Tentera generasi baru Singapura manja




du 03.1 Tentera generasi baru Singapura manja

SEORANG pembaca melihat gambar anggota tentera di negara itu yang mengarah pembantu rumahnya menggalas beg sandang kepunyaannya.


SINGAPURA – Penyebaran sekeping gambar yang menunjukkan seorang pembantu rumah mengangkat beg seorang anggota tentera di negara itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang beranggapan pasukan tentera terlalu dimanjakan, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar yang disiarkan oleh media Singapura dan laman-laman maya pada minggu ini menunjukkan seorang anggota tentera lelaki Singapura berpakaian seragam lengkap dan memakai but berjalan di depan tidak jauh dari pembantu rumah wanitanya.

Sementara pembantu rumah itu yang mengikut di belakang dilihat menggalas beg tersebut di bahu kirinya.

Tindakan tentera itu menerima banyak komen negatif terutama kredibiliti generasi baru Angkatan Tentera Singapura (SAF).

Mereka disifatkan sebagai lembik oleh warga Singapura dan negara lain menerusi laman Twitter dan pelbagai forum di Internet.

“Ini cuma satu insiden. Kesimpulan umum yang dapat saya buat adalah tentera itu secara luarannya nampak sedikit lembut dan dimanjakan,” kata penganalisis ketenteraan di Singapura, Bernard Loo dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam.

Kementerian Pertahanan difahamkan sedang menyiasat insiden tersebut. Selain ingin mengesahkan semula keaslian gambar yang mencetus pertikaian umum sejak beberapa hari lalu.

Terdapat kajian yang menunjukkan 22 daripada 23 anggota tentera mendapatkan khidmat pembantu rumah untuk membasuh dan menggosok pakaian seragam masing-masing. Sementara 17 daripada jumlah sama mendapatkan pertolongan pembantu bagi membersihkan bilik. – AFP

//// kosmo ///

124 total views, no views today

Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi




3282011 af9student%28a%29 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi
Senarai dan gambar pelajar AKADEMI FANTASIA 9 ( AF 9 )
3549 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi
Gambar senarai pelajar Akademi Fantasia 9 – 2011

Nera AF9

3282011 neraaf9%28a%29 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi

QUEENNERA FRANCINE FRANCIS KITINGON

Afif AF9

3282011 afifaf9%28a%29 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi
AHMAD AFIF BIN TIRMIZIE

Aida AF9

3282011 aidaaf9%28a%29 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi
NUR SUHADA BINTI JEBAT

Amir AF9

3282011 amiraf9%28a%29 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi
MOHAMAD AMIRULLAH BIN. JAHARI

Eka AF9

3282011 ekaaf9%28a%29 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi
NUR ATIQAH BINTI SHARIFFUDIN

Erul AF9

3282011 erulaf9%28a%29 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi
HAIRUL NAJMUDDIN BIN ABU SAMAH

Laika AF9

3282011 laikaaf9%28a%29 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi
ZULAIKA BINTI ZAHARI

Azri AF9

3282011 azriaf9%28a%29 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi
MOHAMAD AZRI B. ABDULLAH

Lena AF9

3282011 lenaaf9%28a%29 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi
LENABER BINTI HAIDIR (LENA)

Raqib AF9

3282011 raqibaf9%28a%29 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi
FAHRUR RAQIB BIN. ABDUL MAJID

Miza AF9

3282011 mizaaf9%28a%29 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi
ROSHAMMIZAH BINTI ROSLI

Kay AF9

3282011 kayaf9%28a%29 Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 9 l Gambar Promosi
NUR KHAIDIR B. MUHD


513 total views, 2 views today

Pondan di Thailand perlu jalani kerahan tentera




du 03.1 Pondan di Thailand perlu jalani kerahan tentera

Golongan pondan di Thailand tidak lagi dikecualikan daripada menyertai kerahan tentera berikutan pengenalan terma baru oleh Kementerian Pertahanan Thailand.


BANGKOK – Kementerian Pertahanan Thailand semalam menambah terma baru yang memberi penerangan bagi kategori transgender yang sebelum ini dikecualikan daripada terlibat dalam kerahan tentera.

Akhbar Bangkok Post melaporkan, kementerian meminda undang-undang yang menyatakan transgender dikecualikan daripada terlibat dalam tentera kerana psikologi yang tidak normal melainkan berlaku kekurangan tentera.

Transgender dikelaskan kepada tiga jenis. Jenis satu merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan seperti lelaki biasa. Manakala jenis dua merujuk kepada lelaki yang telah melalui pembedahan payu dara dan jenis tiga pula lelaki yang telah membuat penukaran keseluruhan jantina.

“Sebelum ini, hanya jenis satu yang perlu mengikuti kerahan tenaga. Tetapi jika bilangan mereka tidak mencukupi, transgender jenis dua akan dikerah walaupun mereka mempunyai payu dara,” kata pengarah akademik jabatan sumber Pemerintah Askar Simpanan Thailand, Thaksin Chiamthong.

Pada tahun ini, pasukan tentera Thailand memerlukan askar kerahan seramai 97,280 orang lelaki berumur 21 tahun, meningkat sebanyak 9,828 berbanding 2010. -AFP

/// kosmo ///

207 total views, no views today

Gambar & Video Gol MALAYSIA vs Etoile FC l Friendly Match




FAKRI L Gambar & Video Gol MALAYSIA vs Etoile FC l Friendly Match
Image © AFP
Fakri Shaarani (kiri) menjaringkan gol untuk Malaysia hasil tandukkan kemas pada minit ke-7, ketika menentang Etoile FC dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar, Singapura, 26 Mac 2011. (gambar arkib)

Gol pertama MALAYSIA VS ETOILE FC – Friendly Match

Gol penyamaan MALAYSIA VS ETOILE FC – Friendly Match

123 total views, 1 views today

Jemput-jemput Sotong Kurita




ur 03.1 Jemput jemput Sotong Kurita

Satu set Takoyaki terdiri daripada lima ketul jemput-jemput dijual pada harga RM4.


KEBIASAANNYA masyarakat kita hanya mengenali jemput-jemput pisang, bawang dan ikan bilis yang terdiri daripada adunan tepung bersama bahan-bahan terpilih lain sebelum digoreng di dalam kuali.

Tapi pernahkah anda mendengar mengenai jemput-jemput Jepun atau namanya Takoyaki?

Jemput-jemput itu diadun bersama sotong kurita, ayam dan ketam yang kemudiannya digoreng di dalam kuali khas yang turut membantu membentuk jemput-jemput tersebut menjadi bulat seperti bola golf.

Untuk menjamah jemput-jemput itu kita tidak lagi perlu ke Jepun untuk merasai keenakan makanan negara Matahari Terbit tersebut kerana juadah enak itu kini sudah berada di Malaysia.

Juadah makanan ringan yang popular di Jepun itu kini semakin popular di Malaysia sehingga menyebabkan penggemar jemput-jemput tersebut sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

ur 03.2 Jemput jemput Sotong Kurita

Takoyaki di Kasturi Walk turut mendapat perhatian pelancong asing.


Pemandangan seperti itu boleh anda lihat saat melalui sebuah gerai takoyaki di Kasturi Walk, Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Kios Takoyaki milik Ahmad Fazrin Abdul Rahman, 29, yang baru dua bulan beroperasi di Kasturi Walk itu menjadi tumpuan warga kota yang bekerja di pusat bandar berdekatan lokasi tumpuan pelancong Pasar Seni.

Menurut Fazrin, dia belajar cara membuat jemput-jemput Jepun atau Takoyaki tersebut selama tiga bulan menerusi laman YouTube.

“Bermula dari situ juga saya mula membeli sebuah dapur khas dan peralatan asas membuat takoyaki di rumah yang diimport dari Jepun. Setiap hari saya akan berlatih memasak takoyaki sehingga mahir.

“Pada mata kasar nampak mudah tapi, hakikatnya adalah sukar untuk membentuk takoyaki itu menjadi bulat,” katanya yang menjual Takoyaki pada harga RM4, satu set (lima biji Takoyaki).

Semuanya bermula dengan minat menjamah takoyaki di restoran sushi. Fazrin kemudian mengambil kesempatan mengusahakan sendiri dan melakukan sedikit pengubahsuaian dalam proses menyediakan juadah popular dan menyihatkan dari Jepun itu.

Jika pada asalnya Takoyaki hanya berinti sotong kurita, Fazrin bertindak berani mengubahsuai dengan memasukkan inti ketam dan ayam dalam menu takoyakinya.

Kios perniagaan takoyaki pertama Fazrin yang beroperasi dari pukul 11 pagi mampu menjual sehingga 700 biji takoyaki setiap hari.

ur 03.3 Jemput jemput Sotong Kurita

AHMAD FAZRIN mula menjalankan perniagaan takoyaki sejak tiga bulan lalu.

Lebih mengejutkan lagi apabila jemput-jemput Jepun yang diusahakannya itu turut mendapat pujian pelancong Jepun yang kini menjadi pelanggan tetap kiosnya setiap hari.

“Takoyaki saya laris seperti pisang goreng panas sehingga ada pelanggan dari Jepun memuji Takoyaki premis saya lebih sedap dari Takoyaki di Jepun.

“Namun begitu, saya terpaksa mengakui takoyaki berinti sotong kurita tetap popular dan mendapat permintaan tinggi sehingga menyebabkan saya pening kepala kerana kekurangan bekalan,” katanya yang turut mengusahakan perniagaan ukiran kayu menggunakan laser itu.

Fazrin mendedahkan selain aduan tepung gandum dan inti sotong, perasa tambahan ketam serta ayam yang dimasuk bersama sebagai penghias turut menjadi rahsia keenakan takoyakinya.

“Hiasan yang dimasukkan dalam takoyaki termasuklah hirisan ikan tuna salai, daun bawang, serbuk cili, serbuk rumpai laut, mayonis, sos tomato dan sos cili.

“Ekoran sambutan yang menggalakkan dan mengelakkan pelanggan daripada beratur panjang saya terpaksa menambah jumlah dapur dari satu kepada dua,” katanya.

309 total views, no views today