Jemput-jemput Sotong Kurita




ur 03.1 Jemput jemput Sotong Kurita

Satu set Takoyaki terdiri daripada lima ketul jemput-jemput dijual pada harga RM4.


KEBIASAANNYA masyarakat kita hanya mengenali jemput-jemput pisang, bawang dan ikan bilis yang terdiri daripada adunan tepung bersama bahan-bahan terpilih lain sebelum digoreng di dalam kuali.

Tapi pernahkah anda mendengar mengenai jemput-jemput Jepun atau namanya Takoyaki?

Jemput-jemput itu diadun bersama sotong kurita, ayam dan ketam yang kemudiannya digoreng di dalam kuali khas yang turut membantu membentuk jemput-jemput tersebut menjadi bulat seperti bola golf.

Untuk menjamah jemput-jemput itu kita tidak lagi perlu ke Jepun untuk merasai keenakan makanan negara Matahari Terbit tersebut kerana juadah enak itu kini sudah berada di Malaysia.

Juadah makanan ringan yang popular di Jepun itu kini semakin popular di Malaysia sehingga menyebabkan penggemar jemput-jemput tersebut sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

ur 03.2 Jemput jemput Sotong Kurita

Takoyaki di Kasturi Walk turut mendapat perhatian pelancong asing.


Pemandangan seperti itu boleh anda lihat saat melalui sebuah gerai takoyaki di Kasturi Walk, Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Kios Takoyaki milik Ahmad Fazrin Abdul Rahman, 29, yang baru dua bulan beroperasi di Kasturi Walk itu menjadi tumpuan warga kota yang bekerja di pusat bandar berdekatan lokasi tumpuan pelancong Pasar Seni.

Menurut Fazrin, dia belajar cara membuat jemput-jemput Jepun atau Takoyaki tersebut selama tiga bulan menerusi laman YouTube.

“Bermula dari situ juga saya mula membeli sebuah dapur khas dan peralatan asas membuat takoyaki di rumah yang diimport dari Jepun. Setiap hari saya akan berlatih memasak takoyaki sehingga mahir.

“Pada mata kasar nampak mudah tapi, hakikatnya adalah sukar untuk membentuk takoyaki itu menjadi bulat,” katanya yang menjual Takoyaki pada harga RM4, satu set (lima biji Takoyaki).

Semuanya bermula dengan minat menjamah takoyaki di restoran sushi. Fazrin kemudian mengambil kesempatan mengusahakan sendiri dan melakukan sedikit pengubahsuaian dalam proses menyediakan juadah popular dan menyihatkan dari Jepun itu.

Jika pada asalnya Takoyaki hanya berinti sotong kurita, Fazrin bertindak berani mengubahsuai dengan memasukkan inti ketam dan ayam dalam menu takoyakinya.

Kios perniagaan takoyaki pertama Fazrin yang beroperasi dari pukul 11 pagi mampu menjual sehingga 700 biji takoyaki setiap hari.

ur 03.3 Jemput jemput Sotong Kurita

AHMAD FAZRIN mula menjalankan perniagaan takoyaki sejak tiga bulan lalu.

Lebih mengejutkan lagi apabila jemput-jemput Jepun yang diusahakannya itu turut mendapat pujian pelancong Jepun yang kini menjadi pelanggan tetap kiosnya setiap hari.

“Takoyaki saya laris seperti pisang goreng panas sehingga ada pelanggan dari Jepun memuji Takoyaki premis saya lebih sedap dari Takoyaki di Jepun.

“Namun begitu, saya terpaksa mengakui takoyaki berinti sotong kurita tetap popular dan mendapat permintaan tinggi sehingga menyebabkan saya pening kepala kerana kekurangan bekalan,” katanya yang turut mengusahakan perniagaan ukiran kayu menggunakan laser itu.

Fazrin mendedahkan selain aduan tepung gandum dan inti sotong, perasa tambahan ketam serta ayam yang dimasuk bersama sebagai penghias turut menjadi rahsia keenakan takoyakinya.

“Hiasan yang dimasukkan dalam takoyaki termasuklah hirisan ikan tuna salai, daun bawang, serbuk cili, serbuk rumpai laut, mayonis, sos tomato dan sos cili.

“Ekoran sambutan yang menggalakkan dan mengelakkan pelanggan daripada beratur panjang saya terpaksa menambah jumlah dapur dari satu kepada dua,” katanya.

309 total views, 1 views today

Comments

  1. says

    owhh takoyaki nie memang peberett azue…kat carefour puchong utama nie….azue suker flavour cheese n chicken ham tu….layannzzzz

  2. zackmohd says

    penah tgk kat mid valley…nampak mcm menyelerakan…kalau jual kat pasar2 malam kat luar bandar ok tak?…sekali tgk mcam makanan urban pulak ..

  3. una says

    haha , igtkn kt jj bukit tinggi klang je ad .. apa la kn .. dok klang lme sgt smpai xtau yg kt pasar seni pn ad . hehe .
    arini nk ajk mak g mkn sana la .

    • wah says

      yalah..mmg syok tgk takoyaki nih..lum makan lg.dah teliur..tapi cadang nak bk stall kat kluang..agak2 sng x nak dapat bhn2..ke kna join bznz pakej?…halal gerenti x bhn2 tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam