Pondan di Thailand perlu jalani kerahan tentera




du 03.1 Pondan di Thailand perlu jalani kerahan tentera

Golongan pondan di Thailand tidak lagi dikecualikan daripada menyertai kerahan tentera berikutan pengenalan terma baru oleh Kementerian Pertahanan Thailand.


BANGKOK – Kementerian Pertahanan Thailand semalam menambah terma baru yang memberi penerangan bagi kategori transgender yang sebelum ini dikecualikan daripada terlibat dalam kerahan tentera.

Akhbar Bangkok Post melaporkan, kementerian meminda undang-undang yang menyatakan transgender dikecualikan daripada terlibat dalam tentera kerana psikologi yang tidak normal melainkan berlaku kekurangan tentera.

Transgender dikelaskan kepada tiga jenis. Jenis satu merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan seperti lelaki biasa. Manakala jenis dua merujuk kepada lelaki yang telah melalui pembedahan payu dara dan jenis tiga pula lelaki yang telah membuat penukaran keseluruhan jantina.

“Sebelum ini, hanya jenis satu yang perlu mengikuti kerahan tenaga. Tetapi jika bilangan mereka tidak mencukupi, transgender jenis dua akan dikerah walaupun mereka mempunyai payu dara,” kata pengarah akademik jabatan sumber Pemerintah Askar Simpanan Thailand, Thaksin Chiamthong.

Pada tahun ini, pasukan tentera Thailand memerlukan askar kerahan seramai 97,280 orang lelaki berumur 21 tahun, meningkat sebanyak 9,828 berbanding 2010. -AFP

/// kosmo ///

246 total views, 1 views today

Comments

    • species1980 says

      bro sebab tu dinamakan kerahan….. tiada pilihan…. jiwa itu memang naluri semulajadi diorang… huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam