Monthly Archives: February 2011

BLOGGER mohon masa fail pembelaan




KUALA LUMPUR 22 Feb. – Blogger Amizudin Ahmat telah memohon diberikan masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan berhubung kes saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Berikutan permohonan yang dikemukakan pada 17 Februari lalu, permohonan injunksi inter-parte (kedua-dua pihak) yang sepatutnya didengar hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof telah ditangguhkan.

HEADER sharpshooter BLOGGER mohon masa fail pembelaan

Mahkamah pada tarikh tersebut turut menetapkan sebutan permohonan injunksi itu pada 21 Mac ini.

Pada 2 Februari lalu, Rais selaku plaintif memperoleh injunksi yang memerintahkan supaya Amizudin yang dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan saman itu menarik balik artikel yang memfitnah beliau daripada laman blognya.

Selain itu, Hakim Zabariah membenarkan permohonan plaintif menghalang Amizudin, 42, atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel berbaur fitnah itu sehingga permohonan injunksi inter-parte didengar.

Plaintif memfailkan writ saman dan injunksi tersebut pada 31 Januari lalu melalui firma guaman, Tetuan Shafee & Co.

Dalam pernyataan tuntutan, Rais yang berusia 69 tahun menyatakan, pada 28 Disember tahun lalu, Amizudin sama ada secara sendiri mahupun melalui ejen-ejennya telah menyebabkan satu penerbitan artikel bertajuk ‘Hei Pak Menteri… mana mau lari…’

Menurut plaintif, artikel itu yang mengandungi perkataan palsu dan fitnah, ditulis dengan niat jahat berserta gambar plaintif telah dimuatkan di http://sharpshooterblogger.blogspot.com

/// utusanmalaysia ////

Bengkel Asas Fotografi anjuran Larn Azrai Photography




Yeahh…. arini saya nasib baik la offday…. dapat la relax dari tugas kat pejabat

tu….setelah DUA HARI join bengkel asas fotografi kat Putrajaya setelah baca

info kat blog CARL SAMSUDDIN

bengkel fotografi Bengkel Asas Fotografi anjuran Larn Azrai Photography

Pada saya apabila sudah timbul minat mengenai fotografi dan sudah memiliki

kamera DSLR ( walaupun 2nd hand ) alangkah ruginya kalau tak belajar cara

dan teknik pengggunaan kamera dan ilmu fotografi yang betul.

foto1 Bengkel Asas Fotografi anjuran Larn Azrai Photography

Hari pertama saya ucapkan terimakasih kat blogger SHAKIDDO ( adik saya )

sebab sanggup pick up dan hantar saya kat Dewan Komuniti Presint 8 untuk

menghadiri bengkel nie.

Perkara pertama kelainan yang saya dapati di bengkel ini ialah teknik

komunikasi penganjur ( Larn Azrai )  dan para fasi  dengan para peserta adalah

lebih santai dengan permulaan makan pagi + tengahari di kedai mamak…Saya

katakan ianya suatu kaedah yang efektif untuk proses suai kenal….

Tenaga pengajar yang profesional – En Abas Hasan telah memberikan erti

sebenar makna ASAS ( WAJIB ) yang perlu diketahui oleh beginners macam

saya nie… Hurmm gambar kat atas tu belajar cara nak amik gambar awan dan

langit membiru….

foto3 Bengkel Asas Fotografi anjuran Larn Azrai Photography

Gambar moving figure dengan bantuan fasi….

foto4a Bengkel Asas Fotografi anjuran Larn Azrai Photography

Bro Jess

foto5a Bengkel Asas Fotografi anjuran Larn Azrai Photography

Bro Kecik

- Teknik dan amali amik gambar potraiture guna cara   xxx…..

foto8 Bengkel Asas Fotografi anjuran Larn Azrai Photography

Di dalam kelas kami semua diajar akan kepentingan gambar yang mempunyai

mesej ( cerita ) dan sudut pandang ( perspektif ) .Gambar refleksi diri ini saya

menarik juga….

foto5 Bengkel Asas Fotografi anjuran Larn Azrai Photography

foto4 Bengkel Asas Fotografi anjuran Larn Azrai Photography

Dengan panduan dari team Larn Azrai pada saya inilah gambar yang best

pernah saya ambil setakat ini.Akan saya perbaiki dari masa ke semasa untuk

penghasilan gambar yang lebih menarik dan bermakna…..

Secara keseluruhannya… saya amat berpuashati dengan apa yang saya dapati

di bengkel asas fotografi anjuran Larn Azrai Photography nie.Dan harapan

saya agar dipermudahkan urusan saya untuk mengikuti bengkel yang

seterusnya selepas ini… Yosh !!!!

p/s : ISO , APPERTURE dan SHUTTER adalah tiga perkara penting dalam

dunia fotografi…. icon wink Bengkel Asas Fotografi anjuran Larn Azrai Photography

Gambar & Video Gol KELANTAN vs T-TEAM Piala FA 2011




Fahmi L Gambar & Video Gol KELANTAN vs T TEAM Piala FA 2011
Pemain Kelantan, Muhammad Ramzul Zahini Adenan (jersi merah) antara pemain diberi kepercayaan menggalas tugas dalam kesebelasan Kelantan bertemu T-Team ketika perlawanan pembukaan Piala FA 2011 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah (gambar arkib).

KUALA LUMPUR, (D5) – Perlawanan pembukaan Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam ini nyata memihak kepada Kelantan selepas menang keatas Terengganu T-Team 6-5 menerusi sepakan penalti.

Penalti menjadi penentuan pada perlawanan itu apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga masa penamat, sebelum pemburuan gol kemenangan pada 30 minit masa tambahan turut tidak berhasil.

Pada 90 minit perlawanan berlangsung, Kelantan di bawah pimpinan Datuk M. Karathu terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi pemain Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid yang menanduk masuk hasil sepakan sudut pada minit ke-50.

Di minit ke-60 perlawanan pula, pemain T-Team yang juga bekas pemain Kelantan pada musim lalu, Indra Putra Mahayuddin berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan cantik. Dua minit kemudian, T-Team sekali lagi memperoleh peluang menerusi Indra, namun pemain itu gagal menyempurnakan selepas tandukan lemahnya mudah diselamatkan Khairul Fahmi.

Kelantan pula turut mempunyai peluang keemasan pada minit terakhir pemainan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti. Tetapi ia dipersia-siakan oleh Norshahrul Idlan Talaha selepas sepakan yang diambilnya melambung tinggi.

Selain Indra, pemain Azizi Mat Rose dan Mohd. Norfarhan Muhammad yang membarisi skuad Kelantan musim lalu bermain cemerlang pada malam ini.

T-Team yang masih lagi tidak memperoleh kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini dilihat mempamerkan prestasi sebenar pada malam ini, meskipun tewas kepada Kelantan. – Arena.my

Gol  kelantan vs T-team – Rizal Fahmi

Gol kelantan vs T-team – Indra Putra Mahyuddin

Tendangan penalti penentuan Kelantan vs T-team

Contest tiket wayang dari blogger Shakiddo




Seperti yang telah dinyatakan dalam blog beliau dua tiga hari sebelum nie….

adik saya blogger SHAKIDDO buat julung-julung kalinya menganjurkan contest

untuk semua blogger di MALAYSIA

TIKET+CONTEST Contest tiket wayang dari blogger Shakiddo

DUA tiket wayang menjadi HADIAH UTAMA contest yang cukup mudah

untuk anda semua sertai.Dan selain itu ada juga hadiah untuk tempat kedua

dan ketiga.

Saya selaku salah seorang PENAJA contest nie tak boleh la nak join kan….

nanti kalau menang jadi kes kroni la pulak kan…. ahaksss.So jemput anda

semuaterjah blog SHAKIDDO untuk join CONTEST TIKET WAYANG

beliau.

Untuk maklumat lanjut  >>> KLIK DI SINI <<<
p/s : Tolong sebarkan kat kengkawan yang lain yea….