Dua minggu lepas saya bersama famili telah menghadiri majlis kenduri
kahwin sepupu lelaki saya di Parit Buntar.Adik lelaki saya -blogger SHAKIDDO
pun turut join sama bersama keluarga beliau.
Disebabkan saya mempunyai kamera DSLR maka secara tidak langsung telah
dilantik sebagai jurugambar tambahan untuk merakamkan detik-detik indah
suasana majlis perkahwinan tersebut.
Majlis diadakan di suatu kawasan perumahan yang berhampiran dengan
kawasan BENDANG ( sawah padi ) bak kata orang utara.Cuma saya amat
terkejut apabila menerima email dalam bentuk gambar selepas saya pulang
ke rumah dari majlis tersebut
Ya…. Gambar email pertama kelihatan suatu SIMBOL MISTERI di kawasan sawah padi ni…..
Dan yang lebih membuatkan tanda tanya kepada diri saya ialah… apabila
gambar kedua yang menunjukkan species ikan yang memeningkan kepala
saya untuk berfikir…..
Terdapat lambang misteri padi ikan ini
Saya semakin pening dan bingung melihatkan kedua-dua kejadian dari gambar
nie….Bermacam-macam persoalan telah timbul di kotak fikiran saya….
- Ada penceroboh ker di kawasan sawah padi tu ?
- Mengapa ada LAMBANG MISTERI di badan ikan tu ?
- Apakah saya akan mendapat kesan sampingan dari gambar di atas ?
p/s : Terdiam seketika apabila saya memikirkannnya…… Apa pula pendapat
anda mengenai GAMBAR MISTERI di atas….?



Twitter: shakiddo
heheheh.
hurmmm….. gelak macam faham citer je……
tu ikan ape beb?
cam ikan laut jek
ikan dengan lambang MISTERI….
pelik tgk eh
huhu
pakah sedang berlaku
hahahaha….. memang sungguh misteri…..
ooo kamu pun jumpa juga yer fenomena ini…misteri sungguhlah kan
ye la kak….. sama gak la nie…. kwang2x….
nampak beno menipunye
hurmm… mungkin silap mata atau mata yang silap tengok
tunggu 8th april 2011. http://kolony.com.my
dasat laa….. mana tau nie
mcm cerita orang putih saja..misteri
hurmmm……takde laaa…. just promosi dari celcom pasal 'KOLONY'
Pingback: KOLONY – Jawapan untuk SIMBOL MISTERI | HazmanFadzil.Com
sungguh menghairankan…takut juga la…….
Ikan tu dah tua mungkin kena sakit sebab itu sisik dia berbelak belak !
itu kan pantulan cahaya.. dan ikan tu kn ikan laut..
Twitter: Peren_Lee
awak pasti ke gambar tu bukan edit punya..yg dekat sawah tu macam simbol Koloni Celcom je..
PerenLee´s last [type] ..Cara Bayar Astro di Pejabat Pos Tanpa Bil