulakan perniagaan internet
  • Bagaimana memulakan perniagaan internet dengan cara yang betul
  • Cara Pemasaran Melalui Internet
  • Langkah -langkah Mudah dalam Berbelanja.
  • Biografi Kisah Team Flarebiz
  • Dan banyak lagi artikel serta sudut yang bermanfaat berkenaan dengan arena perniagaan internet.
downloadnow copy Jom Download KOMIK NIAGA sekarang !!!

Isu : 2

cover komikniaga2 Jom Download KOMIK NIAGA sekarang !!!

Dalam Edisi Kedua ini, kami akan kongsikan bersama anda beberapa topik dan persoalan menarik yang bakal dikupas berkaitan perniagaan informasi digital. Diantaranya adalah:

  • Tiada Idea Nak Hasilkan Produk Digital?
  • Hanya Otai Yang Layak Menulis Ebook?
  • Teknik Killer Hasilkan Web Jualan
  • 5 Tips Meledakkan Jualan Produk Digital Anda Sebelum Pelancaran
  • Tutorial Buat Order Form
  • Biografi Kisah JaMaL
  • Dan banyak lagi topik-topik lain berkaitan yang boleh anda amalkan terus dalam membina perniagaan informasi digital anda yang pertama.
downloadnow copy Jom Download KOMIK NIAGA sekarang !!!

Isu : 3

cover komikniaga3 Jom Download KOMIK NIAGA sekarang !!!

Khas untuk pembaca, dalam edisi 3 ini, kami kongsikan tip-tip dan idea yang daripada usahawan internet tempatan termasuklah :

  • Tip Sistem Penghantaran Produk Fizikal – Asyraf Aziz
  • 5 idea Menjual Produk Fizikal Mengikut Musim – Khairul Hazwan
  • Platform Sesuai Untuk Menjual Produk Fizikal di Internet – Adly aka Labanon
  • Tip dari Otai Produk Fizikal – Hafizi Zain
downloadnow copy Jom Download KOMIK NIAGA sekarang !!!
Untuk maklumat lanjut mengenai KOMIK NIAGA boleh layari website di sini :-

http://komikniaga.com/ atau anda juga boleh LIKE Fanpage komikniaga

di sini >>> FANPAGE KOMIKNIAGA <<<<